Latest News

PRU-14: MENGAPA CURIGA DENGAN PEMANTAU ASING?

PILIHAN RAYA UMUM di negara bukan perkara baharu, akan tetapi akan memasuki PRU ke-14. Dalam sejarah PRU di negara ini, hanya pada past PRU tahun 1969 berlaku kekecohan yang menyebabkan tumpah darah.

Kejadian pada tahun 1969 itu telah dijadikan sempadan di negara ini, dan setiap parti politik sudah beriltizam tidak akan mengulangi kejadian itu.

PRU di negara ini dijalankan oleh satu Suruhanjaya, iaitu badan bebas yang melaksanakan pilihan raya sebagai pelengkap kepada sistem demokarsi yang diamalkan.

Telah terbukti, bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil, sebab itu parti kerajaan boleh tumbang. Jika dakwaan bahawa pilihan raya negara tidak telus dan adil, dan kononnya dikawal oleh kerajaan yang memerintah, maka tidak mungkin berlaku parti kerajaan kalah.

Sebagai contoh disajikan PRU tahun 1990 sehingga tahun 2013. Pada PRU 1990, negeri Kelantan ditawan parti pembangkang. PRU 1999, Negeri Terengganu ditawan pembangkang. PRU 2008, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak ditawan pembangkang, manakala pada PRU 2013, Selangor dan Pulau Pinang masih ditangan pembangkang, dan yang paling unik, Kelantan sejak ditawan pembangkang sehingga kini masih tidak berjaya dirampas oleh parti yang memerintah Persekutuan.

Kalau PRU negara ini, tidak adil dan telus, mengapa pada PRU 2008, Bn kehilangan kuasa 2/3 di dewan Rakyat, dan pada PRU 2013, selain masih tidak berjaya mendapatkan kuasa 2/3 malah kehilangan undi popular.

Tiada pilihan raya di dunia ini di mana perjalannya dikawal kerajaan yang memerintah, kemudian kerajaan yang mengawal itu membiarkan kehilangan kuasa 2/3, kehilangan undi popular, malah kehilangan negeri-negeri kaya.

Desakan Pakatan Harapan kepada negara-negara luar untuk menghantar pemerhati dalam PRU-14, sebenarnya satu desakan untuk memalukan SPR, untuk menggambarkan bahawa SPR dikawal oleh kerajaan.

Tun Dr Mahathir sudah mempunyai alibi yang kuat untuk memberi tahu negara-negara asing, memandangkan beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang dicurigai, memandangkan beliau kini merupakan pemimpin yang mahu merampas kerajaan, maka beliau memutar belit fakta, memberi maklumat salah bagi mempengaruhi negara-negara luar, bahawa memantau pilihan raya PRU-14 perlu, bagi memerlihara demokrasi, bagi melepaskan rakyat daripada pemimpin zalim, juga menghalang pemimpin yang tidak menghormati kebebasan menjadi pemerintah.

Sebenarnya, kerajaan tidak curiga berkaitan kehadiran pemantau pilihan raya negara ini, namun apa yang dicurigai kerajaan, adalah yang datang itu mempunyai agenda tersendiri, yang sefahaman dengan parti-parti yang mahu merampas kuasa.

Blog Archive