Saturday, January 13, 2018

BETUL KAH TUN M ADA IMPAK?

TUMPUAN Bn untuk menang, 100 kawasan Parlimen di Semenanjung dan 57 kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Di Sarawak berasaskan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Bn akan menang sekurang-kurangnya 25, seperti PRU-13 lalu. Manakala di Sabah dan WP Labuan, juga sekurang-kurangnya 23. Dengan jumlah sumbangan kerusi daripada Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang berjumlah 47, bermakna, Bn Semenanjung hanya perlu menang 65 untuk mencapai majority mudah 112, daripada 222 yang dipertandingkan.

PRU-13, Bn Semenanjung telah menang 85 kerusi Parlimen.

Pada PRU 2008 dan 2013, Tun M masih bersama Bn. Tahun 2008, Bn menang 140 kerusi parlimen, kurang 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Pada PRU-13, jumlah kerusi yang dimenangi berkurang 7 kerusi kepada 133, meskipun Umno menambah 9 kerusi kepada 88, berbanding PRU-13.

Melihat kepada pencapaian Bn itu, IMPAK kehadiran terhadap pencapaian Bn, tidak signifikan.

Apa kah kini, kerana Tun bukan Bn lagi akan tetapi PH, maka akan memberi impak kepada keputusan pilihan raya? Jika berimpak, parti mana yang mendapat kelebihan?

Semasa bersama Bn, tidak berimpak terhadap pencapaian Bn, boleh kah kini beliau bersama PH, maka akan berimpak positif kepada PH?

Kita kena rasional. Sebenarnya, kehadiran Tun M tidak relevan lagi di kalangan pengundi, walaupun ditonjolkan oleh pemimpin PH, bahawa beliau masih relevan.

Tidak dinafikan, mantan PM itu masih menjadi bahan berita, akan tetapi tidak semestinya boleh diterjemahkan kepada undi.

Kehadiran Tun dalam PH, sebenarnya lebih berimpak negative terhadap gabungan 4 parti itu. Suara-suara penyokong akar umbi, khususnya daripada PKR, cukup kuat, bahawa kehadiran Tun M telah merosakan misi GERAKAN REFORMASI.

Para penyokong muda PKR, tidak berselindung, walaupun bercakap berlapik. Keputusan PH menamakan mantan PM itu PRIME MINISTER IN WAITING, telah mengores perasaan mereka, kerana, cara itu, sekaligus menjadi tamparan hebat kepada misi mereka menerusi GERAKAN REFORMASI, yang mana musuh utama adalah Tun Dr Mahathir.

Selain itu, calon-calon daripada PH, akan banyak kehilangan undi, kerana ahli dan penyokong Pas, akan mengundi parti sendiri. Mengharapkan 'swing votes' daripada ahli dan penyokong Bn, hanya anggapan di atas kertas, tidak bakal menjadi kenyataan. Memang, majority yang diperolehi calon-calon Bn di 85 kawasan parlimen, mungkin sedikit terjejas, akan tetapi, tidak sampai kepada kekalahan.

Kawasan Parlimen seperti Batu Pahat, Temerloh, Lumut dan Kuantan, Bukit Gantang dan Sungai Siput, bakal ditawan Bn semula, selain mempertahankan 133 yang dimenangi pada PRU-13 lalu. Jika Parlimen Teluk Intan dapat dipertahankan, maka jumlah kerusi Bn akan kembali kepada angka 140 seperti mana PRU-12.

Namun, berasaskan scenario politik semasa, meskipun PH bernafsu khususnya DAP di Sabah dan Sarawak, diperkirakan, pada PRU kali ini, pencapaian parti itu di dua negeri itu tidak akan dapat mengulangi pencapaian pada PRU lalu.  Di Sarawak, kemungkin DAP hanya akan menang 2 kerusi Parlimen, manakala PKR kosong, di Sabah mungkin satu. Jika berlaku demikian, maka Bn hanya kekurangan 2-3 kerusi untuk mendapatkan kuasa 2/3.

Kehadiran Tun M dalam PH, adalah pemusnah impian jalan ke Putrajaya. Betul lah kata MB Johor- Datuk Khaled Nordin, "Terima Kasih" kerana Berjaya "hijack" Tun M.

1 comment:

BooDeer said...

Aku mau cerita sikit kat hampa, terutama org yang tak duduk kedah...

Kalau nak buat ceramah, nak kumpul orang, umno akan guna akal cabutan bertuah, sapu duit tang mana2, buat cabutan bertuah, hadiah moto bagai, penuh.laaa org ramai.. kalau tak buat begitu, hanya dedak 10 saja yang ada...

Baik, nii cerita dalam stadium pulak, yang rakyat berkumpul tengok bola, 25k 30k tak da hal, penyokong kedah bagi sapot, tapi bila saja umum nama mb, akan kedengaran suara mengebooo mb dalam stadium, apakah tandanya tuan2, rakyat menyampah muntah sama umno puii...

Bab bendera, awat banyak sangat bendera bersatu dikedah, bersepah2, sampai org kata, kedah milik pakatan harapan...

Lagu mana tempat hampa pulak dol....

Blog Archive