Latest News

Derma RM2.6bilion- Rumah Siap Pahat Berbunyi

Lumrah manusia, jika tidak jelas dan tidak puas hati berkaitan sesuatu perkara atau isu, maka, macam-macam menjadi dakwaan atau sangkaan.

Berkaitan wang derma RM2.6bilion, yang kini sudah dinyatakan daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, di mana sejak Julai 2015, rakyat Malaysia dan dunia berteka teki siapa kah penderma budiman itu.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, telah membuat keputusan, bahawa tiada salah laku rasuah berkaitan wang derma yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu. Atas sebab itu, isu itu ditutup. Dengan keputusan demikian, maka secara automatik telah membersihkan nama DS Najib Razak, yang menjadi fokus utama isu sejak julai 2015, sebaik sahaja The Wall Street Journal menulis laporan mengenainya.

Sebaik saja isu itu timbul, reaksi Perdana Menteri, bahawa beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB, dan beliau juga mengaku tidak menyalahgunakan wang untuk tujuan peribadi. Kenyataan yang sangat umum, yang membuatkan ramai berspekulasi termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri and mantan Menteri KKLW.

Berkenaan dengan wang yang dipulangkan semula, yang menjadi perhatian pengguna media sosial dan rakyat kebanyakan, sebenarnya telah dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan sebaik sahaja beliau dipecat daripada jawatan TPM pada 28 Julai. Kenyataan Muhiyiddin itu terkandung dalam satu perbualan dengan Perdana Menteri sebelum beliau dipecat, apabila mantan TPM itu bertanya, di mana sudah wang derma yang tidak digunakan itu, di mana Perdana Menteri menjawab sudah dipulangkan kepada penderma.

Semalam, Peguam negara dalam satu kenyataan bahawa wang RM2.6bilion (USD681milion) merupakan sumbangan daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, untuk membantu Perdana Menteri berdepan dengan Pilihanraya Umum ke-13. Wang sebanyak itu telah dimasukan ke dalam akaun peribadi perdana Menteri atas kehendak penderma dalam dua trankasi, iaitu pada mac and april 2013, sebelum PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei tahun yang sama.

Peguam Negara juga memberitahu, bahawa sejumlah USD620milion telah dikembalikan pada Ogos Tahun yang sama, dengan itu mengsahkan kenyataan mantan TPM sebelum ini, bahawa menurut DS Najib wang yang tidak digunakan dikembalikan semula kepada penderma.

Apa yang menjadi muskil berkaitan wang derma yang diberikan kepada DS Najib itu, ramai yang mempersoalkan, mengapa tidak diistiharkan awal-awal lagi. Dakwaan itu, memang tidak lojik, kerana wang derma untuk politik di Negara ini, tiada kewajiban untuk menghibahkannya. Sebenarnya, pada Tahun 2010, DS Najib telah mencadangkan agar wang derma kepada parti politik (political fund) dihibahkan akan tetapi cadangan itu dihalang habis-habisan oleh para pemimpin DAP.

Dalam satu dakwaan lain, jika wang derma itu untuk parti Umno, mengapa tidak dimasukan ke dalam akaun parti? Jawapan kepada dakwaan itu, jika dimasukan ke dalam akaun parti, bagaimana sebahagian wang itu diberikan kepada pemimpin PAS? atau badan-badan NGO? Jika awal-awal lagi dimasukan ke dalam akaun parti, dan jika sebahagian wang itu diberikan kepada pemimpin parti pembangkang, maka secara automatik DS Najib akan dituduh sebagai pemimpin yang menyalahgunakan wang parti. Oleh kerana wang derma itu diberikan secara pribadi kepada DS Najib, maka jika berlaku pemberian derma kepada pemimpin pembangkang, maka ianya dikategorikan sebagai sumbangan pribadi, bukan sumbangan parti. Mungkin sahaja, salah satu syarat yang diberikan oleh penyumbang wang itu, agar DS Najib membantu pemimpin islam lain. 

Juga, jika wang derma itu dimasukan ke dalam akaun parti, bagaimana pula sebahagian wang itu diberikan kepada parti-parti komponen BN? Seperti mana pengakuan Dato Chui Soi Lek, sejak MCA menjadi sebahagian komponen parti perikatan atau barisan nasional, untuk pertama kalinya menerima bantuan kewangan daripada Pengerusi Bn, iaitu semasa berdepan dengan PRU-13.

Oleh kerana ramai di Malaysia, merasakan bahawa adalah satu tindakan canggung, apabila wang derma dikembalikan semula, di mana praktik kebanyakan, apabila wang masuk, semua lesap, malah kerap berlaku, wang bukan hakpun disalahguna. Atas praktik itu, maka mereka merasa pelik, mengapa DS Najib mengembalikan wang derma itu?. Sebenarnya, mungkin, semasa DS Najib meminta bantuan, beliau memperkirakan wang sebanyak itu diperlukan, namun dengan mengambilkira keadaan dan juga peraturan pilihanraya, maka PRU-13, hanya memerlukan USD61milion, dan jumlah itu memang dalam jangkuan undang-undang pilihanraya. Oleh kerana tujuan permintaan bantuan kewangan itu untuk maksud pilihanraya, maka baki wang itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, kerana atas asas prinsip. Salah kah DS Najib menggunakan prinsip itu? Tepuk Dada Tanya Selera!!!

5 Responses to "Derma RM2.6bilion- Rumah Siap Pahat Berbunyi"

Anonymous said...

