Thursday, April 14, 2016

Impak 1MDB kepada Pengundi?

Andaian pengeritik Dato Seri Najib Razak, bahawa isu 1MDB akan mempengaruhi naluri rakyat dalam menentukan kerajaan pada PRU-14, hanya akan terus jadi andaian.

Pengalaman menunjukkan bahawa naluri rakyat memilih kerajaan pada setiap pilihanraya umum di negara ini, jarang sekali berkiblat pada isu-isu sebegini. Dahulu isu Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang kehilangan puluhan juta ringgit, isu Perwaja Steel, kerugian tukaran wang asing Bank Negara yang berjumlah lebih RM30bilion, kerugian besar Penerbangan Malaysia (Mas), tidakpun mempengaruhi arah pengundi semasa pilihanraya.

Negara ini telah berjaya menjalankan 13 kali pilihanraya umum, dan perlu diakui, bahawa mode atau arah pengundi lebih dipengaruhi isu-isu setempat termasuk isu-isu calon atau parti. Malah beberapa kali dibuktikan, bahawa isu peribadi juga tidak mempengaruhi arah atau mode pengundi, sepertimana Dato Seri Anwar Ibrahim buktikan.

Andaian para pengeritik Najib, kononnya isu 1MDB serta wang derma AS681milion akan mempengaruhi pelabur, juga tinggal andaian, sebabnnya, suku pertama tahun 2016, pelabur asing telah membeli saham di Bursa malaysia sebanyak RM5.9bilion, satu pencapaian luarbiasa, mengingat sentimen yang ditiupkan oleh berbagai pihak terhadap kepimpinan negara sejak 14 bulan lalu.

Andaian bahawa isu 1MDB akan membebankan rakyat, tidak akan berlaku, sebabnya, syarikat itu kini mempunyai sumber wang yang cukup untuk mengurus hutang piutangnya. PAC Parlimen sesuai dengan laporan Ketua Audit Negara, setakat januari 2016, syarikat milik Kementerian Kewangan yang Diperbadankan (MKD) itu mempunyai wang tunai RM3bilion, di mana wang sebanyak itu, boleh mengurus perniagaan syarikat itu. Lagipun, syarikat itu bukan dalam keadaan buruk, atas sebab, jumlah hutang lebih kecil berbanding nilai asset.

Pengurusan sesebuah syarikat, bukannya terletak pada andaian, akan tetapi fakta sebenar yang dalam syarikat itu. 1MDB mempunyai asset RM53bilion berbanding hutang RM50bilion, ertinya syarikat itu “liquid” dan tiada sebab ianya membebankan rakyat, atau kewangan negara, sehingga perlu tindakan penyelematan (bail-out).

Rakyat biasa, tidak terkesan dengan perjalanan syarikat itu, malah ianya memberi impak positif kepada para kontraktor atau tenaga buruh malah syarikat itu dapat menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Pengwujudan sesebuah syarikat besar seperti 1MDB, sangat perlu dalam rangka membuka peluang-peluang pekerjaan. melihat kepada gerak kerja syarikat itu, tidak nampak ianya membebankan negara, malah ianya memberi impak positif.

Mereka yang mengeritik syarikat itu, sebenarnya mempunyai tujuan, agar supaya para kontraktor atau pencari kerja akan terus menganggur, dan ianya berlaku, maka dijadikan sebagai modal untuk menyalahkan kerajaan, atas sebab gagal mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Hanya yang menjadi muskil, jika benar AS5.31bilion wang 1MDB yang dibayar kepada BVI Aabar PJS Ltd merupakan satu "scam". Jika ianya benar-benar scam, maka meyerupai "love scam" yang memerangkap ramai wanita negara ini oleh awang hitam. Selain itu, terperangkapnya orang berduit melalui "black money".

Jika 1MDB terperangkap dengan "scam" maka sesuatu yang malang.

No comments:

Blog Archive