Latest News

PRU-14 SABAH: BENAR KAH KAWASAN SEMPORNA PANAS?

1. KALAU didengar cakap-cakap orang, termasuklah ahli politik dan penganalisa politik, bukan sahaja Semporna merupakan kawasan panas, akan tetapi lebih luas daripada itu, iaitu Pantai Timur.

2. Pantai Timur meliputi Kudat, Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Silam, Semporna dan Tawau. 

3. Dalam 7 kawasan parlimen itu terdapat nya DUN-DUN Kudat (3), Libaran (2), Sandakan (2), Batu Sapi (2), Silam (3), Semporna (3), Tawau (3). 

4. Daripada semua kawasan itu, pada PRU-13, hanya Parlimen Sandakan dan DUN Sri Tanjong dimenangi pembangkang.

5. Jumlah keseluruhan DUN di Pantai Timur adalah 18, daripada 60.

6. Ramai yang mengandaikan, kerana Presiden parti Warisan Sabah berasal daripada Pantai Timur, maka dengan sendirinya membawa maksud, mempunyai penyokong kuat di kawasan itu. 

7. Mereka itu, tidak melihat bahawa, selain Shafie, ramai juga pemimpin di kawasan itu, Kudat misalnya, ada Datuk Bolkiah ismail dan Datuk Rahim Bakri, Libaran ada Tan Sri Musa Aman dan Datuk Juslie Ajirol, Sandakan ada Tan Sri Ampong Puyun, Batu Sapi ada Datuk shamsuddin Yahya, Silam ada Datuk Nasrun Mansor, ada Datuk Nilwan Kabang, Semporna ada Datuk Nasir Sakaran, Datuk Ramlee Marhaban, Tawau ada Datuk Tawiq Abu Bakar dan adik beliau Datuk Nizam.

8. Ibarat dalam permainan sepak bola, atau sebarang permaian berpasukan, bagai mana seorang boleh melawan satu pasukan?

9. Cakap-cakap orang, dengan keluarnya Shafie daripada Umno dan kini mengetuai satu parti baru melawan parti Barisan Nasional, kononnya akan menguasai Pantai Timur. Anggapan itu, seolah-olah, para pemimpin lain di kawasan itu, langsung tiada penyokong.

10. Memang dalam poltik, serba serbi berkemungkinan, namun, melihat andaian itu, tiada kelojikan. Adalah kurang munasabah, peranan pemimpin Pantai Timur daripada Kudat hinggalah ke Tawau, langsung tidak diberi merit oleh rakyat/pengundi di kawasan itu, sebaliknya menyokong melulu Datuk Shafie Apdal.

11. Apa yang penulis nampak, keupayaan Shafie hampir sama dengan tindakan mendiang Datuk Mark Koding semasa keluar daripada PBS menubuhkan AKAR. Penubuhan parti itu, bertujuan untuk menarik sokongan KDM daripada PBS yang diterajui Datuk Pairin (kini Tan Sri),namun, seperti tercactit dalam rekod, parti AKAR gagal menarik sokongan kaum KDM. Demikian juga perhalnya parti Shafie, parti Warisan Sabah, yang bermatlamat menarik sokongan kaum yang menyokong Umno. Para ahli dan penyokong Umno, mempunyai banyak pilihan, kerana dipimpin oleh ramai pemimpin. Bagai mana kah mereka terpengaruh dengan seorang pemimpin??.

12. Ahli dan penyokong Umno memang sudah diterbiah, pemimpin hilang berganti, namun perjuangan parti perlu diteruskan. Ahli Umno tidak memandang perkara-perkara nostalgia, sebaliknya sentiasa ke depan, demikian juga di semporna, ahli dan penyokong Umno akan menyokong calon yang berfikiran ke depan, ingin membawa Sempoarna ke tahap yang lebih tinggi.

13. Melihat kepada senario itu, penulis tiada keyakinan, bahawa kawasan Pantai Timur, khususnya Semporna, adalah kawasan panas bagi Bn, kerana Umno di kawasan itu tidak ketandusan pemimpin. Selain itu, kawasan itu, kini sudah menjadi perhatian Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan Presiden parti, dan memastikan kawasan itu tetap berada dalam genggaman Umno/Bn.

14. Memang diakui, akan berlaku persaingan sengit di kawasan itu pada PRU-14. Memang adat pesta demokrasi, setiap yang baru berusaha melawan, namun tiada kepastian berkaitan kekuatan, kerana belum teruji.

15. Namun, jika sekiranya Bn dapat meletakkan pemimpin yang berjiwa melawan kepimpinan Shafie, seperti mana ditunjukan Datuk Ramlee Marhaban, maka sebelum terbitnya fajar selepas pembungan undi, Parlimen Semporna bersama 3 DUN di dalamnya adalah milik Umno/Bn.

0 Response to "PRU-14 SABAH: BENAR KAH KAWASAN SEMPORNA PANAS?"

Blog Archive