Friday, December 11, 2015

Pau 2015: DS Najib Buktikan- Beliau Disokong Parti

1. Mengadili suasana semalam, semasa ucapan dasar presiden sempena PAU 2015, DS Najib Razak sebagai Presiden parti, setidak-tidaknya telah membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, bahawa ahli parti masih berdiri teguh di belakang Presiden. Walaupun, perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka kurang tiga ribu atau kurang 0.1 peratus daripada keseluruhan ahli, namun mereka itu merupakan perwakilan yang dipilih oleh ahli akar umbi.

2. Memang telah diduga, dalam ucapan dasar presiden, akan mengadungi beberapa bidasan terhadap trio tersebut, walaupun tidak diucapkan secara langsung, namun cara demikian lebih pedas dan menyusuk hati. 

3. Presiden terpaksa menyelitkan kata-kata pedas, bukannya disengajakan, akan tetapi terpaksa, bagi memperjelaskan tuntutan perlembagaan parti, dan seterusnya merungkai, bagaimana sesebuah parti seperti Umno kekal kuat, agar supaya tiada pemimpin atau ahli yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan ataupun musang berbulu ayam. 

4. DS Najib tidak menyebutpun perkataan gunting dalam lipatan ataupun musang berbulu ayam, akan tetapi, penenakaan beliau terhadap istilah ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dan parti, menggambarkan, bahawa memang terdapat gunting dalam liptan dan musang berbulu ayam dalam parti.

5. Melihat sambutan yang diberikan kepada DS Najib sebaik sahaja memasuki Dewan Merdeka, PWTC, bukan sahaja menjadikan Trio yang berada lebih awal dalam dewan tersebut merasa terpinggir, akan tetapi membuatkan mereka terfikir, mengapa bertindak melawan arus. Bagi Tun Dr Mahathir, memangpun tindakan beliau "nothing to lose", akan tetapi bagi Muhyiddin dan Shafie, mungkin difikiran mereka 1001 macam penyeselan berkecamuk di benak mereka.

6. Selama setahun, DS Najib, menunggu peluang semalam, untuk membuktikan kepada trio tersebut, bahawa ahli parti tetap berdiri teguh di belakang beliau.

7. Melihat keadaan semalam, nampaknya pemenang pertempuran berpihak kepada DS Najib, namun pemenang peperangan masih samar-samar untuk diketahui, sebabnya, pememang peperangan akan diketahui selepas PRU-14. Pada masa itu, akan dibuktikan, apa kah sokongan padu ahli parti terhadap DS Najib akan diterjemahkan oleh rakyat kepada bentuk sokongan kepada Umno/Bn.

3 comments:

Unknown said...

Lagi satu article serkap jarang yang tiada fakta relevan

Sorakan dan kemenangan adalah suatu kosa kata yang berbeza

Menang sorak kampung tergadai

Berhentilah jadi bahan jenaka rakyat

Malu sebahagian dari iman

Jika benar kenapa lari dari penerangan sendiri

Isu peribadi dibebankan pada umno..sungguhlah bodoh pemimpin begini..amat jelek

Anonymous said...

jelas kelihatan suasana pau2015 agak muram. ucapan dasar presiden hambar walaupun bunyi kokok kuat berderai derai. Tiada sorakan gemuruh di skrin besar bila mr. presiden berucap melainkan bising ahli umno dan orang ramai yang lalu lalang melihat jualan. majoriti yang hadir di luar dewan hanya bersembang kosong hingga terlupa mendengar ucapan dasar presiden. hakikatnya tiada apa ucapan yang memberangsangkan dan orang kampung semua dah tahu..

Anonymous said...

x bawa apa2 makna setakat PAU...tunggu ja PRU14..

Blog Archive