Peguam Negara Apanda Ali telah umumkan mengenai hasil siasatan pihak SPRM mengenai isu RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan isu SRC dan berdasarkan kenyataan oleh Apanda Ali, tak ada kes untuk dibawa ke mahkamah melibatkan kedua-dua isu berkenaan, tetapi cuba kita semua tengok kes ini betul-betul, wang yang dikatakan derma dalam akaun Najib keseluruhannya adalah RM 2.6 bilion, tetapi berdasarkan kenyataan dari Apanda Ali Peguam Negara, keluarga diraja Arab Saudi derma sebanyak RM 2.08 bilion, maka ada baki derma RM 520 juta yang tidak diketahui siapa yang derma, apakah ada keluarga diraja arab lain pula yang derma tau kali ni keluarga diraja yahudi mana pula kot yang derma? Isu RM 520 juta ini tidak dijelaskan oleh Apanda Ali, siapa yang derma dan apa dah jadi dengan wang itu pun tidak diketahui, sebab Apanda dah tutup kes.

Isu seterusnya adalah wang RM 2.6 bilion itu, wang itu derma untuk siapa? Apakah wang itu derma untuk UMNO atau derma kepada Najib secara peribadi.

Dalam isu ini, ada perkara yang perlu diperhalusi, jika wang itu adalah derma untuk UMNO, mengapakah Najib tak serahkan wang itu kepada UMNO tetapi memandai-mandai membelanjakan sebanyak RM 50 juta wang itu dan memulangkan bakinya sebanyak RM 2.03 bilion kepada keluarga diraja Arab Saudi itu? Apakah Najib mendapat kelulusan dari Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk memulangkan wang berkenaan dan apakah sebab wang itu perlu dipulangkan? Apakah ahli-ahli UMNO tahu dan membenarkan Najib memulangkan wang berkenaan? Bukan sikit wang RM 2.03 bilion tu tau.

Ini boleh dikategorikan sebagai perbuatan pecah amanah, ini adalah jenayah, tapi pasal apa Apanda tak pedulikan perkara ini?

Jika wang itu adalah wang derma kepada Najib secara peribadi, maka apakah Najib telah mengishtiharkan wang tersebut sebagai harta yang diperolehi berdasarkan Peraturan Tatatertib Penjawat Awam 1993 yang mengkehendaki setiap penjawat awam apabila mengalami pertambahan atau pengurangan harta atas apa-apa sebab sekali pun untuk mengishtiharkan perubahan pada pemilikan harta itu.

Perlu disedari, baru-baru ini Datuk Ku Chin Wah, mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah ditangkap dan disoal siasat dan diheret ke mahkamah kerana tidak mengishtiharkan harta yang diperolehinya.

Mengapakah terdapat 'double standard' dalam kes Najib jika dibandingkan dengan kes Datuk Ku Chin Wah itu? Kedua-duanya tidak ishthiharkan harta, mengapakah Datuk Ku Chin Wah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, tetapi Najib dilepaskan begitu sahaja oleh Apanda Ali yang bukan sahaja bertindak sebagai Peguam Negara, malahan dah menjadi hakim untuk putuskan kes berkenaan?

Isu ini menjadi makin parah, integriti Peguam Negara telah dicemarkan sendiri oleh Peguam Negara apabila kes berkenaan ditutup begitu sahaja sedangkan banyak faktor diabaikan seperti apakah sebab wang itu dipulangkan, apakah pemulangan wang itu mendapat persetujuan dari Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan para ahli UMNO jika wang itu adalah derma kepada UMNO, malahan yang paling utama adalah siapakah penderma RM 520 juta daripada wang RM 2.60 bilion itu, kerana keluarga diraja Arab Saudi dikatakan oleh Apanda Ali menderma RM 2.08 bilion sahaja, sedangkan wang keseluruhan dalam akaun peribadi Najib adalah RM 2.6 bilion.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Bahagian wang yg digunakan terlalu sedikit dibandingkan jumlah yg PM terima dan pulangkan semula. Jika dimanfaat dengan lebih baik, Selangor dan Pulau Pinang mungkin tak jatuh ke tangan PKR dan DAP.

Sayangnya lagi, wang lebihan itu terlalu cepat di pulangkan sedangkan kita baru sahaja mulai menghadapi cabaran keganasan dari pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Anonymous said...

http://www.sarawakreport.org/2016/01/bungling-ag-gives-away-more-evidence-at-press-conference-meant-to-clear-najib-exclusive/

Rumah belum siap la bro.

Anonymous said...

Najib tu orang politik x sama dengan ku cbin wah kakitangan kerajaan. Bab ini pun a ba ta x tahu. Kenapa bilion2 dana DAP dan PKR serta bersih dari israel dan amerika kau x pertikai hai a ba ta? Mereka pun x declare. Najib orang baik kata Rahim Tamby Chik. Ini ada kebenarannya kerana Najib dah sarankan supaya dana politik dihebahkan tapi DAP menentang. Kalau a ba ta ni siumanlah patut dia ni persoalkan sikap x telus DAP ni bukannya Najib. Juga kerana Najib seorang yg baik akhlak, dia pulangnya bakinya. Agaknya kalau a ba ta lah yg dapat tentu dibalun bakinya kot sebab dari komen2nya mengambarkan akhlak dia x berapa nak baik.

kak radi said...

Sokong sangat pandangan dari anom 00.43. Najib memang perdana menteri yg baik lagi jujur.kalaulah pm yg gantikan najib kelak perangai macam a ba ta lingkup malaysia.

Blog Archive