Sunday, March 13, 2016

Tiada Kelojikan Deklerasi Rakyat Selamatkan Umno

Tiada kelojikan langsung, apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata, bahawa Deklerasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir pada 4 Mac, untuk menyelamatkan Umno daripada kehilangan kuasa selepas PRU-14.

Deklerasi yang ditandatangai sama oleh pemimpin Parti pembangkang dan Ngo pro pembangkang yang bermatalamat untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, kononnya hanya cara itu, Malaysia dapat diselamatkan.

Sejak bila, pemimpin dan parti pembangkang menjadi penyokong parti Umno? Sejak bila, Parti Umno disokong pemimpin pembangkang, parti pembangkang serta penyokong pembangkang untuk Parti Umno menang pilihanraya? Sejak bila mereka-mereka itu menyokong Perdana Menteri daripada Umno untuk meneruskan jawatan?

Hanya mereka yang gila percaya, bahawa Deklerasi Rakyat seperti yang ditandatangai pada 4 Mac itu, untuk menjadikan Parti Umno kuat, dan mengelak parti itu kalah pada PRU-14.

Takkan, 188 Ketua Bahagian Umno dan 131 MP Umno/Bn telah tidak waras, dan telah dibeli DS Najib Razak untuk menyokong Perdana Menteri!!!

Muhyiddin salah seorang pemimpin Umno yang menurunkan tandatangan pada Deklerasi itu, terus berkata, hanya melalui peletakan jawatan DS Najib Razak sesuai dengan tujuan Deklerasi itu, maka Malaysia terselamat, dan pada masa yang sama parti Umno juga terselamat, kerana bakal tidak ditolak rakyat. 

Tidak ternampak langsung lojik kenyataan Muhiyiddin itu. Tiada jaminan, apabila DS Najib Razak meletakkan jawatan, maka parti Umno menjadi kuat. Demikian juga tiada jaminan, apabila DS Najib Razak meneruskan jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-14, maka parti Umno ditolak. Dalam keadaan ini ‘always there is two sides of coin”. Bagi yang menyokong Deklerasi itu, maka kononnnya Malaysia selamat, dan parti Umno tidak kalah. Manakala yang menolak deklerasi itu, maka ianya memperkuat parti Umno dan BN, kerana pemimpin dan penyokong Umno dan BN melihat, bahawa mereka yang menyokong Deklerasi itu, bertindak menghalalkan cara. 

Di Malaysia, tidak pernah berlaku, Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan, disebabkan desakan mereka yang membangkang kerajaan. Rekod pertukaran Perdana Menteri di negara ini, hanya berlaku, jika Parti Umno yang berkehendakkan demikian, seperti mana berlaku pada Dato Seri Abdullah Badawi. Jika Parti Umno terus menyokong Presidennya, maka selagi itu, Presiden akan tetap menjadi Perdana Menteri.

Parti Umno melihat, bahawa DS Najib Razak sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, bukan sebagai liabilti kepada parti atau kerajaan, malah kepada negara. Rekod dari segi apapun, apa kah itu pelaburan asing, pertumbuhan ekonomi, atau bajet kerajaan, DS Najib telah mengatasi semua Perdana Menteri sebelum beliau. Parti Umno dan Bn melihat, walaupun harga minyak mentah dunia menurun, tidak memberi impak kepada pendapatan dan perbelanjaan negara, kerana pendekatan ekonomi yang dilakukan dapat membendung impak itu.

Mereka yang mahu DS Najib turun, hanya kerana isu 1MDB. Kini isu itu telah selesai, tanpa melibatkan kewangan negara. Demikian juga isu RM2.6bilion dan RM42milion, sudah selesai dan tidak merugikan negara apatah lagi rakyat biasa termasuk mereka yang menandatangi Deklerasi 4 Mac. Jadi, apa sebenarnya yang MAHU diselamatkan???? Jangan hanya pandai beretorik, seperti tin kosong.

2 comments:

zakir said...

Tula kan tuan admin. Tiada lojiknya. Sama seperti tiada lojiknya kita terpaksa menjual asset berharga negara hanya utk membayar hutang syarikat yg entah apa yg diniagakannya dan belum pun mendapatkan keuntungan yg setimpal dgn hutang yg dibuatnya bukan?

Anonymous said...

Mereka buat reverse psycology. Mcm marina chin dan sewaktu denganya menggunakan perkataan bersih bagi menggambarkan perbuatan kotor demonstrasi mereka. Begitu juga pembangkang menggunakan perkataan rakyat disebalik amalan yg menjurus kepada kronisma Apapun rakyat yg waras x terkesima dengan lakonan mereka ini.

Blog Archive