Sunday, February 21, 2016

Peranan Musa Terhadap Umno Sabah

Pagi tadi saya terbaca satu posting di facebook daripada seorang Setiausaha Politik Kementerian Kewangan yang juga teman facebook AYT, di mana dalam catitan itu, satu perakuan yang terdapat dalam buku Mantan Menteri Penerangan Malaysia Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, di mana tertulis, peranan Datuk Musa Aman pada awal kemasukan Umno ke Sabah.

Tulisan AYT pada kali ini, menyikap serba sedikit catitan sejarah serta kejayaan Umno selama menjadi tulang belakang kerajaan negeri. Juga, tulisan ini sempena Umno Sabah menyambut perayaan jubli Perak yang jatuh pada 22 Februri 2016.

Sebelum AYT meneruskan beberapa citatan sejarah dan kejayaan Umno, berikut, dikongsikan beberapa kenyataan Musa berkaitan parti terbesar itu. 

"Kesetiaan dan keikhlasan kepada parti dan pemimpin sentiasa menjadi pegangan UMNO Sabah", 

"Peraturan dan perlembagaan parti sentiasa dipatuhi dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat."

"Kita diiktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita adalah anak bongsu dalam UMNO".

".Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat"

"UMNO Sabah terus mengamalkan kesepaduan, kesepakatan, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan parti. Ia menjadi azimat dan pegangan dalam perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang, seterusnya menjadi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah".

"Apabila pucuk pimpinan cuba diganggu-gugat, awal-awal lagi UMNO Sabah tetap berdiri teguh bersama-sama pucuk pimpinan".

"Dengan kesetiaan dan keikhlasan, pucuk pimpinan menghargai perjuangan kita dan menjadi faktor kepada pelantikan pemimpin UMNO Sabah dalam jawatan kanan dalam Kabinet Persekutuan. 

"Ia bukan cakap-cakap kosong tetapi adalah kenyataan dan terbaharu pelantikan Salleh untuk jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan," . 

"UMNO Sabah berjuang pada landasan yang betul termasuk sentiasa turun untuk berjumpa anggota parti dan rakyat di peringkat akar umbi bagi mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan mereka".

"Semua wakil rakyat UMNO dan BN di Sabah sentiasa bertanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat"

Impak Umno masuk Sabah

Sejak merdeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai link dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai link dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.

Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kayaraya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS.

Seingat penulis, sehingga tahun 1990, orang-orang politikpun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas Umno memerintah, ramailah para bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.

Keadaan ini adalah impak positif kemasukkan Umno ke Sabah, ertinya parti yang berasal daripada Semenanjung itu, telah membuka peluang ekonomi, keterbukaan dalam bersuara, tetapi yang paling penting, membuka peluang kepada anak watan Sabah untuk mendapatkan peluang yang telah lama dikecapi oleh rakyat di Semenanjung.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka mata ramai rakyat terutama generasi muda, di mana jika sebelumnya hanya berpeluang mencuba nasib mendapatkan peluang-peluang perniagaan di peringat negeri, namun kali ini telah mendapat kawasan yang luas, yakni seluruh Semenanjung daripada Perlis hinggalah ke Johor.

Dalam konsep perniagaan, perkara yang paling mustahak adalah memperluas jalinan (net working), jika sebelumnya penduduk Sabah yang terhad di Sabah sahaja, kini peluang terbuka luas, kerana atas dasar, keahlian atau orang Umno.

Kita jangan mempersempitkan minda kita, kita perlu membuka minda, dan juga perlu akui, bahawa kemasukkan Umno di Sabah, bukan menjajah, sebaliknya membuka padang yang luas kepada penduduk negeri ini.

Seingat penulis pada tahun 80-an, di Kota Belud, tiada orang yang kaya, kecuali yang mempunyai hubungan dengan orang-orang politik, apakah saudara pemimpin, anak pemimpin atau bapa saudara pemimpin.

Seingat penulis juga, pada masa itu jarang ada bumiputera yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana keterbatasan peluang.

Pada hakekatnya, kemasukkan Umno, bukan menajajah, sebaliknya membangun rakyat, seperti mana dirasakan sekarang.

Sejak 10 tahu lalu, Sabah pada suatu masa hampir muflis, berjaya kembali ke landasan yang sebenarnya, apabila kewangan Sabah secara terus menerus terkumpul sehingga mencecah RM3bilion, dan jumlah itu terus dipertahankan. Selain itu bajet Sabah terus menlonjak naik, malah mejadi lipat dua dan seterusnya mencatit rekod.

Pembangunan pesat terus menerpa seluruh kawasan, tidak hanya terhad di bandar, malah telah sampai ke cerok pedesaan.

Halatuju pembangunan Sabah yang dilancarkan Musa sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri pada Tahun 2003, dipenuhi malah ditambah baik dari masa ke semasa. 

Berbagai projek mega diluncurkan demi kesejahteraan rakyat, kerana projek-projek itu membuka peluang pekerjaan. 

Kadar kemiskinan menurun dengan drastik daripada dua digit pada tahun awal tahun 2000, kini hanya single digit, iaitu 8 peratus pada tahun 2012, dan diunjurkan terus menurun.

Parti Umno, walaupun parti yang mengayumi bumiputera, akan tetapi perjuangannya adalah untuk semua rakyat Sabah, dan itu berjaya dilaksanakan, kerana itizam yang dilakukan oleh Musa sebagai Ketua Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

KDN mesti TINGKATkan SEKURITI terhadap YAB PM/TPM dan pemimpin PENTING BUMIPUTERA Islam/Melayu kita dari UMNO termasuk para DUTA kita - aku amat risau kesihatan yg. makin terjejas ke atas YB DS Bung Mokhtar dan YB Datuk Ustaz Kazim! Begitu juga,SEKURITI ke atas Tun Musa Hitam sebg. SAKSI PENTING untuk kes PEMBUNUHAN BERAMAI yg. KEJAM dlm. peristiwa MEMALI tu!

Aku syak Pemimpin-pemimpin BUMIPUTERA Islam/Melayu kita memang sedg. diSASARkan dgn. pelbagai MO oleh ekoq-ekq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG RASIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/HOMO-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON/ILLUMINATI-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH/LANUN-“NWO”-no-1!

Dan besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Almarhum-Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA) dgn. bantuan PENGKHIANAT tempatan. Barat-Israel juga adalah sekutu kuat PAP-DAPBANGKAI – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad (CIA/perisikan Barat diKUASAI MOSSAD/ZIONIS) untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!


Nek Tempoyak.

Blog Archive