Wednesday, September 07, 2016

Tun Dr Mahathir- DS Anwar: Impak Kepada UBN

APA yang jelas, kepimpinan Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim sudah berlalu. Kepimpinan mereka tidak lagi sesuai di era ini. 

Kepimpinan Tun Dr Mahathir, sebenarnya sudah dinoktahkan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri tahun 2003. Bukti, bahawa kepimpinan beliau sudah sampai ke noktahnya, apabila cubaan menjadi wakil 7 di Bahagian Umno Kubang Pasu, Kedah yang pernah beliau pimpin lebih 20 tahun, tidakpun dipilih oleh perwakilan.

Kemudian itu, kempimpinan beliau sudah dnoktahkan, apabila cubaan anaknya Dato Mukhriz Mahathir merebut jawatan parti, semuanya melalui kegagalan. Muhkriz dilantik ke jawatan MB Kedah, bukan kerana kedudukannya dalam parti, akan tetapi ikhsan daripada Perdana Menteri dan Presiden parti.

Bagi DS Anwar pula, meskipun setiap bertanding di kawasan tradisinya Permatang Pauh, beliau menang, namun parti yang didokongnya, tidakpun mendapat sokongan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan. Pada PRU 2008, di mana parti pembangkang berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, PRU itulah merupakan pencapaian tertinggi Anwar di luar parti Umno. Kemudiannya, melalui PRU-13, meskipun undi popular menyebelahi pembangkang, dan pertambahan jumlah kerusi di peringkat parlimen, namun pembangkang kalah di Kedah, dan tidak dapat mengulangi kejayaan di Perak.

Melihat kepada dua PRU 2008 dan 2013, memang itulah pencapaian maksima Anwar sebagai pemimpin. Pencapaian itu tidak akan berulang lagi. Sebabnya tidak berulang lagi, adalah seperti mana terbukti pada PRN Sarawak 2016 dan PRK berkembar selepas itu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, terbukti parti pembangkang, kalah dengan teruk sekali.

Kerjasama antara Tun Dr Mahathir-Anwar, tidak akan memberi impak kepada Barisan Nasional, kerana kerjasama itu, boleh menyebabkan impak berangkai kepada parti pembangkang sendiri. Selain impak berangkai, rakyat di atas pagar juga melihat, bahawa dua pemimpin itu, adalah pemimpin yang membawa pendekatan menghalalkan cara. Mereka boleh bersatu hanya untuk mencapai tujuan peribadi, bukannya untuk rakyat jelata.

Rakyat perlu menilai, selama 18 tahun, dalam benak Tun Dr Mahathir, Anwar adalah seorang yang tidak boleh menjadi pemimpin, kerana mempunyai moral yang rendah, namun, kerana matalamat menghalalkan cara, Tun Dr Mahathir boleh hadir berjumpa Anwar di Mahkamah Jalan Duta pada Isnin, 5 September, kononya menyokong defacto leader PKR itu, kerana bertindak menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuat kuasa bermula 1 Ogos 2016 melalui campur tangan mahkamah. Akta MKN telah diluluskan oleh Dewan Rakyat akhir tahun 2015 dan digazetkan sebagai undang-undang pada Jun 2016.

Rakyat negara ini sebenarnya, telah maklum, bahawa tindakan Tun Dr Mahathir berseteru dengan Perdana Menteri, hanya kerana Perdana Menteri tidak memberi sokongan kepada anaknya menduduki jawatan penting dalam parti, untuk menjamin masa depan anaknya boleh dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat negara ini juga tahu, bahawa desakan mantan Perdana Menteri agar Tun Abdullah Ahmad Badawi perlu meletakkan jawatan, hanya kerana pembatalan pembinaan jambatan bengkok antara Johor dan Singapura, kerana pembatalan projek itu, menyebabkan kroni mantan Perdana Menteri kehilangan projek bilion ringgit.

Tun Dr Mahathir berharap, jika DS Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, maka perdana Menteri ke-6 itu merasa terhutang budi, dan akan ikut telunjuk apa yang dikehendaki mantan Perdana Menteri tersebut. Namun, apa yang berlaku, DS Najib mempunyai pendekatan sendiri membangun dan memerintah negara. Sebenarnya perkara itu, tidak lah sangat membuatkan mantan Perdana Menteri itu marah, akan tetapi yang membuatkan beliau benar-benar marah, apabila Mukhriz kalah merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Di atas kertas memang Mukhriz dikatakan dengan mudah boleh mengalahkan Khairy Jamaluddin, kerana Khaiy telah hilang tempat bersandar, akibat ayah mentuanya tidak lagi berkuasa. Pertandingan yang pada mulanya hanya dua penjuru, kemudiannya dihangatkan apabila Dato Dr Khir Toyo, menyertai pertandingan, sehingga menyebabkan Mukhirz kehilangan peluang untuk menang. Pada pertandingan itu, Mukhriz mendapat undi ke-3 selepas Khairy dan Dr Khir.

