Monday, January 25, 2016

Mukriz- Hampir Pasti Digugur

Menurut sumber yang boleh dipercayai, daripada 21 ADUN Kedah, hanya Mukhriz dan Aminuddin Omar sahaja yang mempertahankan status quo, manakala 19 yang lain yang deketuai Ahmad Bashah Hanipah mendesak agar dilakukan penggantian Menteri Besar.

Pada Rabu lalu, 14 Ketua Bahagian Umno mengadakan sidang akbar atas sebab hilang kepercayaan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Besar- Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Pada PRU-13 lalu, dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengumumkan, jika Kedah berjaya dirampas daripada Pas, maka Mukhriz akan dilantik Menteri Besar. Ekoran pengumunan itu, telah berlaku "swing" luar biasa khususnya pada golongan muda mengundi calon-calon Bn, dan sebagai keputusannya, Bn mendapat 21 DUN dan Pakatan Rakyat 15, daripada 36 yang dipertandingkan.

Desakan menggantikan Mukhriz, dilihat bukan kerana beliau gagal mentadbir Kedah, akan tetapi lebih bersifat politik yang dihubungkan dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang mahukan agar DS Najib Razak meletakkan jawatan.

Sejak Mukriz dilantik, belum pernah terdengar, bahawa MB itu gagal memerintah Kedah, malah sebaliknya. Rakyat Kedah sebenarnya menyokong anak Tun Dr Mahathir itu, atas sebab itu, dikatakan 90 peratus rakyat kedah menyokong Mukhriz. Oleh kerana penggantian MB, berasaskan kepada sokongan ADUN yang hanya berjumlah 21 berbanding 2juta rakyat negeri itu, maka adalah menjadi lumrah, jika seseorang tidak tergolong dalam jumlah yang sedikit itu, maka dengan sendirinya tersingkir. Lihat sahaja Timbalan Presiden parti dan Naib Presiden parti, boleh dipecat, apatah lagi Mukhriz yang berjawatan dalam parti kerana atas lantikan.

Sistem Umno/Bn, siapa sahaja yang tidak diinginkan oleh Presiden, maka akan secara automatik akan gugur. Atas prinsif itu, apapun tindakan Mukhriz, tidak akan ada impak, kerana penentuan kedudukan Menteri Besar adalah atas keputusan Presiden parti, bukannya keputusan suara majoriti rakyat. Sistem politik Malaysia, Menteri Besar atau Perdana Menteri bukan dipilih melalui undi semasa pilihanraya, akan tetapi dipilih oleh parti yang menang dalam pilihanraya. Atas sebab itu, Mukhriz sebenarnya tiada pilihan, beliau perlu meletakan jawatan secara terhormat.

19 comments:

Anonymous said...

Mukhriz mesti bertanggungjawab di akhirat nanti jika kehidupan rakyat Kedah menjadi tak menentu kerana letak-jawatannya.

Akan tetapi, Mukhriz akan terlepas dari bertanggungjawab jika dia dipecat Najib.

Makanya, Najiblah yang mesti jawab di akhirat nanti!

Anonymous said...

Najibul..
Bapa segala masalah Malaysia..

Anonymous said...

Apa pulak salah Tin Abdullah (Pak LAh) dahulu bila TDM mahukannya meletak jawatan?
TDM sudah lupake? Sekarang majoriti DUN dan Ketua Bahagian sudah tak mahukan dia jadi bos lagi..
So, Mukhriz paham-paham aje la...
Dulu juga (1996) TDM gantikan Osman Arof dgn Sanusi Junid walaupun 22 ADUN membantah.... kan ke TDM gunakan kuasanya sebagai Presiden.... sekarang salah Najib guna kuasa dia sebagai Presiden.....

salleh said...

"UMNO - Hampir pasti dikuburkn". Itu ayat yg btlnye....setelah siri kebodohan bertingkat2 pemimpin2 UMNO.

Anonymous said...

Kalau dan x perform buat apo simpan? Ngabiskan boreh jo. Ramai lai yg boleh ganti jadi MB.

Anonymous said...

Ko menggunakan kpi mana yg mengatakan dia x perform nie..??

Jgn ko tny pulak kpi tu apa.. nampak sgt x berilmu tu nanti..

Anonymous said...

