Sunday, January 07, 2018

PRU-14: BETUL KAH BN MENANG KERANA BANTUAN PAS?

KAJIAN Merdeka Center, menggambarkan bahawa jika Bn menang pada PRU-14, kerana bantuan PAS, bukannya kekuatan gabungan 13 parti itu.

Gambaran itu merupakan perang psikologi, bagi mempengaruhi penyokong dan ahli PAS totok, agar menghindar daripada mengundi calon Bn di kawasan, di mana PAS tidak bertanding. Adalah dimaklumi, ahli dan penyokong totok parti itu, lebih sanggup mengundi parti lain, jangan Umno/Bn.

Kajian pusat itu baru-baru ini, menggambarkan, bahawa Bn bukan sahaja menang akan tetapi akan mendapat semula kuasa 2/3 di dewan rakyat. Bn, hanya memerlukan 15 kerusi parlimen jika dapat mempertahankan 133 kerusi yang dimenangi pada PRU-13 untuk mendapatkan kuasa itu.

Demi membakar semangat ahli dan penyokong PAS, kajian itu membuat kesimpulan, bahawa Pas sanggup kehilangan negeri Kelantan, demi Umo/Bn.

Parti PAS telah mengumumkan akan bertanding 130 kerusi Parlimen pada PRU akan datang, dan tentunya, di semua kawasan itu akan berlaku pertembungan 3 penjuru, BN-PAS-PH. Rekod PRU di negara ini, apabila berlaku pertembungan seumpama itu, kemenangan dipihak Bn.

Di atas kertas, Pas akan menang antara 9-11 kerusi. Pencapaian parti itu pada PRU-13 tidak akan berulang.

Mungkin atas sebab senario ini, kajian Merdeka Center, membuat kesimpulan, bahawa kemenangan Bn, bukan kerana kekuatannya, akan tetapi faktor parti PAS.

Sebenarnya, Bn sudah merangka strategi yang jitu untuk menang selesa pada PRU-14 akan datang. Sebagai contoh, konvensyen antara MCA-Gerakan yang diadakan julung kalinya. Konvensyen itu mengnyakan, perasaan "zero-sum" yang melanda sekian lama antara dua parti komponen Bn itu. Dengan adanya konvensyen tersebut, diharapkan tidak lagi timbul "sabotaj" antara satu sama lain, kerana dua parti telah sepakat, undi MCA adalah juga undi Gerakan, dan itulah undi Bn.

Memang di akui, untuk dua PRU-12 dan 13, parti DAP dan PKR mendapat banyak kerusi, khususnya di kawasan-kawasan yang ditandingi dua parti itu.

No comments:

Blog Archive