Latest News

PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya

Sungguh malang dua negeri terbesar di Malaysia, hanya ada 56 kerusi parlimen, jika Pulau Labuan diambilkira, maka menjadi 57, berbanding 165 di Semenanjung.

Pada PRU-13 lalu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan menyumbang 22+27+1= 50 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional atau menang 87.72 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Juga pada PRU-13 itu, Barisan Nasional secara keseluruhan menang 133, ertinya daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, Bn hanya menang 83 kerusi atau 50.30 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Melihat keputusan PRU-13, antara BN dan Pembangkang di Semenanjung, sebenarnya kedudukan seimbang. Bn=83, manakala pembangkang 82. 

Semasa PRU-13 lalu, belum timbulnya isu wang derma kepada DS Najib Razak, belum memumuncaknya isu 1MDB. Belum berlakunya perseteruan dalam Umno. 

PRU-14, Bn akan berdepan dengan pasukan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir. Keadaan ini, walaupun tidak sehebat tahun 1990, di mana Umno masa itu berdepan dengan S-46. Parti S-46 ditubuhkan oleh Team B Umno yang kalah dalam pemilihan parti Tahun 1987.

Melihat kepada trend PRU-13 digabungkan dengan keadaan semasa politik tanah air, khususnya di semenanjung, bakal berlaku perubahan yang amat ketara, kepada pencapaian Barisan Nasional. Jika pada PRU-13, hanya mampu menang 50.30 peratus daripada keseluruhan kerusi, besar kemungkinan pada PRU-14, akan menurun antara 42-45 peratus, ertinya daripada 165 kerusi parlimen, Bn di Semenanjung hanya akan menang 69-74 kerusi dewan rakyat. Ertinya untuk mempertahankan Putrajaya, maka memerlukan 43-38 kerusi daripada Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (112 kerusi daripada 222).

Melihat kepada keadaan politik di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan pada masa sekarang ini, Sabah diyakni dapat menyumbangkan minima 20 kerusi Parlimen, manakala Sarawak 25, WP Labuan masih dalam gengaman Bn. Berasaskan kepada anggapan itu, maka Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan menyumbang minima 47 kerusi parlimen. Katakan lah, Bn Semenanjung hanya menang 69 kerusi Parlimen, ertinya secara keseluruhan Bn mendapat 116 kerusi parlimen. Kata orang putih, the worst, Bn masih mendapat 116 kerusi Parlimen. Jumlah itu mencukupi menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Melihat trend politik tanah air pada masa kini, khususnya di Semenanjung, terutama di kawasan-kawasan yang ditandingi MCA, Gerakan dan MIC, bakal hanyut pada PRU-14 akan datang. Isu yang menyelebungi Lim Guan Eng berkaitan pembelian rumah di bawah harga pasaran, selain isu tanah Taman Manggis, tidak banyak mempengaruhi pengundi kaum cina dan india. Malah isu itu terlalu ringan dibanding isu yang diputar belit pembangkang, terutama berkaitan GST dan isu yang melanda Perdana Menteri.

Dalam tempoh 2 tahun, sehingga PRU-14, kumpulan Tun Dr Mahathir akan memberi fokus kepada kepimpinan DS Najib Razak, dengan senantiasa menyegarkan isu-isu yang didepani Perdana Menteri itu, sehingga rakyat akan terlepas pandang berkaitan perkembangan ekonomi, pembangunan dan kemajuan dalam negara.

Nampaknya, pada PRU-14, kerajaan Bn akan tergantung kepada pengundi Sabah dan Sarawak. Sebenarnya pimpinan Barisan Nasional yang ada perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir, kerana tindakan mantan Perdana Menteri itu selama 22 tahun, mengabaikan rakyat Sabah dan Sarawak, adalah faktor utama, kumpulan Tun Dr Mahathir sekarang ini, tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat dua negeri terbesar di Malaysia itu.

8 Responses to "PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya"

Anonymous said...

Jangan lupa PAS sekarang sudang menjadi seperti parti BEBAS

Anonymous said...

Agaknya Tun sibuk mengurus kroni2nya justeru lupa pada Sabah dn Sarawak. Lagipun beliau kurang berjiwa rakyat kot. Beliau kutip cukai dari rakyat beri pada kroni, bailout. Dasar penswastaan syarikat dan agensi kerajaan siapa yg untung? Merujuk blog RPM Tun ambil wang UMNO/rakyat rm100 - 200 bilion yg disimpan pada kroni2nya. Keluarga dan kroni2 Tun camna boleh jadi kaya raya dan bilionair sedangkan mereka bukan dari keturunan orang kaya raya? Halalkah ambil wang rakyat sebegitu banyak?

Anonymous said...

Pembetulan RPK bukan RPM.

Anonymous said...


Tajuk seperti "PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya" seolah2 menampakkan bahawa Sabah dan Sarawak berada diluar "Putrajaya". Padahal Sabah & Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan Putrajaya adalah Ibu Negara.

Patutkah seseorang yang terlepas daripada sesuatu bahaya dengan belari keluar, mengatakan bahawa "kaki" sayalah yang menyelamatkan badan saya daripada bahaya tersebut ?.

Anonymous said...


Tajuk seperti "PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya" seolah2 menampakkan bahawa Sabah dan Sarawak berada diluar "Putrajaya". Padahal Sabah & Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan Putrajaya adalah Ibu Negara.

Patutkah seseorang yang terlepas daripada sesuatu bahaya dengan belari keluar, mengatakan bahawa "kaki" sayalah yang menyelamatkan badan saya daripada bahaya tersebut ?.

musram rakunman said...

Dahulu sabah dan sarawak macam melukut di tepi gantang.

kak radi said...

Sekarang seperti menatang minyak yg penuh.

Master Sgp said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no 082---> 313 ---> 669 ---> 888
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082---> 313 ---> 669 ---> 888


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D




Blog Archive