Latest News

Benarkah 1MDB Tertipu AS7bilion (RM28bilion)?

Sehari selepas Laporan PAC Parlimen membentangkan laporan siasatan terhadap 1MDB, di mana salah satu kesimpulan laporan tersebut terdapat mismanagement, dan menyalahkan bekas Ceo syarikat itu- Datuk Sharol Azral Hilmi sebagai biang kerok, International Petrolieum Investment Corp (IPIC) membuat kenyataan, bahawa syarikat itu tidak mempunyai anak syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) atas nama Aaabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI).

Pengelibatan 1MDB dengan Aabar BVI, kerana syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) itu telah menyalurkan AS3.5bilion pada Tahun 2012 dan 2014, dengan perincian AS855milion, S933milion, AS295milion dan AS1.4bilion pinjaman melalui Goldman Sachs sebagai deposit atau wang jaminan bagi bond Aabar BVI.

IPIC syarikat milik penuh kerjaan Abu Dhabi dan Aabar Investment PJS (Aabar) anak syarikat IPIC secara bersama-sama membuat kenyataan kepada Bursa Saham London, bahawa mereka tiada kaitan dengan BVI Aabar, di mana 1MDB berurusan, atas sebab itu, dua syarikat itu tidak pernah menerima bayaran AS3.5bilion sepertimana diwar-warkan.

Memang melalui akaun 1MDB yang diaudit Tahun 2013 dan 2014, menunjukkan bahawa 1MDB telah menyalurkan AS3.5bilion kepada Aabar BVI, sebagai bentuk pelaburan, dan kenyataan sebelum ini, bahawa pelaburan itu dalam kedudukan “secure”, namun melalui kenyataan IPIC dan Aabar Investment PJS(Aabar), bahawa syarikat itu tiada hubungan dengan Aabar BVI, dan tidak menerima deposit AS3.5bilion, membawa maksud, bahawa 1MDB tertipu oleh satu syarikat bogus.

Penangkapan bekas Pengarah Urusan IPIC Khadem Al Qubaisi dan Bekas Pengerusi Aabar Mohamed Badawy Al Husseiny memperkuat lagi, bahawa 1MDB telah teperangkap dalam satu “scam” atau penipuan. Badawy dan Qubaisi adalah dalang yang memperakui Aabar BVI merupakan anak syarikat IPIC.

Melalui laporan PAC Parlimen, sekurang-kurangnya AS7bilion wang 1MDB sukar dipertanggungjawabkan. Perincian wang tersebut adalah- AS1.56bilion (1MDB Global Investment Ltd), AS940milion dalm bentuk “unit” di Bank BSI Singapura, AS330milion (Petrosaudi) dan AS700milion yang dimasukkan ke Good Star Ltd, AS3.5bilion ke Aabar BVI. Selain itu, AS2.318bilion yang dilaburkan ke Cayman Island, tidak diperinci oleh Laporan PAC.

Nampaknya, hanya pembelian beberapa IPP yang berjumlah RM18bilion, serta pembelian tanah TRX, Tanah Air Itam dan Pulau Indah yang benar-benar aset yang nyata milik 1MDB, sedangkan AS7bilion (RM28bilion), merupakan “scam” yang memerangkap syarikat gergasi itu. Jika benarlah 1MDB kehilangan AS7bilion, dan kerananya terpaksa membayar angsuran RM3.3bilion setahun, maka keadaan atau isu ini, merupakan satu malapetka besar dalam kewangan atau pengurusan syarikat milik negara.

Jika benar, kehilangan ini, maka jangan salahkan orang yang berjaya memperdaya para pengurus 1MDB, termasuk penasihatnya, kerana ianya menunjukkan, kelemahan kita, keadaannya hampir sama dengan “love scam” yang melibatkan para wanita malaysia yang jatuh cinta kepada “awang hitam” atau orang-orang yang berduit yang terperangkap dalam scam”black money”.

20 Responses to "Benarkah 1MDB Tertipu AS7bilion (RM28bilion)?"

Anonymous said...

So siapa yg bengap sangat sampai kena tipu?

Penasihatnya kah?
Atau PM kah?
Atau Menteri Kewangan?

Mmmm...... oooo seperti kata Ahmad Maslan dgn prinsipnya cari byk kerja untuk menampung kegawatan ekonomi sekarang.

