Latest News

Hanya Kerana Najib- Lawan Jadi Kawan

Tun Dr Mahathir benar-benar membuktikan, bahawa dalam politik tiada kawan selamanya, juga tiada lawan selamanya.

Tun Dr Mahathir juga mempamirkan, bahawa kesetiaan tidak seharusnya ada, jika berkaitan kepentingan diri.

Hanya kerana DS Najib Tun Dr Mahathir dan konco-konco termasuk TSMuhiyiddin Yassin, TSSanusi Junid, DSShafie Afdal, Tun Daim Zainuddin bersengkokol dengan lawan politik sejak azali Lim Kit Siang.

Najib tiada rekod menjatuhkan seseorang, baik dalam parti mahupun kerajaan. Kini berlawan dengan mereka yang penuh sejarah kawan yang kerap menikam belakang. Jangan cerita soal Tun Dr Mahathir, semua rakyat tahu kelibat mantan Perdana Menteri itu. Beliau bermusuh dengan Tunku Abdul Rahman, bermusuh dengan Tun Hussien Onn, bermusuh dengan Tun Abdullah Badawi dan kini dengan DS Najib. 

Tiga Timbalan Perdana menjadi habuan Tun Dr Mahathir. Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan DS Anwar Ibrahim.

TS Muhiyiddin pula, punya sejarah tersendiri, bagaimana beliau menjatuhkan Tan Sri Othman Saat. Othman adalah orang yang bertanggungjawab membawa beliau dalam kanca politik. 

Mereka yang bersengkokol dengan Lim Kit Siang, hanya kerana mahu memaksa DS Najib Razak meletakan jawatan mempunyai latar belakang buruk yang tidak perlu menjadi tauladan, sebaliknya sempadan.

Kumpulan Tun Dr Mahathir yang berkumpul semalam menunjukan kepada rakyat, bahawa mereka menentang sistem demokrasi dalam negara ini. Mereka menentang keputusan rakyat negara ini. Mereka menentang keputusan pengundi di 132 kawasan Parlimen.

Barisan Nasional pimpinan DS Najib mempunyai 134 kawasan Parlimen, selepas 2 ahli parlimen menyertai kubu Tun Dr Mahathir, iaitu Muhiyiddin, Pagoh dan Shafie Apdal, Semporna.

Di Dewan rakyat, DS Najib masih mempunyai sokongan. Dalam parti DS Najib mempunyai sokongan. 

Kumpulan Mahathir tahu, dalam sistem demokrasi, mereka tiada kuasa menjatuhkan DS Najib. Tindakan mereka melalui Kempen Anti-Najib (ANC), mahu mempengaruhi rakyat agar memberontak, sepertimana Arab Springs tetapi bukan cara turun ke jalan, akan tetapi perang saraf.

Tindakan mereka sudah tentu mendapat liputan surat-surat khabar pembangkang, portal-portal berita anti Malaysia, media asing anti Malaysia seperti WSJ, NYT dan semacamnya.

Kumpulan Tun Dr Mahathir, mahu mencipta imej buruk kepada Malaysia khususnya kepada DS Najib. Mereka mahu, setiap surat khabar asing memampang gambar Najib dengan catitan buruk.

Tindakan mereka sebenarnya, tiada sandaran kuat. Jika dahulu mereka mempergunakan 1MDB. Kini kemelut syarikat gergasi itu sudah tamat. Mereka mempergunakan isu wang derma RM2.6bilion, juga isu itu sudah tamat.

Semalam semasa mengumumkan kempen Anti Najib, tiada perkara pokok yang mendasari tindakan mereka. Jurucakap kumpulan itu, tidak lain adalah Tun Dr Mahathir, tidak sanggup lagi menyebut isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

Kalau bukan sebab latar belakang mereka itu pernah menjadi pemimpin negara, maka tindakan mereka itu boleh diibarat sebagai anjing menyalak bukit.

Melihat kepada tindakan kumpulan Mahathir itu, seharusnya para pemimpin Umno yang sentiasa bersama parti dan Presidennya, perlu berterima kasih, kerana tindakan Tun Dr Mahathir itu, sebenarnya melonjakkan sokongan kepada DS Najib Razak. Sokongan itu, bukan daripada pihak luar, kerana mereka itu memang tidak senang sesebuah negara aman damai, akan tetapi sokongan rakyat di 134 kawasan Parlimen. Malah akibat tindakan Tun Dr Mahathir itu, besar peluang, bahawa DS Najib Razak bersama Umno dan BN boleh menambah jumlah kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

Tun Dr Mahathir lupa, bahawa setiap yang patah akan tumbuh kembali. Itulah lumrah kehidupan. Pagoh dan Semporna akan dimenangi calon Umno. Bye-bye Muhiyiddin, bye-bye Shafie dan bye-bye Mukhriz. Anda tidak lagi bergelar YB selepas PRU-14.

Kepada parti, kini musuh sudah di depan. Tunggu apa lagi. Bertindak daripada sekarang. Biarkan pengkhianat terjun dengan labuh-labuhnya.

2 Responses to "Hanya Kerana Najib- Lawan Jadi Kawan"

Anonymous said...

Apabila kepentingan peribadi menjadi keutamaan inilah jadinya. Segala2nya diketepikan. Yg penting aku, kuasa dan wang.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Blog Archive