Thursday, December 10, 2015

Saya Pilih Berjiwa Besar- Najib

1. DS Najib Razak, dengan terus terang, walaupun tergores, terluka sebagai mana fitrah beliau sebagai manusia, namun beliau memilih sebagai manusia yang berjiwa besar.

2. Berasaskan pengakuan itu, ertinya sebagai Presiden parti, beliau sanggup menerima sebarang kritikan termasuk berbagai dakwaan tantaranya daripada Timbalan Presiden dan mantan Perdana Menteri.

3. Natijah ucapan dasar DS Najib, apapun perbalahan dalam kepimpinan parti, yang paling mustahak adalah mempertahankan parti bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Pendirian itu, menurut Najib, jika Umno bukan menjadi tunjang kepada pemerintahan negara, maka melayu/bumiputera akan diperlekeh di watan sendiri.

4. Bagi DS Najib, sejak negara merdeka, semua Perdana Menteri atau Presiden Umno tidak pernah terlepas daripada cabaran getir, namun kerana prinsip dan anutan parti, maka semua cabaran itu dapat diatasi dengan jayanya. 

5. Kerajaan yang berpaksikan kepada melayu/bumiputera, sangat bergantung kepada keutuhan Umno, kekuatan Umno, kerana telah terbukti, Umnolah yang membangun negara sehingga diiktiraf di serata dunia. Akibat perjuangan Umno, maka pembangunan, perkembangan perekonomian dan kemajuan lain dapat dirasakan oleh semua pihak, malah negara dapat menghulur bantuan kepada negara-negara sahabat termasuk rakyat negara lain yang tertindas.

6. Kemajuan negara yang berpaksikan kepada perjuangan Umno, menyebabkan pihak pembangkang bernafsu sangat memerintah negara. Akibat perjuangan Umno, maka kini, pembangkang hanya menuainya di Selangor dan Pulau Pinang. Atas keseronokan itu, maka pembangkang yang diketuai DAP, kini sedang mengatur berbagai strategi untuk merampas kerajaan persekutuan, dan seterusnya menafikan kepimpinan melayu/bumiputera.

No comments:

Blog Archive