Latest News

Tindakan Tun Dr Mahathir Selepas Bersara

Tun Dr Mahathir Mohammad bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meskipun telah bersara, beliau pada masa itu, masih juga memberi pandangan, apa yang seharusnya boleh dilakukan dan apa yang tidak, kepada penggantinya. Masa itu, ramai yang beranggapan, bahawa Malaysia cukup beruntung kerana seorang negarawan yang telah bersara, masih juga perihatin kepada negara.

Tun Dr Mahathir sebelum dilantik ke jawatan Perdana Menteri, beliau telah menjadi perhatian rakyat apabila menulis buku Dilemma Melayu (The Malay Dilemma) serta tindakan beliau mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, kerana mendakwa bahawa Perdana Menteri pertama itu lebih condong kepada kaum cina berbanding kaum melayu. Kenyataan beliau itu, telah mengakibatkan beliau turut kalah dalam pilihanraya, kerana pengundi cina tidak mengudi calon parti perikatan bagi parlimen Alor Setar di mana calonnya adalah beliau sendiri.

Tindakan Tun Dr Mahathir menulis buku Dilemma Melayu, bagaikan menyapu garam ke luka yang belum sembuh, kerana peristiwa 13 May, pergaduhan antara melayu dan cina. 

Tahun 1981 Tun Dr Mahathir dilantik ke jawatan Perdana Menteri, kerana pengunduran diri Tun Hussien Onn, kononnya kerana faktor kesihatan, walaupun terbukti kemudian, kesihatan bukanlah penyebab PM ke-3 itu meletakkan jawatan, kerana mantan PM ke-3 itu sempat menyertai S-46, walaupun berpatah balik kemudiannya.

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang menduga bahawa perang saudara akan berlaku, kerana beliau adalah pencetus idea itu melalui buku beliau Dilemma Melayu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kaum cina dan india yang jutawan, berubah kepada multi jutawan.

Mempergunakan kaum cina dan bukan melayu sebagai punching bag terus digunakan apabila Tengku Razalegh Hamzah bertanding Jawatan Presiden Umno tahun 1987. Dengan propaganda, jika KULI menang, maka Malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang bertindak sebagai proxi kaum cina. Akibat kempen itu, KULI tewas dalam pertandingan itu.

Benarlah kata orang, apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan perkara sebenar yang berlaku, akan tetapi perhatikan kepada tindakan beliau. Selepas KULI kalah kerana kononnya jika KULI jadi PM, maka kaum lain akan bertambah kaya, namun apa yang berlaku, kaum yang digunakan mengalahkan KULI diperkayakan seterusnya, sehingga beliau bersara.

Tun Dr Mahathir pakar sangat mempergunakan sentimen perkauman. Sebagai bukti pada PRU 1999, sebenarnya di atas kertas BN akan tumbang, ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada Tahun 1998. Kepintaran PM ke-4 itu mempergunakan kartu perkauman, membuatkan kaum cina dan india mengundi Bn pada tahun PRU itu, kerana kempen yang dahsyat yang mengatakan, jika Bn kalah, maka 13 May akan berulang. Pergaduhan atau kedudukan negara yang kacau adalah musuh utama orang-orang kaya, dan orang-orang kaya itu adalah bukan melayu. Oleh kerana melayu bukan golongan kaya, atas sebab itu kempen 13 may bakal berlaku tidak dipedulikan, sebab itu kaum melayu mengundi pembangkang, sehingga Negeri Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Pada 15 Januarii, Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc yang membicarakan soal-soal keyakinan kepada kerajaan Bn. Kononnya, ketidak yakinan kepada kerajaan hari ini, hanya kerana seorang individu- DS Najib Razak. Apa yang cuba dinafikan oleh mantan PM itu, ketidakyakinan kepada kerajaan sebenarnya bermula sejak Tahun 2008, apabila beliau mengecam Tun Abdullah Badawi.

