Latest News

Persidangan Bahagian Umno Sudah Berlabuh- Kini Menunggu Pukul Beduk PRU-14

1. Sebanyak 191 Bahagian Umno seluruh negara sudah selesai bersidang, dan penutup persidangan itu adalah Bahagian Pekan pada Ahad 27 Ogos yang diketuai Perdana Menteri yang juga Presiden parti.

2. Apa yang boleh disimpulkan daripada Mesyuarat Bahagian, bahawa setiap ahli, pemimpin dan penyokong seia sekata, bergerak sebagai satu pasukan kukuh, bagi berdepan sebarang keumgkinan termasuk PRU-14.

3. Presiden sendiri menzahirkan kepuashatian beliau, berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian, dan menerusi mesyuarat itu tergambar atau tercermin, bahawa semua ahli, pemimpin dan penyokong dalam “good mood”.

4. Umno adalah sebuah parti terbesar dalam negara. Parti itu mempunyai lebih 3.5juta ahli seluruh negara. Jumlah keahlian itu merupakan 24 peratus daripada jumlah pengundi negara.

5. Mengikut data SPR jumlah pengundi seluruh Malaysia berjumlah 14.513,463 untuk suku pertama tahun 2017, dan jika PRU-14 diadakan bermula daripada sekarang, jumlah pengundilah yang menentukan, parti mana yang memerintah negara.

6. Jika berasaskan peratusan pengundi pada PRU-13 digunapakai, maka daripada jumlah itu, pengundi yang bakal memangkah pembangkang adalah sekitar 7.4juta, manakala Parti Bn 6.7juta. Bermakna, undi popular bagi pembangkang berjumlah 700ribu.

7. Jika peratusan pengundian berada pada tahap 80%, maka undi yang bakal diperolehi pembangkang adalah 5.9juta pengundi, manakala Bn 5.4juta. Menerusi perkiraan ini, undi popular pembangkang seramai 500ribu.

8. Di negara ini, setiap pilihan raya, memang berlaku trend pengundian. Tidak semestinya kecenderungan PRU sebelumnya akan berterusan, sebabnya setiap pilihan raya, rakyat mempunyai “mood” yang berbeza berasaskan isu-isu yang berlegar selama 5 tahun.

9. Jika pada PRU 2008 dan 2013, pembangkang mendapat undi popular, kerana telah bergabungnya antara PAS, DAP dan PKR serta, pakatan pembangkang dikemudikan oleh Defecto Leader mereka Dato Seri Anwar Ibrahim.

10. Sebenarnya, pintu atau tingkap menumbangkan parti BN telah terbuka pada tahun 2008 dan peluang itu patut disempurnakan pada tahun 2013. Namun peluang yang ada itu, gagal dimanfaatkan pembangkang, sehinggakan pakatan yang hampir menumbangkan parti BN terbubar, dan kini diganti dengan pakatan baru- Pakatan Harapan, dengan dua anggota baru yang tidak teruji.

11. Memang di mata penganalisis politik, pembentukan parti baru seperti PPBM dan Amanah memberi alternatif kepada rakyat, tetapi jangan lupa juga, rakyat mempunyai pertimbangan lain, bahawa parti yang tidak teruji, meskipun diketuai oleh mantan-mantan pemimpin, tidak semestinya mampu memberi alternatif kepada rakyat.

12. Politik negara ini penuh dengan sejarah. Dato Onn Jafaar sebagai mantan Presiden Umno, selepas menubuhkan parti yang melawan parti asalnya, tidak menerima sokongan rakyat, demikian juga Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn yang berpihak kepada S-46, tidak banyak membantu parti seriphan Umno itu. sebagai mana kita ketahui, pengasas parti itu, Tengku Razalegh akhirnya membubarkan parti itu dan menyertai Umno semula.

13. Juga pada awal pembentukan PKR (KeAdilan) oleh Dato Seri Anwar, tidak banyak berbicara dalam politik tanah air, walaupun selepas 10 tahun, apabila parti itu bergabung dengan PAS dan DAP mampu mendapat kerusi dan berjaya menafikan kuasa 2/3 BN di Dewan rakyat.

14. Pencapaian parti yang dipimpin Anwar adalah terbaik pada tahun 2008 dan 2013. Apabila kejayaan sebuah parti sudah mencapai yang “terbaik” maka tiada lagi yang lebih baik daripada itu. Hukum penurunan akan akan berlaku, dan berasaskan senario politik semasa, kemampuan parti Anwar itu pada PRU-14 akan akan merundum dengan sendirinya.

15. Pada PRU-14, berasaskan senario politik semasa, terlalu sukar, bagi pembangkang mengulangi 89 kerusi parlimen yang dimenangi. Bernasib baiklah gabungan baru itu, akan mendapat 70, manakala BN bukan sahaja berjaya mempertahan 133 dimenangi pada PRU-13, akan tetapi gabungan 13 parti itu akan menambah 10 kerusi lagi, menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 143. Walaupun jumlah itu, kurang 5 kerusi daripada kuasa 2/3 di dewan rakyat, akan tetapi jumlah itu merupakan pendorong semangat kepada parti BN, untuk berdepan dengan PRU-15.

16. Kini, Dato Seri Najib Razak hanya menunggu “signal” daripada Yang Maha Kuasa, akan bila kah PRU-14 akan diadakan. Mood baik rakyat sudah diketahui, kata Adam Malik- Mantan Wakil Presiden Indonesia, apabila besi sudah panas, maka timpah lah.

0 Response to "Persidangan Bahagian Umno Sudah Berlabuh- Kini Menunggu Pukul Beduk PRU-14"

Blog Archive