Latest News

Mukhriz: Buka Tembelang Sendiri

SELEPAS mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah tersingkat dalam sejarah moden Kedah, Mukhriz sempat membuat kenyataan, bahawa sokongan terhadap Umno pada masa ini berada dalam keadaan terburuk, hanya kerana Presidennya- Dato Seri Najib Tun Razak. Malah mantan MB Kedah itu turut menyatakan, bahawa rakyat negara ini tidak lagi mampu mengangkat muka kepada masyarakat dunia, kerana dibebankan dengan skandal yang menyelubungi Perdana Menteri.

Dua isu utama yang didepani DS Najib Razak, iaitu kemelut 1MDB dan wang derma RM2.6bilion serta isu SRC International anak syarikat Kementerian Kewangan yang membabitkan RM42juta yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Isu wang derma dan SRC International telah didapati tiada unsur jenayah rasuah sepertimana keputusan Peguam Negara- Tan Sri Apandi Ali pada 25 Januari.

Bagi kemelut 1MDB, ianya masih dalam siasatan pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara dan PAC Dewan Rakyat.

Melihat kepada kenyataan Mukhriz selepas pengumuman beliau meletakan jawatan, bahawa beliau akan terus bercakap berkaitan wang derma RM2.6bilion serta 1MDB, sebenarnya telah membuka tembelang sendiri, atas sebab itu adalah wajar disingkir daripada jawatan MB, kerana bertindak sebagai gunting dalam lipatan.

DS Najib tidak wajar mempunyai kelasi atau penumpang dalam kapal yang senantiasa berusaha untuk menebuk kapal agar cepat karam. Selepas kenyataan Mukhriz itu, ianya mengiakan semua anggapan bahawa beliau bertindak sebagai agen memusnahkan parti daripada dalam.

Melihat kepada keputusan Mukhriz itu, adalah tidak wajar lagi beliau dipertahankan dalam Umno, walaupun dalam kenyataan pada sidang media itu, bahawa beliau akan terus setia dengan parti. Jika beliau masih dipertahankan dalam parti, maka akan menjadi tauladan kepada ahli parti, untuk memaki hamun para pemimpin, tetapi pada masa yang sama mengaku setia kepada parti.

Sesebuah parti tanpa nahkoda, tidak bererti langsung. Demikian juga, sebagai ahli tidak menghormati nahkoda, ertinya ahli itu hanya membawa malapetaka kepada parti.

Melihat kepada kenyataan Mukhriz itu, parti tiada pilihan, melainkan memecat beliau daripada parti seperti mana yang dilakukan pada mantan-mantan pemimpin parti yang bertindak serupa.

12 Responses to "Mukhriz: Buka Tembelang Sendiri"

Anonymous said...

awak tulis apa ni

Anonymous said...

Tulis camni... masyuuuuk bro. Tgh gawat ni. Asalkan poket penuh.

Anonymous said...

Biasalah. Pahlawan bugis dah sogok macam macam ngan bloger... Sampaikan tak boleh berfikir sebab dah kekenyangan

Anonymous said...

Awak kat mana ni?
Hahahaha..
Dedak sana sini

megat panjialam said...

Mesti kena tulis sokong MM ke pemakan dedak semua.

Anonymous said...

Inilah pemikiran pemakan dedak najib...

Anonymous said...

Kita sayangkan UMNO...Tetapi habislah Riwayat Umno...dibuat hantu-hantu....apa nak buat...Melaka pun jatuh juga ...kepad portugis..

Anonymous said...

Mukriz nak cakap apa tu terpulang, tapi UMNO, Najib, 1MDB, SRC dan lain2 yg berkenaan tu bersedialah dengan jawapan dan fakta. Jika dia memfitnah, bawa ke mahkamah dan saman kau2 kerana dosa memfitnah tu lebih besar dari membunuh.

Anonymous said...

Malaysia begitu sangat temasyur sejak dua menjak ni..KL cc..bukan..Langkawi..bukan..F1 Sepang..bukan. 1MDB yess..PM 2.6b donation...yes yesssss...

Anonymous said...

Meroyan pemakan dedak expired krn dinasti Madey dah makin lagi tersekat nak merompak wang RAKYAT.

Dedak expired pun mungkin kena catu lepas ni ...

Anonymous said...

Kita semua kena 'sembah' segala ludahan liur hati busuk Madey dan Mukeres barulah cai2 dedak ni akn puji dn hantar hadiah, wangbhabuan.

Bg penyokong legasi Madey Malaya dn UMNO ni hnya betul dn hebat di tgn Madey dn ktrunannya.. rompaklah 10 billion pon utk kroni2 mcm Konsortium Kapal Mirzan, Ekran xjadi empangan, YTL vincen tan, berjaya, maju holding.. company2 ni merompak kekayaan negara dn wang rakyat dgn cukup licik, diluluskan pm Madey..

Tp jgn komen..jgn bngkitkan nnt silap2 hilang akal puak dedak ni memaki hamun kita. Bg mereka cerita buruk najib itu ini Wajib kita telan jgn soal.. mesti ikut percaya.. itu 'wahyu' ulung.. tenyehlah cerit 2.6 billion tu hari2 wpun xtau nk ckp apa lg dh btpa GILA nya madey ni sakit hati dgn Najib... dia pksa kita terima skrip mimpinya..

Gila.. puak dedak expirednya sgt gila.. xde pikir dh pasal betul ke, soheh ke.. jnji umno mesti dihsncurkn sbg hukuman jika sokong Najib!!

Sorry aku tkkn sama sekali tunduk ikut puak2 gila nih!

Insya Allah semoga Najib dn UMNO dlm peliharaan Allah Yang Maha Esa! Hngpa nk fitnah ka.nk maki ka nk ssbotaj ka aku doaa dn serah ja pd Allah!

diny yusof said...

Anon 01:06 . Betul lah Madey bela banyak krooni .. listnya pun sungguh panjang .. berjela jela . Jgn bilanglah Madey punya list berjela jela , TPM Dr. dari Bagan Datuk tu pun punya list berjela jela . Tak tau la pula sama ada awak sudah menjalani hidup ni brp lama ???

Mmg Madey bertali arus kroninya ... tapi krooni ni laburkan dan hancurkan di dalam Negara ini . Bukannya mcm Najib .... di berinya Tanah milik kerajaan hampir2 free ke 1MDB , kemudian jual kan pelabur luar Negara . YANG SEDAP TELINGA MENDENGAR ADALAH DUIT JUALAN TAK MASUK MALAYSIA PUN ............TERUS TT KAT PEMINJAM LUAR NEGARA . Klu tak caya , Tanya Arul Kanda .

Najib mmg tak terima rasuah dari 1MDB atau pun SRC ... dia ambil aje . Bukan ke dia tu Boss .

Blog Archive