Latest News

PRU-14: Peluang BN Menang Cerah

Perpecahan dalam kalangan parti pembangkang adalah satu daripada tiga faktor utama yang memungkinkan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perkembangan politik semasa menunjukkan kelebihan berpihak kepada BN untuk memenangi PRU-14 berbanding pembangkang. 

Perpecahan dalaman pakatan pembangkang, khususnya tidak terlibatnya PAS dalam Pakatan Harapan (PH) menyumbang antara penyumbang utama kepada indikator itu. 

Pengalaman PRU-PRU lalu untuk melawan dan menang ke atas BN memerlukan barisan parti pembangkang yang betul-betul kuat, namun ketika ini rakyat melihat pembangkang sedia ada tidak mampu untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil. 

Keadaan ini memberi peluang baik untuk BN mempertahankan kepemimpinan kerajaan pusat, namun kemampuan untuk menang besar, khususnya dengan majoriti dua per tiga masih menjadi persoalan memandangkan sokongan pengundi bandar masih menjurus ke arah pembangkang,

Faktor lain yang memungkinkan kejayaan BN adalah keadaan ekonomi negara yang semakin mengukuh dan dijangka berterusan hingga hujung tahun ini, susulan peningkatan pelaburan asing. 

Faktor ketiga adalah melihat kepada Sabah dan Sarawak yang masih dilihat sebagai 'fixed deposit' (simpanan tetap) BN kerana pembangkang sukar menembusi dua negeri tersebut.

Parti Barisan Nasional terus merangka untuk mendapatkan undi bukan Melayu, khususnya bangsa Cina yang jelas lebih terarah kepada pembangkang, selain pengundi di bandar serta pengundi muda berusia 21 hingga 40 tahun yang akan membuat keputusan saat akhir.
 

1 Response to "PRU-14: Peluang BN Menang Cerah"

Clara Cutez said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Blog Archive