Rupa-rupanya orang yang sama...semua di atas.

Anonymous said...

Apa meniaga mesti ada risiko punyalah. Jika tak mau angkat risiko jangan meniagalah. Bila tak mau meniaga jangan berani tanya pasal untunglah. Itu rugi besar atau sikit mana-mana kompeni meniaga akan ada kena fikir ini hallah. Mau tuduh-tuduh banyak senang. Sana salah sini tarak betul tapi itu banyak cakap punya orang juga belum tentu betullah. Tapi mau meniaga sendiri cuba test nanti baru tahulah itu langit ada tinggi atau ada rendahlah.

Bila meniaga ada untung semua rakyat akan suka bila rugi semua suka main tuduh-tuduhlah. Itu silap mesti jadi punyalah. Tapi dalam itu meniaga punya hal mau bikin untung billion2 banyak susah tapi kalau mau kerja senang, bikin tuduh-tuduh kasi semua orang salahlah. Itu freelah dan modal pun zerolah. Kasi air liur sikit buanglah dan kasi lu punya jari ada sikit penat mau taip itu media sosial punya forumlah. Senang kerjalah.

Anonymous said...

X de bukti jangan tuduh2 sembarangan. PM Najib telus. Suruh buat siasatan supaya tahu jika ada salah laku akan dibawa ke muka keadilan. So tindakan yg diambil oleh PM tepat.

Anonymous said...

Aiyaa anon 903. Kerja manyak senang tunding jari sama orang, dedak dapat ya. Suka2 cakap tatak bukti. Lu ingat lu sutak manyak babut ka? Olang meniaga kena tipu sapa salah? Bukan itu penipu ka yg salah. So kalau lu hebat cari itu olangla...

Anonymous said...

Bukti akan di perolehi dengan mudah setelah kerajaan sekarang bungkus dalam PRU14...jgn berani2 cabar rakyat ...walau sekolah tak tinggi...tapi kami rasa denyut nadi perasuah...sekilas ikan di air..kami tahu jantan betinanya...ada faham

Anonymous said...

memanglah berniaga ada untung rugi, dan kerugian itu kita tahu seperti harga saham turun or masaalah ekonomi dll..biasalah tu, tapi ini memang pelik,duit pelaburan entah kemana dan wang tunai dari Caymen dikatakab sudah dibawa balik & disimpan di Spura, lepas tu bukan tunai tapi unit. Takkan bekas CEO 1mdb begitu powerful boleh buat keputasan dan sain cheque jutaan ringgit tanpa big boss approval? Duit yg bayar tu dtg dari mana? Jlow dan 2 ekor mamat SRC kemana menghilang? Kenapa menyorok?

Anonymous said...

Najib cakap macam real."kita akan siasat.." konon dia tak takut.puihhh..cakap tak serupa bikin..ada kertas laporan PAC di OSA kan. Kalau berani siasat dgn segera bekas CEO 1mdb, siasat jlow dan 2 mamat SRC yg menyorok..puuiihhh..

Anonymous said...

Ingat ini berniaga kacang putih ka? Untung rugi biasa punya.

Berniaga berbillion2 klau x ikut prosedur dan kaedahnya.... Untungnya susah. Ruginya senang.

Anonymous said...

Biarlah pihak berwajib siasat fasal love scam dalam 1MDB ni. Yg dah pastinya laporan PAC ni jelas bahawa rm42 bilion x hilang into thin air dan x de 2.6 bilion masuk akaun Najib sebagaimana didakwa sebelum ini. Bab ini Najib is clean dan dia boleh memulakan tindakan saman pihak2 yg memfitnah beliaulah kalau mahu.

Anonymous said...

Aku percaya rejim Najib tak akan berani nak siasat apa yg PAC laporkan..Si penipu hanya pandai berkata2 .." kita akan siasat.." Kalaupun iaakan siasat tengok lah nanti tup tup ada yg mengacau di tengah2 siasatan maka ia pun tergendala sampai kiamat. Apa citer siasatan polis tahun lepas? Bila di tanya "..siasatan masih berterusan...".

Kalau rejim Najib masih ada dua biji 'bola', tubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Yg ni rejim Najib tak boleh kacau punya... puuihhhh...

Anonymous said...

kalau dah tak suka...mulai mencari byk alasan untuk menjatuh dan menidakkan kebenaran....suruh pula buat siasatan Diraja...dan sekiranya siasatan Diraja terbukti tidak bersalah....makanya nak suruh siasatan apa lagi....

