Latest News

Tun Dr Mahathir Keluar Umno- Tindakan Tepat

Seperti yang dijangka, Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri selama 22 Tahun, dan pada masa yang sama sebagai Presiden Parti, untuk ketiga kalinya tidak bersama parti terbesar kaum melayu dan tunjang kerajaan sejak merdeka.

Tun Dr Mahathir dua kali keluar Umno termasuk hari ini-Isnin, yang pertama sebaik sahaja selesai PRU-12, apabila Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, bagi memberi tekanan kepada Dato Seri Abdullah Badawi meletakan jawatan, namun kembali pada Tahun 2009, sebaik sahaja DS Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 negara.

Jangkaan bahawa Tun Dr Mahathir akan meninggalkan Umno, apabila bermula Disember 2014, mengistiharkan tidak menyokong DS Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Bermula dari masa itu, mantan Perdana Menteri terlama itu melalui berbagai peluang, termasuk tulisan-tulisan di blog beliau, terus mengasak, agar DS Najib Razak meletak jawatan.

Tindakan Tun Dr Mahathir, berjaya membawa bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal, dan sudah tentunya anaknya Dato Seri Mukhriz Mahathir. 

Ekoran masuknya ketiga-ketiga pemimpin itu dalam kem Tun Dr Mahathir, maka Muhiyiddin dan Shafie digugurkan dalam kabinet pada Julai Tahun lalu, manakala Mukhriz disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah pada Februari Tahun ini.

Pada 26 Februari, jawatan Timbalan Presiden yang disandang Muhiyiddin digantung, walaupun mantan TPM itu dikekalkan sebagai ahli parti, dan masih merupakan Ketua Bahagian Umno Pagoh, Johor.

Sebentar tadi, Tun Dr Mahathir bersama isteri beliau Tun Dr Hasmah Mohd Ali untuk kali kedua keluar daripada parti.

Alasan yang diberikan mantan Perdana Menteri itu, bahawa parti Umno kini, bukan lagi parti politik, akan tetapi parti individu yang hanya membela DS Najib Razak.

Apapun alasan yang diberikan mantan Perdana Menteri, sebenarnya tindakan agar beliau keluar daripada parti memang ditunggu-tunggu, kerana kehadiran beliau dalam parti, bukannya menguatkan parti, akan tetapi menimbulkan berbagai masalah, kerana para pemimpin parti yang berjawatan tidak dapat bekerja memperkuatkan parti, kerana setiap gerakan memperkuat parti, senantiasa dirosakan oleh mantan Perdana Menteri itu. Tun Dr Mahathir senantiasa menebuk kapal yang sedang belayar, atas sebab itu semua kelasi terpaksa bertungukus lumus menampal tebukan tersebut.

Tindakan Tun Dr Mahathir adalah keputusan tepat, kerana ianya adil bagi ahli dan para pemimpin Umno dan juga adil bagi dirinya. Apabila keluar daripada parti, maka jelas dan terang, siapa lawan dan siapa kawan. Kini, apa sahaja tindakan mantan Perdana Menteri, merupakan lawan kepada Umno, lawan kepada ahli Umno dan juga lawan kepada pemimpin Umno.

6 Responses to "Tun Dr Mahathir Keluar Umno- Tindakan Tepat"

Anonymous said...

Semuga UMNO bertambah kuat dengan ke!uarnya parasit yg merosakkan.

Anonymous said...

Alhamdulillah...amin

Mohd Rizal said...

Parasit? Buka mata, buka minda. Fikir dalam2.

Mohd Rizal said...

Parasit? Buka mata, buka minda. Fikir dalam2.

kak radi said...

Teori RAHMAN akan bersambung teori RAHIM barulah umno akan bertukar tangan.Al Rahman Al Rahim maha pengasih dan penyayang allah kpd hambanya penghuni malaysia bangsa melayu islam INSAALLAH.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

Blog Archive