Tuesday, January 23, 2018

PRU-14: PEMIMPIN KHIANAT PADA RAKYAT PERLU DITOLAK


1. PEMIMPIN yang pernah mendapat kuasa, akan tetapi khianat pada rakyat, maka perlu ditolak.

2. Tun Dr Mahathir mempunyai rekod yang sangat ketara, selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, mengenepikan kemajuan rakyat Sabah, manakala Datuk Shafie Apdal khianat kepada rakyat luar bandar, khususnya semasa beliau menerajui kementerian KKLW.

3. Tahun 2009, 6 tahun selepas Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri, kadar kemiskinan Sabah 19.7%, sedangkan kerajaan yang disokong mantan PM itu telah mengalih kerajaan negeri selama 15 tahun bermula tahun 1994. Cuba bayangkan kadar kemiskinan sebelum itu.

4. Rekod kemajuan Sabah dan rakyatnya sebenarnya hanya bermula selepas Tun Mahathir bersara. Pengwujudan koridor pembangunan Sabah hanya diwujudkan apabila Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kemudiannya momentum pembangunan Sabah diteruskan oleh Datuk Seri Najib Razak. Pada era Najiblah, Sabah mendapat banyak peruntukan, termasuk dana yang disalurkan menerusi KKLW sebanyak 15bilion bagi RMK-9 dan 10. Namun peruntukan yang sepatutnya menyelesaikan sebahagian besar kemudahan asas itu, selepas habis digunakan, tidak kenampakan dilapangan, kerana salah urus oleh pemimpin yang diberi tanggungjawab.

5. Kini, pemimpin yang khianat kepada rakyat menubuhkan parti masing-masing, dan cuba pula mempengaruhi rakyat menyokong mereka, kononnya untuk mengubah Sabah. Mengubah Sabah daripada menuju kemajuan kepada kegelapan.

6. Rekod menunjukkan bahawa kemajuan Sabah begitu pantas dan rancak. Kadar kemiskinan menurun dengan drastik, sehinggakan kadar itu menjunam ke paras 2.9% pada tahun 2016.

7. Halatuju pembangunan Sabah berada pada landasan betul, baik di bandar mahupun luar bandar. Momentum kemajuan itu boleh berterusan, jika kerajaan dan pemimpin yang merancangnya diberi mandat meneruskan kerajaan pada PRU-14.

No comments:

Blog Archive