Dlm isu pak lah adalah kerana kelemahan pak lah yg nyata lah menyebabkan dia diminta meletakkan jawatan..

Kelemahan yg nyata dan jelas sehingga umno @ bn tewas 5 buah ngri kpd pmbngkang..!!

Manakala dlm isu osman arof dulu.. Waktu itu adun membantah tetapi rakyat menyokong..

Buktinya adalah selepas pertukaran mb tsebut.. majoriti rakyat masih menyokong dgn memenangkan umno@bn di pru berikutnya..

Namun, pd waktu ini ketua bahagian menyokong.. manakala kebanyakkan rakyat pula membantah..

Itu beza nya waktu dulu dan waktu skrg..

Ini bukan soal kuasa yg ada pd presiden.. tp ini adalah soal Kebijaksanaan dlm menggunakan kuasa..

Pemimpin yg disenangi rakyat harus dikekalkan..!!

Ini kerana pemimpin dipilih adalah utk berbakti kpd rakyat..!!!

bukan utk mengutamakan kepentingan peribadi politik antara pemimpin kepada pemimpin..!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah, semoga ia pengajaran kepada kerakusan Tun Mader daddy Mukriz yg mahukan karpet merah buat anakndanya menakluki politik UMNO. Ketika Madey ugut Najib dan memaksa cantasan kepada heiraki UMNO KEDAH, 2 hari sebelum Pru13 tidak pula puak dedak expired ini persoalkan. Krn ia son of madey maka tahyul penyembhan kpd ketrunan tun madey boleh dtgkn magic k9d rakyat kedah disebar2kan kunun ia penyebab pas tumbng? Tahyul khurafat ini sma shj mcm pentaksub PAS mendewakan Murshidul Am mereka satu masa dulu.

Semoga majlis angkat sumpah MB baru berjln segera dn lancar, kembalikn hak asal kpd pemiliknya..

tangkapbasah said...

ala puak2 ni semua nak projek.mukhriz tak layan maka semua naik panas

Anonymous said...

Kalau dan x perform buat apo simpan? Ngabiskan boreh jo. Ramai lai yg boleh ganti jadi MB.

Anonymous said...

Ko menggunakan kpi mana yg mengatakan dia x perform nie..??

Jgn ko tny pulak kpi tu apa.. nampak sgt x berilmu tu nanti..

Anonymous said...

Orang Melayu berantakan kerana tamak haloba tahap gaban Tun dan kroni2 serta Anwar dan kroni2. Besar harapan Najib dan krew dapat perbetulkan keadaan ini untuk memberi menafaat kepada majoriti rakyat.

Anonymous said...

Setahu aku Tunlah pembawa masalah dari zaman PM pertama hingga kini PM ke 6. Justeru beliaulah bapa segala masalah, bukannya Najib, hai anon 1834. Najib hanya mangsa fitnah beliau dan kroni2 beliau.

Anonymous said...

Iyo la tue..

Undi popular pun tewas..

Nasib baik majoriti ahli parlimen masih dimenangi bn..

Jgn pru14 kedua2 nya pun tewas sudah lah..

# terima la hakikat yg anda tu dh tlalu byk terpalit dgn skandal

Anonymous said...

Balik2 dikatakan fitnah..

2.6b dan 42 juta masuk ke dlm akaun peribadi itu fitnah ker..??

Dari mana sumber duit itu dapat adalah soal kedua..

Soal pertama ada masuk kan..??

Anonymous said...

Tun kan dah mengaku x de bukti nak buat repot polis, fitnahlah tu. 1 dunia dah tahu, kau aje nak ulang fitnah yg x berasas tu, menunjukkan korupsi minda tahap gaban anon 1127.

Anonymous said...

Balik2 dikatakan fitnah..

2.6b dan 42 juta ada masuk x ke dlm akaun peribadi beliau..??

Anonymous said...

susah sikit ah, duit derma dah bagi balik, tak ada bajet....

Anonymous said...

Dan siasat dah. Najib x de salah laku. Yg salah ialah pemfitnah juga. Justo kata malumat dah diubahsuai. Nampak tak kejamnya mahafiraun dan yg sewaktu dengannya cuba menzalimi Najib yg x bersalah dan berjiwa rakyat.

Blog Archive