Rakyat negara ini, memang melihat, bahawa atas desakan Tun Dr Mahathir, Khairy sebagai Ketua Pemuda dan seorang MP, julung kali seseorang yang berjawatan Ketua Pemuda Umno tidak dilantik pada kabinet persekutuan, sebaliknya calon yang kalah serta naib pemuda dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.

Tun Dr Mahathir tidak puas dengan kedudukan anaknya sebagai Timbalan Menteri, atas sebab itu, medesak agar Mukhriz bertanding di peringkat DUN, untuk membolehkan dilantik sebagai Menteri Besar. Atas desak Tun Dr Mahathir, maka menjelang pembuangan undi pada PRU-13, Perdana Menteri mengumumkan jika BN menang di Kedah, maka Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, Mukhriz berfikiran besar, meskipun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti hasil pertandingan, akan tetapi beliau mencalonkan diri merebut jawatan Naib Presiden. Dalam persaingan yang sengit, meskipun beliau mendapat undi popular berbanding Dato Seri Hishamuddin Hussein, akan tetapi daripada segi undi Bahagian, beliau kalah. Kekalahan itu, menimbulkan kemarahan Tun Dr Mahathir, kerana Mukhriz langsung tidak mendapat undi bahagian di Pahang, negeri Perdana Menteri. Melalui keputusan itu, menunjukkan, bahawa DS Najib Razak langsung tindak menyokong Mukhriz.

Melihat kepada kegagalan Mukhriz menduduki sebarang jawatan dalam parti, adalah tanda, bahawa beliau tidak bakal mewarisi kepimpinan negara. Tun Dr Mahathir sedar, bahawa beliau tidak mempunyai masa yang panjang menyaksikan anaknya dijamin kedudukannya dalam kerajaan, atas sebab itu, beliau menyusun strategi untuk memaksa DS Najib Razak melepaskan jawatan, kerana melalui cara itu, maka Mukhriz akan mendapat peluang, kerana para pemimpin yang dipergunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri telah akur dengan perancangan itu.

Tun Dr Mahathir memilih Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kerana memang satu kesepakatan atau pendekatan biasa, apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan, maka pemimpin nombor dualah yang mengambil alih kedudukan. Muhiyiddin memang merasakan, melalui strategi itu sahajalah beliau boleh menjadi Perdana Menteri, kerana apabila menunggu proses biasa, yakni menunggu Perdana Menteri melepaskan jawatan, adalah pendekatan yang sukar, kerana daripada segi umur, DS Najib Razak jauh lebih muda berbanding beliau. 

Orang politik, kalau tidak mengimpikan kedudukan tertinggi dalam politik, maka pemimpin itu bukanlah ahli politik. Perasaan itu, hadir juga dilubuk hati Muhyiddin. Atas sebab itu, apabila Tun Dr Mahathir mencadangkan pendekatan itu, maka Muhiyiddin bersetuju. Muhyiddin bergerak daripada dalam, manakala Mahathir daripada luar. 

Untuk menjatuhkan DS Najib Razak, maka perlu satu isu besar, maka dipilihlah 1MDB. Apabila 1MDB menjadi pilihan, maka terbongkarlah isu derma RM2.6bilion dan tetek bengik syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

Rancangan dimuktamadkan. Berbagai pihak terarah kepada 1MDB, dan masa telah ditentukan, untuk bertindak. Tuhan masih menyebelahi DS Najib Razak, sebelum tindakan memerangkap beliau melepaskan jawatan, beliau bertindak mendahului “kumpulan” itu. Pada 28 julai, 2015, Tan Sri Muyiddin Yassin dan Dato Seri Shafie Apdal dipecat daripada jawatan, Peguam Negara diganti serta merta. Terselamatlah DS Najib Razak. Pun demikian, “kumpulan” yang mahu DS Najib meletakkan jawatan, tidak berhenti. Pada 20 Julai 2016, DOJ Amerika mengeluarkan satu laporan sivil berkaitan kehilangan wang 1MDB, dan mempergunakan istilah Malaysian Offical One (MO1). Kumpulan itu dengan berbagai kaedah, terus menyerang MO1, sehingga ada kumpulan mahasiswa berdemonstrasi mendesak menangkap MO1.