Selain itu, mantan PM itu mendakwa bahawa pemecatan bebebarpa pemimpin daripada kabinet, para pegawai kerajaan termasuk peguam negara, adalah punca kepada ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan Bn pimpinan DS Najib. Apa yang beliau lupa, bahawa beliau pernah memercat hakim, ketua hakim dan pemimpin kerajaan kerana tidak sehaluan dengan beliau semasa beliau menjawat Perdana Menteri. Kini beliau bercakap pula, memecat orang-orang tertentu, walaupun boleh menjahanamkan pentadbiran negara, adalah salah, dan menurut beliau pemecatan itu, mengambarkan bahawa dakwaan terhadap DS Najib adalah benar, namun bagaimana pula pengertian semasa beliau bertindak serupa pada masa lalu??? tepuk dada tanya selera.

7 Responses to "Tindakan Tun Dr Mahathir Selepas Bersara"

Anonymous said...

1999..kempen BN menjurus kepada 13 may?
Yeke?
Mcm lain je..aku tukang kempen BN tu 1999..lawan Ezam kat Shah Alam..

Anonymous said...

Kesanya DAJALn masih kita tanggung akibat LEGASI PUAKA si DIKTATOR SETA PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey - sampai mengHALALkan PENYAMUNAN ke atas rakyat termasuk melalui JUDI oleh Tokey-tokey BANGKAI BABI-PENJILAT dia (tapi si madey ni serta para keturunan dia yg. juga PENYAMAQ, sewenangnya nak MEMPERGUNAkan Islam untuk MENIPU Bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu kita sebab itu KEDAH mesti diSELAMATkan dari CENGKAMAN depa)!

Lihat di http://wakeupmalaya.com/2016/01/kisah-di-mana-kerajaan-secara-sulit-menganugerahkan-lesen-pertaruhan-sukan/

January 8, 2016 In Photo By WakeUp Malaya

Kisah Di mana Kerajaan Secara Sulit Menganugerahkan Lesen Pertaruhan Sukan

“Mereka mendakwa 1MDB memperolehi asetnya dengan harga yang murah dan menjualnya pada harga yang cukup tinggi. Vincent Tan pun hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta yang pastinya akan bernilai berbilion ringgit sekiranya lesen itu tidak disekat oleh Abdullah dan Najib.”
________________________________________
Pembangkang menuduh Perdana Menteri Najib Tun Razak menjual Malaysia kepada orang Cina. Apa yang dimaksudkan mereka adalah menjualnya kepada orang Cina dari China.

Tidak mengapa untuk kerajaan menjual kepada orang Cina Malaysia, walaupun ianya dibuat di bawah meja dan tidak secara terbuka seperti yang dilakukan oleh 1MDB.

Pada September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri, kerajan secara sulit menganugerahkan lesen pertaruhan sukan tunggal kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh taikun Vincent Tan. Harganya cukup murah, hanya RM25 juta sedangkan nilai sebenar adalah RM760 juta. Pada masa yang sama juga, Resort Bukit Tinggi milik beliau telah dianugerahkan lesen mesin judi slot bernilai ratusan juta ringgit.

Pada tahun berikutnya, Perdana Menteri Baru Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membekukan lesen pertaruhan sukan Vincent Tan dan ini menyebabkan Mahathir marah. Apabila Tun Abdullah enggan mengalah, Mahathir memulakan langkah dan akhirnya pada tahun 2009, Pak Lah letak jawatan dan Najib ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sebagai satu isyarat kepada Najib, Dr Mahathir berkata “Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah”. Najib tidak tunduk kepada mesej tersebut dan tidak langsung cuba menyenangkan hati orang tua itu. Malah, Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan dan enggan membenarkannya beroperasi – yang akhirnya menentukan nasibnya apabila enggan melayani kehendak Mahathir. Sehingga hari ini, Najib tidak membenarkan lesen itu diteruskan.

Pada bulan yang sama, Vincent Tan menjual 70% lesen judi beliau di dalam Ascot Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam milik beliau sendiri, pada harga RM525 juta – iaitu satu nilai yang sangat jauh dari paras harga pasaran, memandangkan industri perjudian di negara ini, sah dan haram dianggarkan bernilai RM25 bilion setahun. Dan beliau jual pada harga RM525 juta untuk 70% berbanding ketika beliau beli pada harga RM25 juta untuk 100%.

Mereka mendakwa 1MDB memperolehi asetnya dengan harga yang murah dan menjualnya pada harga yang cukup tinggi. Vincent Tan pun hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta yang pastinya akan bernilai berbilion ringgit sekiranya lesen itu tidak disekat oleh Abdullah dan Najib.

