Monday, April 18, 2016

1MDB: Apa Kah Meneruskan Bayaran Bunga RM50juta?

Bayaran bunga bagi bond yang bernilai AS3.5bilion, jatuh tempoh pada 19 April 2016. Jumlah bond itu sebelum ini dijamin oleh IPIC (International Petroleum Investment Company) yang berpusat di Abu Dhabi, dimana melalui perjanjian antara 1MDB dan IPIC, 1MDB perlu membeli unit IPIC dan Aabar Investments PJS bernilai AS3.54bilion. Namun, pada Isnin lepas (11 April), IPIC dan Aabar memberitahu bursa London, bahawa syarikat itu tidak menerima bayaran itu daripada 1MDB, sebaliknya dakwaan 1MDB bahawa telahpun membayar kepada BVI Aabar, sebenarnya IPIC dan Aabar PJS tiada kaitan dengan syarikat yang berdaftar di British Virgin Island tersebut. Di pihak 1MDB pula, memang tercatit melalui laporan audit tahun 2013 dan 2014, memang syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar atas arahan dua pengarah tertinggi IPIC.

Apa kah 1MDB meneruskan bayaran bunga bond tersebut? Jika ya, maka syarikat itu, berdepan dengan kerugian berganda, atas sebab, wang AS3.54bilion, tidak pasti kedudukannya.

Jika dilihat berasaskan laporan-laporan, wang AS3.54bilion milik 1MDB yang dibayar kepada BVI Aabar, sebenarnya satu gerakan penipuan oleh pengurus tertinggi IPIC dan Aabar. Atas sebab itu, 1MDB menjadi mangsa penipuan oleh syarikat “bogus”. BVI Aabar di mana 1MDB telah menyalurkan wang itu telahpun ditutup. Dengan penutupan syarikat itu, maka 1MDB, tidak dapat mengesan, di mana sudah wang yang telah disalurkan itu.

Wang AS3.54bilion jika dinilai berasaskan pertukaran terkini, berjumlah RM13.8bilion. Nilai ini lebih 6 kali ganda “bail-out” proton dan 1.725 kali ganda “bail-out” Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atau 1.5 kali ganda kos pembinaan fasa pertama KLIA. 

Penduduk Malaysia sejumlah 37juta termasuk bayi, maka purata bagi rakyat Malaysia adalah RM373 seorang jika dinisbahkan dengan RM13.8bilion. Jika benarlah wang AS3.54bilion hilang, maka rakyat Malaysia telah kerugian RM373 seorang. Jumlah RM373 itu, merupakan 36 peratus bagi kadar kemiskinan bulanan bagi rakyat Sabah atau 45 peratus kadar kemiskinan bulanan penduduk Semenanjung.

4 comments:

Unknown said...

Trade Fusion Review

Binary options trading is earning a lot of popularity among marketers, as it's an exciting and new trading method. Many of the traders using different strategies, but the basic concept of all binary options strategies are the same and unlike other professions, the binary option trading provides only two possible results, the gain or loss.

https://www.linkedin.com/pulse/trade-fusion-review-scam-software-surya-kumar

Anonymous said...

Aik!!...baru sekarang ngko perasan ker admin lahabau!!!

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah, admin da perasan dan sedar.

Anonymous said...

Orang Malaysia suka terjun botol dan terburu2 dan suka membuat persepsi negatif. Bukankah masalah ada di mana2? Menurut Arul, perjanjian antara 1MDB dan IPIC/AABAR ada dokumen perjanjian dan perbincangan dibuat bersama ceo masing2. Arul juga sedang mengambil tindakan menyiasat hal ini. Kenapa mesti nak buat andaian itu ini yg negatif pulak tu, sebelum ada hasil siasatan? Sedangkan selama ini dakwaan 42 bilion lesap dan 2.6 bilion pun x betul setelah siasatan selesai.

Admin mcm dah beralih arah, dedak baru ke? Atau ganti Tun...memfitnah? Tapi x baik melontarkan persepsi negatif, ia serupa mengundang fitnah dan dosa untuk diri sendiri.

Blog Archive