Latest News

Deklarasi Rakyat: Betul Kah Untuk Rakyat?

Rakyat yang ada masa ini, kena benar-benar membuka minda, khususnya berhubungan dengan deklarasi rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac.

Rakyat kena ingat dan imbas kembali, sejak Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri Tahun 2003, tidak sesekali beliau mengakui sebarang kelemahan atau kesilapan, pemerintahan beliau, selain hanya satu kenyataan/pengakuan, bahwa beliau gagal mencari seseorang Perdana Menteri, untuk Malaysia. Pengakuan itu, membawa maksud, seorang Perdana Menteri klon beliau.

Rakyat kena mengimbas kembali, bagaimana reaksi mantan Perdana Menteri itu, apabila pencapaian Barisan Nasional pada PRU-2004, di mana Bn bukan sahaja mengekalkan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi hampir menyapu semua kawasan. Pada PRU itu, Lim Kit Siang, Karpal Singh turut kecundang, malah PKR hanya menang satu kerusi Parlimen Permatang Pauh, menangpun, terpaksa dikira-kira beberapa kali, kerana pebezaan yang amat tipis, antara calon Bn dan Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Di Kelantan, Bn hampir melakukan upset, apabila hanya kalah dua kerusi berbanding PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kenyataan mantan Perdana Menteri itu, berhubungan dengan kemenangan besar Bn, adalah bahawa kemenangan besar Bn itu, mempunyai implikasi buruk terhadap sistem demokrasi, kerana check and balance terhadap kerajaan yang memerintah, tersangat minima, sehingga kerajaan yang dibentuk akan bertindak sesuka hati atau memaharajalela, hanya kerana merasa terlalu kuat. Mantan Perdana Menteri 22 tahun itu, bertali arus menyarankan kepada rakyat, bagaimana perlunya pembangkang yang kuat, agar supaya kerajaan yang memerintah tidak bertindak sesuka hati.

Pencapaian Dato Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional pada PRU-2004, menyebabkan Tun Dr Mahathir merasa cemburu dan tidak senang hati. Berbagai isu ditimbulkan, sehinggalah isu Jambatan Bengkok dan bebudak tingkat 4 dijadikan maskot mengecam Dato Abdullah (kini Tun). Dengan berbagai cara kecaman dan hentaman, maka menyebabkan Bn pada PRU-2008, kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, dan beberapa negeri ditawan pembangkang termasuk negeri Dato Abdullah (Pak Lah) dan negeri Tun Dr Mahathir sendiri-Kedah.

Ekoran kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, (Bn memperoleh 140 kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat) pada PRU Mac 2008, maka Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno dua bulan kemudian, dengan memberi alasan malu dan tidak sudi berperdana menterikan Pak Lah. Pak Lah perlu letak jawatan untuk mempertanggungjawabkan pencapaian buruk Bn. Malah, sehari selepas keputusan PRU-2008, anak Tun Dr Mahathir- Mukhriz yang bertanding di parlimen Jerlun, menulis surat kepada Pak Lah, supaya bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Bn pada PRU itu.

Rakyat, kena menganalisa, bagaimana pendirian sebenar Tun Dr Mahathir. Apabila Bn menang besar, menurut beliau, tidak baik. Apabila Bn kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, maka menyalahkan Perdana Menteri. Kemudiannya, apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan dan digantikan dengan pemimpin yang disokongnya, kemudian memperolehi keputusan lebih buruk daripada PM yang digantikan, beliau tidak ikut bertanggungjawab, sebaliknya mengecamnya, dan seterusnya meminta meletakkan jawatan.

Kini, rakyat perlu membuka mata, bagaimana kah status Tun Dr Mahathir, di mana sanggup bekerjasama dengan musuh yang “ditibainya” berdekad, namun kini sanggup duduk semeja, melalui deklarasi rakyat. 

Terfikirkan rakyat, siapa sebenarnya beliau? Melihat tindak tanduk beliau, demi mencapai agenda peribadi, maka tidak penting apa itu jati diri, yang mustahak menempu tindakan menghalalkan cara, apapun riskonya. Mahathir, memilih lebih baik kampong tergadai, daripada hilang kepentingan peribadi. Lebih baik membakar kelambu kerana seekor nyamuk, agar supaya semua terkena denggi, lebih baik putih mata berbanding tulang yang putih.

Deklarasi Rakyat, sebenarnya bukan untuk rakyat, akan tetapi, untuk memenuhi biologis mantan Perdana Menteri itu, bahawa tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas lebih baik daripada beliau.

4 Responses to "Deklarasi Rakyat: Betul Kah Untuk Rakyat?"

Anonymous said...

the new Raja Mendaliar is born...same blood...keturunan keling kedua dua nya...bezanya ialah zaman....Raja mendaliar di zaman kesultanan Melayu lama, Tun M di zaman IT...

Anonymous said...

Yahudi di mana2 saja sama bahayanya. Nama Muslim tapi darah yahudi....keling branch.

Anonymous said...

Sejak dulu perkataan rakyat digunakan untuk meraih sokongan oleh pembangkang. La ni digunakan pula oleh Tun. HAMPEH, semuanya retorik belaka.

Anonymous said...

Sekejap dia kata kerajaan mesti kuat.
Bila kerajaan dah kuat, dia kata pembangkang pula mesti kuat.

Sekejap dia kata meremajakan parti.
Lepas tu dia cakap menubuhkan council of the elders.

Dulu kata Anwar bersalah kerana meliwat.
Sekarang dia setuju bebaskan Anwar.

Dulu kutuk pembangkang.
Sekarang bersama pembangkang.

Kah kah kah.....gila gila gila...

Rakyat mesti bijak menilai. Selamatkan Malaysia dari mereka yang gila gila ini.

Blog Archive