Thursday, December 10, 2015

Pertautan Pemimpin Umno Semakin Terserlah?

1. Jika semua pemimpin Umno merujuk kepada pelembagaan parti seperti mana dirujuk oleh Presiden parti melalui ucapan dasar persiden sempena PAU 2015, ertinya para pemimpin parti kembali kepada asas, maka ruang pertautan antara pemimpin semakin terserlah. 

2. Jika semua pihak di semua peringkat mengambil iktibar ucapan dasar presiden, maka tiada ruang lagi bagi para pemimpin Umno bertelagah, jika semua peringkat mahukan Umno kuat dan terus menjadi tunjang kepada kerajaan.

3. Agar parti menjadi kuat, menghindar membangkit perkara-perkara lalu, yang menjadi punca kelemahan parti, perlu dilipat dengan kemas, dan dijadikan sempadan.

4. Menyalahkan perkara lalu, sebagai penyebab kelemahan parti, akan menyebabkan luka lama berdarah semula, walaupun dengan jelas parut masih kelihatan dengan jelas.

5.Sempena Pau kali ini, para pemimpin serta perwakilan, perlu berganding bahu, bagaimana membela rakyat, khususnya berdepan dengan fenomena perekonomian dunia yang membawa impak kepada rakyat dan negara.

6. Seperti kata Presiden parti melalui ucapan dasar, kerajaan akan terus berusaha untuk membela rakyat dengan memperkenalkan berbagai pendekatan bagi membela rakyat terutama berkaitan dengan taraf hidup rakyat, khususnya kehidupan seharian.

7. Sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan, akibat faktor di luar kawalan kerajaan/negara, memerlukan kerajaan yang kuat sebagai pillar kepada polisi yang berpihak kepada pembelaan rakyat.

8. Sesebuah kerajaan yang kuat, tidak akan wujud tanpa sokongan parti yang kuat. Di negara ini, kerajaan ditunjangi oleh Umno, ertinya Umno perlu kuat. Umno hanya akan kuat, jika seluruh pemimpin di semua peringkat bertaut dan senantiasa bekerja sebagai satu pasukan.

3 comments:

Anonymous said...

kami tak boleh menaruh harapan kepada pemimpin yg amal menerima derma entah dari siapa...

Anonymous said...

UMNO memang perlu bersatu. Hentikan fitnah2 busuk yg bertujuan menjatuhkan seseorang kerana akhirnya ia hanya menyerlahkan kebusukan diri pemfitnah itu sendiri yg mana adalah lebih teruk.

Unknown said...

Atas dasar logikal apa yang menyebabkan perlu bertaut dgn pemimpin yang sebegini

Tiada fakta mahupun alasan yang boleh diterima logik akal mengenai isu2 yang dibangkitkan

Blog ini tiada fakta yang relevan hanya nukilan semangat2 yang tidak memberi sebarang faedah

Blog Archive