Friday, March 11, 2016

Mengapa Layan Orang Pencen??

Para pemimpin Umno terbawa-bawa permainan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Sejak mantan Perdana Menteri itu keluar daripada Umno, disusuli dengan Deklarasi Rakyat, para pemimpin Umno, terikut gerak lengok beliau.

Mengapa perlu ikut permainan yang dicipta Tun Dr Mahathir? Semakin banyak membangkitkan keburukan atau kelemahan mantan Perdana Menteri itu, semakin terburai masalah Umno. 

Pembangkang mengeksplotasinya dengan mendakwa, bahawa sistem yang digunapakai selama ini di Malaysia, yang dipraktek Umno dan parti-parti dalam Barisan Nasional, tidak sesuai lagi, atas sebab itu, rakyat perlu menolaknya.

Semakin rancak memburukkan Mantan Perdana Menteri itu, semakin berimpak positif kepada pembangkang. 

Cukuplah, Tun Dr Mahathir sudah memilih haluan beliau sendiri, dengan menelan kahak sendiri, melalui kerjasama dengan musuh poltiknya sejak azali.

Rakyat negara ini, sudah mencatitkan dalam diary mereka, bahawa Tun Dr Mahathir, sudah membuka pekong di dada, bahawa sejak sekian lama, beliau menjadi pemimpin bukanlah untuk rakyat akan tetapi untuk diri sendiri.

Rakyat telah mencatit dalam rekod mereka, bahawa Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang mengamalkan Menghalalkan Cara. Semua itu, hanya agenda politik pribadi.

Seharusnya rakyat negara ini, berpuas hati, kerana sebelum pun mantan Perdana Menteri itu meninggalkan dunia ini, beliau telah mendedahkan identiti beliau yang sebenar-benarnya.

Atas sebab itu, rekod Tun Dr Mahathir, sebelum ini sebagai negarawan, perlu dipadam daripada rekod.

3 comments:

ilmuminati said...

Dangkal

Anonymous said...

Biarkan TDM dengan pendirian beliau, jangan dihalang dan dikritik. Dia dah cukup dewasa untuk memikirkan implikasi tindakan yang dibuat. Ahli UMNO hanya perlu terus tumpu pada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Orang pencen duduk rumah diam2, layan anak cucu cicit cukuplah. x menyusahkan orang lain kan kan kan....he he he...

Blog Archive