Latest News

PRU-14: Mengapa Timbul- Siapa Yang Mengetuai?

Warisan tikam belakang para pemimpin politik Sabah, tidak pernah pudar. Sejarah politik Sabah diwarnai tikam belakang.

Parti USNO tumbang, kerana tikam belakang. Parti Berjaya tumbang juga kerana tikam belakang. Parti PBS juga tumbang kerana tikam belakang.

Kini berlaku kasak kusuk antara pemipin UMNO Sabah, berkaitan siapa yang mengetuai BN Sabah pada PRU-14, sedangkan sudah jelas, Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga Pengerusi BN Sabahlah yang mengetuai Parti Barisan Nasional Sabah pada PRU-14.

Mengapa timbul isu, siapa yang mengetuai BN Sabah pada PRU-14? Satu isu yang perlu dirungkai oleh kepimpinan Sabah sendiri.

Cerita kedai kopi, kononnya, Musa tidak akan mengetuai BN Sabah pada PRU-14. Entah daripada mana sumber cerita demikian. Para pencerita kedai kopi, seolah-olah mewakili Presiden UMNO, dengan berbagai dalil dan sebab musabab, punca mengapa Musa tidak boleh mengetuai BN pada PRU-14.

Para pencerita kedai kopi, tidak akan terlalu berani, jika tiada dalang. Mereka itu memperkuat kata peribahasa, pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Bukan susah sangat mencari dalang. Pemimpin yang berkeinginan jawatan Ketua Menterilah, dalang yang paling dekat. Bagaimana carapun, para pemimpin yang mahukan jawatan Ketua Menteri menafikan cerita-cerita ini, tidak mudah diterima.

Cerita Musa, tidak akan mengetuai pilihanraya, bukan timbul pada kali ini sahaja, ianya bermula sejak PRU-12, kemudiannya disambung lagi pada PRU-13. Mereka yang menjajah cerita demikian, mereka yang itu-itu juga. Sebenarnya, jika diperhatikan betul, mereka ini, bukan penyokong Parti Barisan Nasional yang tegar. Mereka ini, bersifat multi-parti. Kata peribahasa, di mana ada gula di situ ada semut.

Di Semenanjung atau Sarawak, jarang betul memperkatakan menjelang pilihanraya umum, maka pemimpin ini, dan pemimpin itu akan mengetuai pilihanraya. Di Sarawak atau di Semenanjung, setiap Ketua Menteri atau Menteri Besar, adalah pemimpin yang mengetuai pilihanraya. 

Mengapa di Sabah, setiap kali menjelang pilihanraya, maka diisukan, siapa yang bakal mengetuai? sebabnya, warisan politik Sabah, yang tidak setia kepada kerja berpasukan, tidak sabar menunggu. Sebagai contoh, apa yang berlaku pada mantan-mantan pemimpin UMNO yang telah keluar daripada parti. Datuk Lajim, satu ketika kemaruk sangat dengan jawatan Ketua Menteri, demikian juga Datuk Shafie Apdal, sehinggakan beliau tergamak mensabotaj pembangunan luar bandar Sabah, supaya rakyat menuding jari kepada Datuk Musa Aman, kerana gagal memajukan luar bandar. Pemimpin veteran Sabah Datuk Nilwan Kabang yang juga ADUN Kunak, mengakui, bahawa keinginan Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah, bukan rahasia lagi. Malah Perdana Menteri sendiri mengakui, bahawa MP Semporna itu pernah meminta jawatan Ketua Menteri Sabah.

Berbalik kepada isu, Musa bakal tidak mengetuai BN Sabah pada PRU-14, menjadi rancak, apabila “cadangan” mengadakan pilihanraya mengejut bagi Sabah, terpaksa sorong tarik, kerana ada pemimpin Sabah, tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Adalah biasa, apabila berlaku pertembungan keinginan, maka akan dicari cara penyelesaian, melalui kaedah “menang-menang”. 

Isu pertembungan keinginan sebenarnya, adalah produk permainan politik Sabah. Faktor ini, bukan cara politik yang matang, kerana politik matang, akan senantiasa mengikut cara pertukaran jawatan secara harmoni, seperti mana perlantikan Perdana Menteri dan atau, Ketua Menteri atau Menteri Besar, di Sarawak dan negeri-negeri di Semenajung.

Sebenarnya, di Sabah, jika dilihat daripada segi kepimpinan parti, parti PBS telah menunjukkan bagaimana sistem kepimpinan. Tan Sri Pairin sejak menjadi Presiden parti itu, tiada seorangpun yang pernah bertanding melawan beliau, kecuali mereka yang menentang kepimpinan beliau, mengambil tindakan keluar daripada parti. Sehinggalah Tan Sri Pairin menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalan beliau, tidak terdengar, selama 30 tahun, bahawa beliau dicabar bagi jawatan Presiden parti.

Persoalannya mengapa timbul Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga Ketua Menteri tidak bakal mengetuai BN Sabah pada PRU-14? sedangkan Musa sudah membuktikan, melalui tiga pilihanraya umum, BN Sabah menang dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, malah jumlah wakil parlimen penyumbang yang signifikan terhadap BN Pusat.

Apa kah yang menjadi “dalang” kepada penyebaran isu ini adalah mereka yang termasuk pemimpin yang tiada kesabaran, dan tidak setia kepada pasukan?

Seharusnya, para pemimpin Sabah perlu memupuk politik matang, ke arah kestabilan politik, kerana melalui kestabilan politiklah, Sabah boleh membangun dan maju. 

Tindakan “politicking” sebenarnya punca kepada ketidak stabilan, dan boleh berakhir kepada tindakan tikam belakang.

Sepatutnya, politik Sabah, tiada lagi pemimpin yang bersifat musang berbulu ayam dan gunting dalam liptan, kerana pengalaman politik Sabah yang mengamalkan politik sedemikian, telah mengorbankan rakyat dan negeri, sehinggakan satu ketika dahulu, Sabah merupakan negeri termiskin dan termundur.

0 Response to "PRU-14: Mengapa Timbul- Siapa Yang Mengetuai?"

Blog Archive