Latest News

SIAPA YANG BERPUTIH MATA?

Tun Dr Mahathir Mohammad, tidak mempertaruhkan apa-apa apabila menyerang Dato Seri Najib Razak. Apa yang ingin dibuktikan oleh beliau, apa kah tindakannya menumbangkan Perdana Menteri Pertama dan Kelima boleh berulang? 

Sehingga tulisan ini, dibuat, tindakan Mantan Perdana Menteri itu menurunkan Najib daripada jawatan perdana Menteri, tidak goyah, malah terlihat di atas kertas, sokongan kepada Perdana Menteri ke-6 itu semakin kuat.

Sokongan terbaru yang diterima DS Najib, adalah melalui Deklarasi Kelantan, yang mana para pemimpin Bn Kelantan termasuk Tengku Razalegh Hamzah menandatangi sokongan terhadap Perdana Menteri.

Ekoran sokongan KULI itu, Tun Dr Mahathair secara sinis mengulas, bahawa sebenarnya MP Gua Musang itu, pencadang kepada undi tidak percaya kepada DS Najib Razak di Parlimen. Namun, beliau berpaling tadah. Mahathir menyifatkan kegagalan undi tidak percaya kepada Najib di dua peluang, pertama semasa menggantung Lim Kit Siang dan kedua, undian terhadap Bajet2016, KULI dibelakang kegagalan itu.

Tun Dr Mahathir memulakan serangannya terhadap DS Najib dengan menggunakan hutang 1MDB yang berjumlah RM42bilion. Dalam siri tulisan beliau melalui blog, mantan Perdana Menteri itu mendakwa, bahawa wang sebanyak itu telah lenyap. Namun, sesuai dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh syarikat itu, Tun Dr Mahathir, senantiasa mengubah-ubah tuduhan dan dakwaan. Atau dalam erti kata lain, setiap masa mengubah pintu gol, agar supaya, isu 1MDB kelihatan tidak berjawab.

Oleh kerana isu 1MDB, dilihat tidak akan berjaya menumbangkan DS Najib Razak, maka dakwaan diubah kepada wang derma daripada Arab Saudi yang berjumlah RM2.6bilion (USD681milion). Pun demikian, isu wang derma tidak berjaya menumbangkan DS Najib, atas sebab Peguam Negara- Tan Sri Mohammad Apandi Ali mendapati tiada salah laku. 

Melihat kepada tindakan memalitkan DS Najib terhadap isu 1MDB, wang derma dan CSR SRC International yang berjumlah RM42juta tidak berjaya, maka Tun Dr Mahathir keluar daripada parti Umno pada 27 Februari 2016. Pada 4 Mac, beliau bekerjasama dengan musuh-musuh politiknya selama 22 tahun membuat deklarasi yang bertajuk “Selamatkan Malaysia”. Deklarasi itu, selain disokong pemimpin parti pembangkang, juga oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dan digantung jawatan daripada parti- Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Untuk menambah tekanan, kepada DS Najib, Tun Dr Mahathir dan dua individu yang lain menyaman Perdana Menteri pada 23 Mac meminta ganti rugi RM2.6bilion, dan RM42juta sebagai ganti rugi teladan.

Melihat kepada tindakan-tindakan Tun Dr Mahathir itu, ramai para pemimpin Umno khususnya yang berjawatan menteri, membidas tindakan beliau itu, malah tindakan saman terhadap Perdana Menteri, dikatakan perbuatan sia-sia, kerana menurut mereka, mantan Perdana Menteri itu tiada locus standi.

Benar, Tun Dr Mahathir tiada locus standi menyaman DS Najib Razak, benar Tun Dr Mahathir tidak mendapat sokongan pemimpin Umno, kecuali daripada Muhiyiddin, shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, serta pemimpin veteran seperti Tan Sri Sanusi Junid. Namun, ramai yang percaya mantan Perdana Menteri itu mendapat sokongan akar umbi. Sokongan itu, menurut mereka akan dibuktikan melalui pilihanraya Umum Tahun 2018.

Sebenarnya, melalui PRU-12 dan PRU-13, telah terbukti, bahawa trend pengundian rakyat telah cenderung menolak Barisan Nasional. Pada PRU-13, 51 peratus pengundi telah menolak Barisan nasional, walaupun berjaya mendapat 133 kerusi Dewan Rakyat. Daripada 133 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional itu, 37 kerusi merupakan kawasan yang dimenangi dengan jumlah undi di bawah 1000 hingga ke 2000. Ertinya, jika trend pengundian Tahun 2013 tetap, dan berlaku swing 5 peratus kepada pembangkang, maka 37 kerusi Parlimen itu akan dimenangi pembangkang.

