Saturday, December 05, 2015

PAU 2015- Harapan Rakyat?

1. Bermula pada 8 Desimber, di PWTC akan berkumpul 5,738 perwakilan Umno seluruh negara, kecuali daripada Sarawak. Jumlah perwakilan itu mewakili 3.4juta ahli keseluruhan. Perwakilan yang terpilih merupakan 0.17 peratus daripada jumlah ahli. Pada jumlah inilah tersandar harapan para ahli yang tidak terpilih menghadiri PAU.

2. Mesej yang bakal disampaikan oleh pemimpin parti, khususnya ucapan dasar Presiden merupakan amanah yang bakal dipikul oleh semua perwakilan, untuk disampaikan ke akar umbi secara bersemuka, bukan melalui pesanan melalui media sosial atau surat-surat khabar. 

3. Pada perhimpunan kali ini, banyak perubahan berlaku, antaranya cara perasmian sayap-sayap parti. Sayap-sayap parti dirasmikan sendiri oleh ketua masing-masing. Manakala perubahan seterusnya, tidak terlibatnya dua pemimpin kanan dalam acara penggulungan ucapan dasar presiden. 

4. Melihat kepada cara Umno, sebenarnya, ucapan dasar Presiden yang paling utama. Ucapan itu sebenarnya sebagai garis besar bagi mengorak langkah parti, bagi berdepan dengan fenomena semasa dan masa depan.

5. PAU kali ini, boleh diibaratkan sebagai langkah pertama daripada tiga fasa parti itu berdepan dengan PRU-14 yang bakal diadakan pada Tahun 2018, dengan pemantapan pada PAU Tahun 2016 dan 2017 Juga, pada PAU kali ini, merupakan satu permulaan untuk mencari tahu impak perubahan yang dilakukan parti kepada sokongan akar umbi, khususnya apabila parti lari daripada tradisi.

6. Walau apapun yang berlaku semasa PAU tersebut, apa yang penting adalah natijah persidangan itu yang boleh di bawa oleh perwakilan semasa kembali ke kawasan masing-masing, khususnya penyelesaian kepada masalah yang didepani rakyat, baik dalam soal ekonomi, sosial mahupun spritual.

7. Rakyat secara umumnya, sedang berdepan dengan krisis sara hidup, akibat kenaikan barangan keperluan, yang dikatakan berpunca daripada rasionalisasi subsidi dan pertukaran sistem percukaian.

8. Umno sebagai tunjang kerajaan, kena mendepani penyelesaian masalah rakyat, khususnya di pedesaan, kerana mereka-mereka ini yang terkena tempias impak kepada para 7.

No comments:

Blog Archive