Untuk menyertai PRU, maka ditubuhkan PRIBUMI, akan tetapi penubuhan parti itu tidak mendapat sambutan. Tun Dr Mahathir melihat, bahawa PRIBUMI, macam tiada keupayaan, atas sebab itu, untuk menghimpun tenaga, maka tiada pilihan, perlu juga berjumpa Anwar Ibrahim. Dalam politik, memang bersatu merupakan cara untuk menang. Tun Dr Mahathir, berfikiran, hanya bersatu dengan Anwar dan semua pembangkang, maka parti-parti mereka akan mampu bersaing dengan UBN, tanpa bersatu, lupakan sahaja hasrat mengalahkan UBN. Tindakan Tun Dr Mahathir bersatu dengan Anwar, bukan penyelesaian kepada masalah pembangkang, malah ramai penganalis menduga, cara itu, menjadikan pembangkang tambah berantakan.

Jika penyokong pembangkang berantakan, apa bezanya dengan rakyat atas pagar. Rakyat atas pagar melihat, tindakan Tun Dr Mahathir bersatu dengan Anwar, merupakan tindakan terdesak malah membuktikan, bahawa mantan Perdana Menteri itu mempunyai perjuangan menghalalkan cara, semata-mata untuk mencapai tujuan peribadi.

Sebenarnya, negara ini, tidak memerlukan kepimpinan Tun Dr Mahathir atau DS Anwar, kerana kepimpinan mereka sebenarnya sudah lama berlalu. Kepimpinan mereka tidak sesuai lagi dengan era masa kini. Era masa kini, memerlukan kepimpinan seperti mana yang dilakukan DS Najib Razak. Kepimpinan yang proaktif kepada keperluan rakyat majoriti, bukannya seperti pendekatan Tun Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka berkuasa, hanya berbentuk glamour dan mahu pengiktirafan dunia, melalui projek-projek mega yang hanya menguntungkan para kontraktor dan peniaga kelas kakap.

Pendekatan DS Najib Razak yang berorentasi massa, seperti pembelaan kumpulan sasar melalui berbagai kaedah seperti BR1M, 1Azam, Mesej dan pendekatan menyeluruh, sebenarnya pendekatan yang diperlukan rakyat negara ini, agar supaya, semua lapisan rakyat boleh menikmati kekayaan negara.

7 comments:

Anonymous said...

Kepimpinan Baru berpaksikan Kuku Besi, Penyelewengan Khazanah Rakyat, Menindas Rakyat dan bermacam2 lagi.

Aliff Mim Nun Wau....... SARKIS DA!!!!

Anonymous said...

Jadi Maanusia jangan Sombong dan Cakap Besar!!!

PRU lepas Be_End dinafikan Simple Majority PRU akan berkemungkinan lebih terok lagi.

Terima kasih kepada PM sanjungan kau kerana apa?? Kau faham2 saja lah.

Jawab kes 1MDB yang sudah diambil tindakkan dimerata Dunia jangan asyik nak WALPAK jer!!!.

Anonymous said...

PM dulu menjadikan Malaysia terkenal diseluroh dunia kerana kebolehan nyer yang luar biasanya.

PM sekarang mejadikan Malaysia terkenal diseluruh dunia kerana 1MDB dan skandal2 lainnya.

Anonymous said...

Mamak M cuba utk mengekalkan dinastinya dalam UMNO dan kerajaan dengan cuba menaja anaknya agar dapat menjadi PM pada akhirnya. Tetapi beliau agak bodoh kerana tidak mengambil kesempatan ini semasa masih menjadi PM spt mana yang dibuat oleh En. Lee Kuan Yew di Singapura. Cubaan terlambatnya ini telah memakan diri sendiri.... Skrg kerana marah hasratnya tidak berjaya.... Mamak Madey akan buat kacau bilau dlm negara.... kerana dia bukan Melayu...dia MAMAK.....

Anonymous said...

UMNO masih di hati rakyat. Pemimpin2 pembangkang terdiri dari mereka2 yg tamak haloba dan pentingkan diri sendiri. Nak menang tabur fitnah, nak rebut jawatan tabur fitnah, nak jadi PM tabur fitnah. Sudahlah masing2 tu ada banyak skendal...Kata RPK pun they are the biggest hipocracy. Bosanlah yg teramt sangat....

Anonymous said...

Gabungan anwar dan mahathir merupakan pilihan yang terbaik berbanding kepimpinan najib yang tidak tentu hala tuju. apa yang pasti kerajaan najib hari ini mementingkan diri sendiri dan mengula-gulakan rakyat hanya untuk sokongan undi pilihanraya. Kemegahan memberi sumbangan kepada rakyat dan orang miskin hanya gula gula perisa undi semata mata. hakikatnya orang miskin tetap tidak berubah malah semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. kepimpinan najib suka beri gula-gula tetapi gagal menghasilkan gula untuk membuat gula-gula bermutu tinggi.

Anonymous said...

Sejarah pembangkang khasnya DAP dan sekutu adalah sejarah hitam bagi negara. Mereka terlalu banyak hanky panky yg menyusahkan rakyat. Asal rakyat terus istiqomah menyokong UMNO/BN. Inshallah masih ada sinar.

Blog Archive