Anonymous said...

Anon 13.47...PAC hanya buat laporan audit bukan siasat macam Polis dan kesimpulan & rekomendasi bahawasanya ada masaalah & kelemahan & 'pelik2' yg berlaku, rumusanya 50billion rugi. PAC mesyorkan utk siasat bekas CEO 1MDB Datuk Shahrul. Jgn pikir laporan PAC semua nya sudah siasat. PAC hanya menyiasat hanya berdasarkan dari dokumen yg diperolehi dari 1MDB. Itu pun doc2 dari 1MDB tidak lengkap. Ada laporan2 PAC kini dibawah OSA, jadi tidak semua diumumkan.

Anonymous said...

Anon 1402. Penyokong Najib bukan faham sangat baca laporan2 ni. Atau buat2 tak faham sebab malu.


Bukan cerdik sangat mereka ni. Kalau mereka cerdik, dah lama Melayu berjaya berbanding bangsa lain di BUMI MELAYU NI.

Anonymous said...

1MDB punya scam ni mudah utk difahami tapi kerja2 yg amat professional kerana semuanya nampak legal. Tapi akhirnya Spura, Hongkong, Swiss, USA, dll sudah nampak tahinya. Ternyata Hongkong, Spura & French sudak bekukan wang dari akaun bank berkaitan 1MDB. Ianya macam si Ahmad(1MDB-Najib) beli harta/pelaburan melalui ejen Ah Cai (JLow). Wang diberi kepada si ejen Acai dan dikelurkan resit pembayaran kepada Ahman(1MDB-Najib). Bila kawan dia tanya dimana harta & pelaburan, maka si Ahmad(1MDB-Najib) berkata dgn penuh yakin yg dia ada resit pembeliaan/pelaburan dari ejen, tapi harta entah kemana & akhirnya rugi ratusan juta. Tapi si Ahmad dgn selamba katak dan dgn muka tak tahu malu berkata bahawa pembelian/pelaburan saya adalah tindakan sgt bijak katanya "..harta saya melebihi aset.".....kah..kah..kah..

Anonymous said...

Anon 1402, kau buktikan 1MDB rugi 50 bilion? Setahu aku hutang ada 50 bilion dan aset ada 53 bilion. Lebihan 3 bilion. X habis2 nak fitnah. Dahlah tuduhan 42 bilion disappeared into thin air dan 2.6 bilion masuk akaun Najib x betul. Macai pembangkang ni suka sangat tuduh2 ye...dahsyat...

Anonymous said...

Berita yg dipetik dari blog pembangkang x boleh dipercayai. Bangkang dari longkang kah kah kah.....

Anonymous said...

Longkang skrg ada yg airnya bersih lgi dri sungai...

Anonymous said...

Minum air paip pun boleh cirit birit.. jernih xbermakna suci.. keruh xbererti cemar...

Anonymous said...

Tulah sebab pembangkang ni bangang x habis2, kerjanya memfitnah, membohong, menipu, putar belit, auta, menyamun, rasuah, konspirasi dan banyak lagi. Rupa2nya sebab minum air longkanglah ye....to the hell lah gamaknya yeeeeeaaaaa ngeri ahhhhh....

Anonymous said...

Menurut Arul Kanda, perniagaan 1MDB dengan ipic dan aabar ada didokumenkan, bermakna ada perjanjian. Perbincangan juga dilakukan antara ceo2 masing2 dan saling mengenali. Pihak ipic dan aabar juga yg menyuruh pembayaran dimasukkan dlm akaun aabar b1v. Semua didokumenkan. Kenapa tiba2 setelah 3 tahun berlalu ipic dan aabar kata x de kaitan pulak dengan aabar b1v? Ini pun pelik juga.

Dalam hukum apa pun, yg bersalah adalah pihak yg menipu dan bukannya yg tertipu. Jika 1MDB telah mengambil semua langkah2 yg perlu dalam membuat urusan, mengapa harus dipersalahkan andai tertipu? This is too much, admin!

Jika seorang ayah meminta kita membuat bayaran kepada anaknya, setelah 3 tahun dia kata pulak itu bukan anak dia, apa perlu kita buat? He he he pelempang ( siasat) lah jawabnya, ye tak?

Blog Archive