Sunday, January 21, 2018

PRU-14: APA KAH SEJARAH BAKAL TERCIPTA?

JIKA parti Bn Kalah, maka tercipta sejarah, kerana satu-satunya parti Pra Merdeka, tidak pernah kalah. Sejarah ke-2, apabila mantan PM yang berusia 93 tahun kembali sebagai PM untuk kali ke-2.

Tun M telah dipersetujui oleh DAP, PKR, Amanah dan PPBM sebagai PM ke-7 , jika 4 parti itu menang dan seterusnya menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Pra-syarat untuk Tun M dilantik sebagai PM, perlu menang pada PRU-14, samada di Putrajaya/Kubang Pasu/Langkawi. Tiga kawasan itu adalah kubu kuat UMNO. Kalaulah pengundi di kawasan itu mengundi Tun M, maka “confirm” Bn yang ditunjangi Umno tumbang.

Dalam perang, tiada istilah simpati. Keputusan menang atau kalah. Jika Tun M benar-benar bertanding di salah satu kawasan Parlimen itu, bermakna, beliau yakin akan menang, kerana jika kalah bagai mana boleh dilantik ke jawatan PM.

Jangan lupa, Tun M mempunyai imej mencipta persepsi. Jika beliau bertanding di salah satu kubu kuat Umno itu, maka persepsi yang ingin beliau sampaikan kepada pengundi, bahawa PH amat kuat, jika tidak, mana mungkin calon PM bertanding pada kawasan yang tidak selamat.

Apabila Azmin Ali menawarkan kerusi Parlimen Gombak, bakal PM itu menolak, kerana, jika beliau menerimanya, maka akan kelihatan bahawa PH tidak kuat, kerana bakal PM bertanding pada kerusi selamat.

Kepada para pemimpin Bn, kena baca strategi yang dimaikan oleh mantan PM itu. Jangan main hentam sahaja, kerana tindakan itu mempunyai mesej yang amat kuat.

3 comments:

BooDeer said...

Boss...I setuju dgn u, setiap ungkapan dan perbuatan tun m, berstrategi, penuh karismatik dan paling penting, bila umum tun m bakal pm, ringgit terus mencanak naik...ingat tu, dunia pun bersuara bukan takat rakyat malaysia...

Blog Archive