Saturday, December 12, 2015

PAU 2015- Mencari Perdamaian

1. Persidangan Umno Tahun 2015, lebih tertumpu kepada mencari perdamaian. Tindakan perdamaian perlu dilakukan akibat berbagai olah daripada para pemimpin utama. Para perwakilan, tertumpu masa dan fikiran mereka memberi hujah ke arah merapatkan  saf antara para pemimpin.

2. Parti Umno sebuah parti besar dan telah berusia 69 tahun, seharusnya telah matang, bebas daripada persengketaan, namun namanya juga sebuah organisasi yang dianggotai manusia, Manusia mempunyai sifat yang beragam, mempunyai nafsu dan keinginan, mempunyai syak wasangka, mempunyai desire yang berbeda, sehingga keadaan seperti perbalahan, tidak terhindarkan.

3. Melihat kepada perbalahan dalam parti, sebenarnya hanya berpunca daripada beberapa perkara yang sebenarnya diluar ruang lingkup parti terbesar melayu itu. Hanya kerana presidennya merupakan Perdana menteri, maka tindakan kerajaan juga dianggap sebagai tindakan parti itu.

4. Perbalahan para pemimpin sehingga pengikut mereka juga terikut, hanya berpaksi kepada isu 1MDB, wang derma RM2.6bilion. Kemudian dikaitkan dengan polisi kerajaan seperti GST, TPPA dan rasionalisasi subsidi sehinggalah kepada kenaikan kadar tambang pengangkutan.

5. Oleh kerana parti Umno merupakan tunjang kerajaan, maka apa sahaja tindakan kerajaan dikaitkan dengan Umno. 1MDB adalah syarikat milik kerajaan, bukan syarikat milik Umno. Polisi percukaian, pengangkutan, subsisi dan sebagainya adalah tindakan kerajaan, bukannya parti. Seperti dikatakan, Presiden Umno merupakan ketua kerajaan, maka dilihat, apa sahaja polisi kerajaan, maka terkait rapat dengan Umno.

6. Fued dalam Umno hanya kerana tindakan kerajaan menubuhkan 1MDB. Para pemimpin yang mengeritik syarikat milik Kementerian kewangan itu, kurang menggunakan ilmu, bahawa pada setiap syarikat yang baru ditubuhkan, sudah tentunya pada awal penubuhannya akan berdepan dengan berbagai masalah, termasuklah masalah kewangan dan tabir urus. 

7. 1MDB menjadi punca perbalahan antara para pemimpin utama Umno, hanya kerana perbezaan pendekatan, tidak sabar menunggu hasil siasatan atau kesimpulan, adalah penyebab utama berlakunya pergeseran.

8. PAU2015, setidak-tidaknya dapat merungkai, isi hati para pemimpin utama parti. Dan apa yang jelas, bahawa Presiden parti, membuka kad apa yang tersimpan selama ini, membuka isi dada apa yang berbeku selama ini, dan berasaskan kepada semua itu, Presiden memilih berjiwa besar, menghulurkan tangan perdamaian antara rakan-rakan seperjuangan, sebenarnya itulah tindakan mulia bagi seseorang ketua. Fikir-fikirakan lah

No comments:

Blog Archive