Friday, February 12, 2016

Sabah Front (Usno Baru-PBS-DAP-STAR)??

TIADA yang mustahil dalam politik. Dikhabarkan Usno baru-PBS-DAP-STAR akan mengwujudkan Sabah Front menjelang PRU-14. Tujuan pengwujudan kumpulan parti-parti yang melibatkan parti-parti etnik besar, kononya bagi menyahut mood para pengundi Sabah.

Politik Sabah sejak merdeka setiap 9 tahun berubah kerajaan. Kebiasaan itu hanya terbantut apaila Bn Sabah mengambil alih pemerintahan pada Tahun 1994 apabila sistem pengiliran Ketua Menteri diperkenal. Melalui cara baru itu, maka kerajaan langsung tidak berubah sejak itu, walaupun Ketua Menteri saling berganti.

Agar gabungan itu berimpak tinggi, dikatakan Usno Baru akan diketuai oleh seorang yang bergelar Tun. Sementara PBS menunggu perubahan kepimpinan tertinggi parti, iaitu pengunduran Tan Sri Pairin Kitingan. Umum mengetahui, bahawa PRU-13 merupakan kali terakhir bertanding dan tidak akan menyertai pilihanraya pada PRU-14.

Gabungan itu akan terwujud menjelang PRU-14, dan PBS akan menyertainya diambang penamaan calon. Langkah PBS itu hampir menyerupai tindakan parti itu pada Tahun 1990.

Mengapa gabungan itu tidak membawa bersama parti PKR dan SAPP? sebabnya atas permintaan PBS, kerana parti itu tidak senang dengan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Yong Teck Lee.

Sejak akhir-akhir ini telah berlaku perjumpan-perjumpaan tertutup dan rahsia antara beberapa pemimpin Umno khususnya daripada Semporna, Lahad Datu, Keningau dan mantan pemimpin Umno Sepanggar dengan Usno Baru di mana parti itu akan digunakan sebagai wadah untuk bertanding dalam PRU-14. 

Tujuan perjumpaan itu adalah untuk mencari kaedah terbaik agar Usno Baru dipimpin seseorang yang berpengaruh. Hangat diperbincangkan melalui perjumpaan itu telah mencadangkan agar Usno Baru diambil alih dan melantik seseorang yang bergelar Tun. Dikhabarkan, persetujuan hampir muktamad, dan individu yang bergelar Tun itu dikhabarkan bersetuju dengan cadangan itu.

Sebenarnya cerita ini hanya merupakan cadangan di atas kertas, dan pemukatamadannya hanya akan berlaku menjelang PRU 2018. 

Persiapan dan membina kekuatan gabungan itu sedang dijalankan walaupun masih berselindung. Mereka sedang merangka strategi jitu bagai mana mengerakan gabungan itu, selain mengumpul berbagai isu yang bakal dikemukakan kepada rakyat, asas mereka bergabung dalam kumpulan itu, selain sebab musabab mengapa mereka menentang Barisan Nasional.

Tujuan gabungan ini sebenarnya menyahut mood para pengundi Sabah, khusus kaum KDMR dan Cina. Menurut analisa mereka, jika PBS masih bertahan dalam Bn, parti itu akan mengalami kekalahan teruk di kawasan-kawasan tradisi parti itu. Sementara bagi kerusi majoriti kaum cina, melihat kepada keadaan, diperkirakan semua kawasan majoriti kaum itu akan menolak Bn.

Melihat kepada keadaan yang berlaku pada pengundi KDMR dan cina, para pemimpin Umno yang merasa diketepikan di kawasan-kawasan yang disebutkan mengambil peluang itu, kerana menurut mereka, pada kali ini lah peluang mereka terlepas daripada gengaman Umno.

Gabungan itu mendakwa, berasaskan kepada kajian mereka, jika gabungan itu terealisasi, maka dengan mudah mereka akan mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri. Selain itu, gabungan itu akan menang di 13 kawasan Parlimen. Kawasan-kawasan Parlimen yang bakal di tawan adalah- Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Keningau, Tenom, Pensiangan, Kinabalu, Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran dan Kota Marudu.

Berasaskan pengalaman politik Sabah, apabila berlaku para pemimpin yang sedang memerintah keluar untuk membentuk parti baru, maka akan berlaku perubahan kerajaan. Ini yang berlaku semasa kerajaan Usno tumbang pada Tahun 1976. Demikian juga apabila Parti Berjaya tumbang pada Tahun 1985, kemudian diikuti pula semasa PBS tumbang pada Tahun 1994.

Apa kah desas desus ini akan menjadi kenyataan? hanya masa yang menentukan. Apa yang pasti pemimpin seperti Datuk Shafie Apdal, secara terus menerus mengumpul kekuatan untuk merealisasikan impinnya menjadi Ketua Menteri Sabah. Selain itu, luka yang mengoreskan mantan Menteri KKLW itu dikatakan hanya terobati, apabila melihat Bn tersungkur dalam PRU-14. 

Dalam sesebuah pilihanraya, dendam pemimpin sebenarnya tidak akan kemana-mana, kecuali rasa dendam itu turut dirasai majoriti rakyat. 

Apa kah rakyat Sabah akan ikut sama menguburkan Bn Pusat? sama-sama kita melihatnya, kerana Sabah diterajui oleh Datuk Musa Aman dan Timbalannya Datuk Salleh Tun Said. Dua pemimpin yang berkelibar dan disenangi semua pihak. Apa kah rakyat Sabah akan mengenepikan pencapaian Musa? hanya kerana terpengaruh dengan dendam seorang pemimpin??

No comments:

Blog Archive