Latest News

PRU-14: Di Sebalik Peranan Parti Pas

1. Ramai penganalisis politik tanah air, meramalkan bersendiriannya parti Pas dalam PRU-14 akan menguntung parti Bn. Berasaskan perkiraan itulah pemimpin Pakatan Harapan, menganggap bahawa parti Islam itu membantu parti Bn memenangi pilihan raya, sehinggakan mereka membuat kesimpulan mengundi Pas sebenarnya mengundi parti Bn.

2. Rekod pilihan raya di negara ini, khususnya di Semenanjung, sebarang pertembungan tiga penjuru atau lebih, keputusan berpihak pada parti Bn, mengapa? kerana pengundi Bn sedia ada lebih ramai berbanding dua parti yang melawannya.

3. Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah) memang pada awalnya mahu agar pertembungan satu lawan satu antara parti Bn dan pembangkang, seperti mana berlaku pada PRU-13, namun keinginan itu tidak menjadi, ekoran pendirian parti Pas yang tidak boleh bekerjasama lagi dengan parti DAP, apatah lagi parti serpihan parti itu Amanah.

4. Berasaskan pendirian Pas itu, Pakatan Harapan mengambil langkah premtif, melalui mesyuarat Majlis Presiden parti itu pada 28 Ogos, telah diputuskan, bahawa pakatan 4 parti itu secara muktamad menutup pintu kepada parti pimpinan Datuk Seri Hadi Awang itu.

5. Menerusi penutupan pintu itu, maka pada PRU-14, baik parlimen mahupun Dun yang bermajoriti melayu atau kawasan campuran, akan berlaku pertembungan tiga penjuru, antara BN-PH-Pas. 

6. Sememangnya, parti Pas tidakpun berminat berpakat dengan Pakatan Harapan, kerana sebelum Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan menutup pintu, Pas Selangor awal-awal lagi telah mengumumkan akan bertanding 42 kawasan Dun di Negeri itu. Selangor mempunyai 56 kawasan Dun.

7. Bagi tujuan menguasai Putrajaya, kedudukan kerusi Parlimen yang diambil kira. Parti mana yang mendapat 112 kerusi, maka parti itulah yang menguasai Putrajaya.

8. Jumlah kerusi parlimen seluruh negara yang bakal menentukan parti mana yang menguasai Putrajaya berjumlah 222. Pada PRU-13 lalu, parti Bn menguasai 133, manakala pembangkang termasuk Pas 89. 

9. Di Semenanjung sebanyak 165 kerusi parlimen, manakala di Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan 57.

10. Di Semenanjung, pada PRU-13 lalu, daripada 165 kerusi parlimen, parti Bn menang 85, manakala pembangkang 80, sementara di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan, bn menang 48, sementara pembangkang 9.

11. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, parti pembangkang tidak pernah mendapat kerusi seperti mana yang mereka menangi pada PRU-12 dan 13. Kemenangan sejumlah kerusi itu, kerana parti pembangkang berjaya mengemukakan calon satu lawan satu dengan parti Bn. Sebagai impak kepada kesepakatan itu, maka kawasan-kawasan campuran seperti Parlimen Raub, Kuantan, Batu Pahat, Temerloh, Bukit Gantang, Alor Star, Sungai Siput, Lumut, Gelang Patah, Bruas, Bakri, Gombak, Lembah Pantai dan beberapa lagi jatuh ke tangan pembangkang. Perlu diingat, kemenangan parti pembangkang di kawasan-kawasan yang disebutkan, kerana faktor pengundi/penyokong Pas.

12. Oleh kerana pada PRU-14, bakal berlaku pertembungan tiga penjuru, maka dapat diramalkan, bahawa semua kawasan yang disebutkan bakal dirampas semula oleh parti Bn. 

13. Bagi Bn, untuk merampas semula kuasa 2/3 di Dewan rakyat perlu menang 100 kerusi parlimen di Semenanjung. Melalui kerusi yang sedia ada 85, apabila ditolak Pagoh berbaki 84, maka Bn Semenanjung perlu menang 16 kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU-13, kerana faktor satu lawan satu.

14. Apabila berlaku pertembungan tiga penjuru, di atas kertas memangpun berpihak kepada Bn, seperti mana berlaku pada PRK berkembar Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

15. Nampak gayanya, keputusan parti Pas bersendirian bagi berdepan dengan PRU-14, telah membuat keputusan, bahawa lebih baik memenangkan seteru yang dikenali, berbanding berpihak pada kawan berwatak penipu.

16. Parti Pas benar-benar merasakan, bagai mana ditipu DAP, termasuk menyaja parti serpihan parti itu Amanah, semata-mata melamahkan parti itu.

17. Politik merupakan satu wadah semua kemungkinan boleh berlaku. Sebarang tindakan politik, selagi tidak menjadi kenyataan, maka akan berlaku kemungkinan-kemungkinan yang tidak diperkirakan. Mana lah tahu, di saat-saat akhir, Pas akan bersetuju pada formula satu lawan satu. Pada keadaan itu, tiada akan dapat meramalkan keputusan PRU-14, dan yang paling dekat bahawa keputusan PRU-14 akan berlaku parlimen tergantung.

2 Responses to "PRU-14: Di Sebalik Peranan Parti Pas"

Kaw kaw said...

http://parstoday.com/id/news/world-i43694-ketika_erdogan_buka_bukaan_soal_daesh

Fun said...

Setelah berkali2 dibuli dan ditipu oleh DAP/PKR, PAS tidak sepatutnya u turn lagi. Ia menunjukkan marwah yg rendah dan mudah digula2 dengan janji palsu pakatan, apatah lagi pakatan terkenal dengan fitnah, pembohongan dan penipuan.

Blog Archive