Saturday, January 06, 2018

PRU-14: INDEKASI JELAS- BN TETAP PILIHAN RAKYAT

1. Rekasi pasaran saham pada Jumaat yang melepasi 1,800 mata, pertama kali untuk tempoh 3 tahun, selain pengukuhan mata wang ringgit terhadap dollar Amerika, menunjukkan, keyakinan kepada perekonomian negara.

2. Dakwaan pembangkang selagi Malaysia dipimpin DS Najib Razak, maka ekonomi akan merundum, negara akan muflis, dibuktikan sebaliknya. 

3. Perekonomian negara berkembang lebih 5% pada tahun 2017. Tidak masuk akal, sebuah perekonomian yang berkembang positif, dikatakan menunju bankrap.

4. Reaksi postif terhadap pasaran saham negara dan pengukuhan nilai ringgit, mencerminkan bahawa rakyat dan pelabur akur kepada kepimpinan negara. Reaksi positif itu, secara langsung menjawab bahawa semua dakwaan pembangkang telah hanyut ke laut.
5. Perkembangan positif pasaran saham, menunjukkan reaksi positif peniaga. Siapa majoriti peniaga di negara ini? sudah tentunya kaum cina. Di lihat kepada senario itu, adalah boleh dibaca, bahawa kaum cina menyokong cara kerajaan menngurus negara termasuk perekonomiannya. Dan yang pasti, kerajaan itu adalah kerajaan Barisan Nasional, kerana parti itulah yang memerintah yang diterajui DS Najib Razak.

6. Pembangkang khususnya parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan, tidak boleh mengandaikan, bahawa kaum cina 90% menyokong mereka pada PRU-14. Jika sokongan kaum itu menurun sahaja 15%, jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-13, akan berkurang 30%, ertinya, maksima kerusi yang bakal dimenangi hanya 56 kerusi di Semenanjung. Jika ditambah, maksima 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak, maka PH maksima akan mempunyai 65 kerusi. Parti Pas akan berlegar-legar pada 9-11 kerusi. Apa makna angka-angka itu? 

7. Gerakan Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno, kemudiannya menubuhkan parti sendiri, kemudian bergabung dalam PH, dan seterusnya menjadi “Top Dog” yang bertujuan menimbulkan “fear factor” kepada BN, tidak menjadi, malah menjadi senjata makan tuan.

8. Tun Dr Mahathir menyadari itu, sebab itu, beliau meminta “Harakah” membuat analisa, bahawa beliau akan kembali kepada Umno sebelum PRU-14, sebagai keadah “testing the water”.

2 comments:

Anonymous said...

Panggil la panglima bugis bubar cepat sket da memang x sabar nak pangkah anything but lembuno.. Kalau panglima got balls lah kah kah kah..

Anonymous said...

21:35, Terimakasih kerana menonjolkan kebodohan kamu. Tahap daya pemikiran baruah2 pembangkang memang memalukan.

Blog Archive