Tuesday, December 29, 2015

Harapan BN Untuk Tahun 2016

Tahun 2016, selain merupakan tahun persiapan BN bagi berdepan PRU-14, juga akan menyaksikan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-12, yang perlu diadakan paling lambat pada Jun. PRN ke-11 negeri itu adalah pada Tahun 2011, yang menyaksikan untuk pertama kali, parti-parti pembangkang DAP dan PKR mendapat banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Melihat kepada trend pengundian melalui PRN itu, pada masa itu, parti-parti yang berpakat melalui Pakatan Rakyat, mengunjurkan akan mendapat kerusi yang mencukupi di peringkat parlimen bagi menumbangkan kerajaan barisan nasional. Sarawak mempunyi 31 kawasan parlimen daripada 222 keseluruhan kerusi parlimen negara. Pada PRU-13, terbukti unjuran parti-parti pembangkang itu hampir mendekati kebenaran, apabila mampu menang 7 daripada 15 daripada unjuran asal. Perolehan kerusi di Sarawak oleh parti-parti pembangkang sebanyak itu, merupakan julung kalinya berlaku.

Bagi Bn, kerusi parlimen merupakan kunci untuk mempertahankan Putrajaya. Mengimbas kedudukan kerusi Bn pada PRU-13, di Sarawak adalah 24, di Sabah 22, WP Labuan 1 dan di Semenanjung 86, berbanding Pakatan Sarawak 7, Sabah 3, dan Semenanjung 79. Di Semenanjung hanya 7 kerusi membedakan antara Bn dan PR (kini pakatan harapan). Melihat kepada trend itu, maka kunci bagi sesebuah parti menduduki Putrajaya adalah Sabah dan Sarawak. Parti yang menguasai dua negeri itu, maka akan membentuk kerajaan persekutuan.

Kedua-dua belah pihak benar-benar tahu duduk perkara, atas sebab itu, masing-masing pihak mahu memperkukuh atau mahu mendapat sokongan daripada dua negeri itu. Bagi Bn, menghandalkan kepada sokongan padu parti-parti yang bergabung dalam Bn, yang dikemudikan oleh Ketua Menteri masing-masing negeri. Bagi Sabah, memang sokongan kepada Bn kukuh, kerana parti yang memerintah ditunjangi oleh parti terbesar, manakala bagi Sarawak sangat tergantung kepada parti yang diwakili Ketua Menteri, iaitu parti PBB. Untuk rekod, parti PBB, tidak pernah kalah sebarang kerusi setiap pilihanraya, baik kerusi Dun mahupun parlimen.

Melihat kepada senario politik semasa, nampaknya, parti seperti PBB tidak akan berdepan mempertahankan kerusi yang dimenanginya, namun parti-parti lain termasuk di Sabah, agak sukar parti-parti mempertahankan sokongan yang diperolehi Tahun 2013. Di Sabah, hanya kawasan parti Umno akan mengekalkan kedudukan. Manakala di Semenanjung, semua parti yang bergabung dalam Bn, akan mengalami penurunan undi, malah kemungkinan besar kehilangan kerusi. Parti-parti yang diperkirakan mengalami pukulan adalah MCA dan Gerakan serta MIC, manakala Umno akan kehilangan 2-3 kerusi marjinal.

To the worst katakan, di Sarawak, Bn hanya menang 20, sementara di Sabah 21 termasuk WP Labuan, maka di Semenanjung Bn perlu menang 71, untuk mendapatkan majoriti mudah. Di atas kertas, jumlah 71 boleh diperolehi Bn di Semenanjung. Melihat perkiraan ini, apapun cara parti-parti pembangkang, termasuk menguar-uarkan berbagai isu yang mengelilingi Perdana Menteri, serta isu-isu lain seperti GST serta kenaikan tambang tol dan sebagainya, nampak gayanya selepas PRU-14, UBN masih mengekalkan Putrajaya, walaupun dengan jumlah kerusi yang sangat berkurang. Jikalah, keadaan demikian berlaku, maka pemerintahan sangat rentan, dan bila-bila masa akan jatuh, kerana boleh-boleh sahaja ada MP yang bertukar kapal, seperti mana berlaku di Perak Tahun 2009 dan Sabah Tahun 1994.

Melihat senario yang bakal berlaku, maka bagi Bn, untuk mengelak keadaan itu berlaku, maka tahun 2016 sehingga tahun 2018, perlu benar-benar dimanafaatkan bagi mengubah persepsi rakyat. Para pemimpin Bn, perlu mencari formula yang tepat, selain menghindar kenyataan-kenyataan "bodoh" sepertimana yang dilontarkan oleh "Dato Ahmad Maslan" berkaitan dengan cadangan agar rakyat mempunyai dua kerja bagi menambah pendapatan.

Sebenarnya, kerajaan tahu benar, mengapa rakyat resah. Seharusnya kerajaan mencari kaedah untuk mengurangkan keresahan itu, Ibarat seorang sakit berjumpa doktor, doktor perlu memberi obat yang menyihatkan pesakit, bukan memberi cadangan agar itu ini, kerana sipesakit mahukan obat penawar, agar sakitnya cepat hilang atau sembuh.

Memang diakui, faktor yang berimpak kepada perekonomian negara adalah faktor luaran, seperti penurunan harga minyak, penurunan harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah, namun perekonomian negara bukan seluruhnya bergantung produk-produk itu. Syogianya kerajaan mengerakan perekonomian dalaman khususnya berkaitan dengan makanan, kerana saban tahun, bil makanan negara senantiasa defisit berbanding antara eksport dan import. jika bil import makanan boleh berputar-putar dalam negara, maka bukan sahaja mengurangkan fiskal negara, malah boleh menjana pendapatan kepada rakyat, tindakan itu, sebenarnya lebih berkesan berbanding saranan, bekerja lebih satu kerja untuk menambah pendapatan.

Bagi Tahun 2016, kerajaan perlu mencari/mengwujudkan berbagai kaedah untuk menlenyapkan keresahan rakyat, kalau tidakpun sekurang-kurangnya berkurang. Sebenarnya, menangulangi faktor-faktor yang merupakan keresahan rakyat, adalah harapan Bn tahun 2016, sebagai mementum mempertahankan Putrajaya.

No comments:

Blog Archive