Thursday, December 10, 2015

Pau2015- Yakinnya DS Najib Berdepan Kemelut

1. UCAPAN perasmian Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mungkin menjadi salah satu ucapan terpenting dalam kerjaya politiknya.

2. Buat kali pertama dalam tempoh beberapa bulan, majlis itu juga mungkin akan mempertemukan Najib dengan Tun Dr Mahathir.

3. Pada perhimpunan agung tahun lepas, Dr Mahathir tidak gembira dengan ucapan presiden dan serta-merta meninggalkan majlis pembukaan tanpa menyertai barisan pimpinan lain untuk minum teh.

4. Dengan hubungan antara kedua-dua mereka yang semakin retak, mungkin situasi yang sama akan berulang.

5. Najib telah menerima serangan dan kritikan daripada Dr Mahathir sepanjang tahun ini dan terakhir pada malam Isnin di Kelab Sultan Sulaiman, dalam satu pehimpunan bersama Timbalan Presiden- Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal.

6. Apa yang menarik, semua dakwaan baik daripada Muhiyiddin dan Tun Dr Mahathir telah dijawab melalui taklimat presiden pada malam Selasa, 

7. Melalui taklimat itu, nampak bagaimana DS Najib rasa kecewanya dengan cara Dr Mahathir menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan juga 'negara pengemis'; sehingga Presiden menunjukkan maklumat grafik untuk membuktikan rekod prestasi ekonominya dalam tempoh enam tahun sepanjang beliau menjadi perdana menteri. Beliau memberi contoh angka KDNK dan FDI serta indeks Bursa Malaysia di mana semuanya telah bertambah baik di bawah pentadbirannya. Beliau memberitahu perwakilan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-18 dalam daya saing dunia dan bagaimana rakyat Rohingya bersyukur apabila mereka tiba di Malaysia. Beliau menjelaskan bagaimana Dr Mahathir mencetuskan isu 1MDB daripada isu perniagaan dan aliran tunai kepada isu politik, dan memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun pergi ke Timur Tengah untuk menemubual penderma dana politik RM2.6 bilion.

No comments:

Blog Archive