Dan seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, jika beliau menjadi Perdana Menteri beliau akan meluluskan lesen itu dan membantu Vincent Tan membuat duit berbilion selama 20 tahun, sama seperti apa yang dilakukan YTL selama lebih 30 tahun dan kini mahukan perjanjian konsesi IPP ditambah lagi 30 tahun supaya lebih banyak bilion dapat dijana.

Dan mereka bercakap seolah-oleh 1MDB adalah satu hal yang sangat besar sedangkan gajah di depan mata tak nampak. Dan lebih menarik, Muhyiddin Yassin telah berjanji akan meluluskan lesen itu jika beliau menggantikan Najib sebagai perdana menteri. Mungkin sebab itulah mereka begitu terdesak untuk menjatuhkan Najib.

Oleh Raja Petra Kamarudin-


(Nek Tempoyak)

wayau said...

Tindakan sekarang memastikan taikon cina belaan sentiasa dapat terus menguasai ekonomi negara walaupun mereka sudah sangat kaya-raya sampai dah tak tinggal di Malaysia.

Anonymous said...

F**k you admin, you are always the dajal, and please "wash your sting" mouth. You hidup pun kerana orang lama macam Tun!'..You should be thank full, since you had been brought up by your family during tun era..i should not respond to your critical, but you are an hypocrate!

Anonymous said...

Pemimpin patut membela rakyat bukan membela kroni. Hapuskan kronisma kerana ia merosakkan negara dan rakyat secara monopoli.

Anonymous said...

serangan Mahatir untuk bela rakyat atau bela kroni ? serangan Mahatir sebenarnya untuk bela rakyat atau bela bisnes sahabat handainya? Mahatir cuma digunakan sebagai proksi oleh mereka yang kepentinganya tergugat, takut hilang bisnes dan empayarnya tergugat,

serangan mahatir dan konco2nya seebnarnya lebih bersifat peribadi, alasan mereka hanya untuk menjatuhkan Najib dan bukan UMNO itu hanyalah retorik , apa sahaja serangan yang mereka lakukan kepada Najib secara tidak langsung adalah umpama menyerang UMNO , apa sahaja dakyah atau tuduhan atau fitnah mereka buat kepada Najib sebenarnya adalah serangan kepada UMNO, jika Najib tewas maka UMNO juga akan tewas, jika Najib cedera ..UMNO juga turut cedera, jika Najib berdarah maka UMNO juga akan tersungkur , jika Najib mati maka UMNO juga akan dikapankan !

pasal apa? kerana Najib itu presiden UMNO , bagaimana kaki boleh melangkah jika kepala sudah terputus? bagaimana mata boleh melihat jika jantung sudah pecah remuk berderai?

perbuatan team Mahatir tiada untungnya, malah lebih kepada merugikan parti UMNO dan bangsa melayu amnya, serangan Team mahatir hanya akan meruntuhkan UMNO , yang rugi ..yang mati, yang tewas ialah orang Melayu itu sendiri ,
walaupun mereka masih mengaku sebagai ahli UMNo , adakah masih boleh dipercayai? walaupun mereka mengaku masih ahli UMNo adakah boleh dipercayai mereka akan tetap undi UMNO pada PRU akan datang ?
kerana apabila dihati mereka sudah tumbuh rasa benci pada Najib , automatik mereka tidak lagi undi UMNO, kerana secara tidak langsung dihati mereka sudah ada perasaan benci pada UMNO ,
makanya, sesiapa yang jadi ahli team Mahatir, tiada beza antara mereka dengan pembangkang, serupa cuma jenama baju mereka beza, mereka satu kenderaan cuma kerusi tempat duduk berbeza, team Mahatir duduk dihadapan , team pembangkang DAP , PKR dan PAN duduk dibelakang, hanya itu bezanya

Anonymous said...

Rakyat perlu jauhkan team Mahathir, kerana jelas x menyokong rakyat, malah menindas rakyat melalui kroni. Ini mimpi ngeri rakyat. Camna nak hapuskan kronisma yg dah kronik ini? X rasa bersalahkah team Mahathir ni kepada majoriti rakyat yg menyokong mereka dahulu sedangkan mereka sebenarnya berjuang untuk keuntungan beberapa kerat kroni sahaja?

Blog Archive