Dalam sebarang pilihanraya, tiada seorang pemimpinpun boleh mengawal pengundi, malah pada PRU-1999, di mana DS Najib Razak hampir kalah di kawasan tradisinya, Parlimen Pekan, sedangkan pada masa itu, kosong persepsi negatif dan kosong dakwaan/isu terhadap beliau.

Di Sabah pada PRN Tahun 1985, Parti Berjaya yang terlalu kuat di atas kertas berdepan dengan pilihanraya negeri, di mana tiada yang menyangka langsung, parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) hanya menang 6 kerusi daripada 48 yang ditandingi, sedangkan semasa DUN Sabah dibubarkan, Parti Berjaya mempunyai 46 kerusi Dun.

Memang, dalam keadaan sekarang, semua pemimpin Bn tiada yang tidak menyokong Perdana Menteri. Mereka yang bersuara menentang, adalah di peringkat bawahan, seperti ketua-ketua cawangan di Kawasan Tan Sri Isa Samad, di Bahagian Pagoh dan Jerlun, manakala di Semporna Sabah, hanya beberapa orang yang dekat dengan Shafie Apdal.

Kata orang, jangan disangka air tenang tiada buaya. Jangan juga menyangka, kayu bergoyang kerana ada angin. Pendirian pengundi, tiada yang boleh meramal.

Berasaskan kepada keadaan sekarang, dan kemungkinan akan terus berlanjut sehingga PRU-14, siapa yang akan berputih mata? Apa kah masa itu, Umno/Bn akan ikut jejak parti LDP Jepun dan Kongress India serta Parti Golkar indonesia yang pernah kalah dalam pilihanraya!!!.Kerana untung nasib Umno/Bn akan terletak di tangan rakyat.

Bagi Tun Dr Mahathir, sudah tentu beliau tidak lagi berputih mata, kerana beliau bukan lagi ahli Umno, malah kekalahan Umno/Bn adalah sesuatu yang diharapkan, agar supaya DS Najib Razak tumbang. Jika itu, berlaku, maka, bukan mudah bagi Umno/Bn untuk menang semula. Pengalaman Parti Golkar indonesia, sejak tumbang Tahun 1998, sehingga kini tidak lagi pulih.

Di saat-saat para penyokong dan pemimpin Umno/Bn bergembira kerana kegagalan beberapa tindakan Tun Dr Mahathir menurunkan DS Najib Razak, ada yang meramalkan bahawa sebenarnya sedang menanti satu sesi gelap di hadapan bagi Umno/Bn selepas PRU-14. Benar kah demikian? Hanya para pemimpin Umno/Bn boleh menjawaabnya.

7 Responses to "SIAPA YANG BERPUTIH MATA?"

Anonymous said...

its mere speculation... reality BN/UMNO put effort running the goverment towards significant country economic growth and able to achieve vision 2020 ;-))

Anonymous said...

Yang sebok mempertahankan Najib adalah para pemimpin yang mempunyai kepentingan, yang mana mereka semua itu akan turut tersungkur didalam PRU14 nanti kemana . Saya nyatakan sedemikian sebab kemana sahaja saya pergi majoriti rakyat menyatakan kebencian mereka terhadap PM dan para pemimpin UMNO sekarang. Semoga belum terlewat sesuatu patut dilakukan untuk menyelamatkan UMNO/BN

amier said...

Do not worry too much. I think PAS has all the quality to gain majority support n i strongly beleive their leaders have the ability to deliver a good
governance

Anonymous said...

Saya cuma ahli UMNO biasa...tak berkepentingan kecuali cintakan parti, bangsa dan agama.
Saya menyokong PM Najib. Hanya musuh2 Islam dan puak2 yang ada kepentingan peribadi seperti KELUAEGA DAN KRONI yang ingin menjatuhkan pemimpin tertinggi Melayu Islam.

Anonymous said...

mamaq haramjadah ni makin gundah
tak lama lagi mampos terbeliak mata

Anonymous said...

Yg tersungkur dulu ialah dr kota belud..dan wilayah. Pembodek tahap dewa..

Anonymous said...

Saya rakyat biasa. Dari pemerhatian saya, UMNO masih yg terbaik berbanding parti2 lain yg lagi kuat rasuah, menipu, memfitnah, putar alam, kronisma dan mementingkan peribadi. Setelah lebih 10 tahun, negeri2 di bawah pakatan x ada yg membela rakyat. Masa banjir, yg bertungkus lumus membantu ialah orang2 UMNO. Hidup UMNO...kecuali yg pro Tun...kerana mereka badan dlm UMNO tapi otak pro pembangkang.....x boleh pakai he he he ...

Blog Archive