Wednesday, November 11, 2015

Undi Tidak Percaya Pada DS Najib Hanya Gimik Pembangkang

1. Undi tidak percaya kepada DS Najib Razak hanya merupakan gimik pembangkang. Pembangkang sudah maklum, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menumbangkan Perdana Menteri. Dari segi mana, mereka boleh mendapat kekuatan menumbangkan Perdana Menteri? Jika dilihat daripada jumlah kerusi pembangkang pun sudah tidak cukup, apatah lagi MP Pas tidak menyokong. 

2. Bagaimana Lim Kit Siang berangan-angan untuk mendapatkan sokongan 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak, sedangkan sebahagian MP memerupakan pemimpin negara, malah sepasukan dengan DS Najib yang menganggotai kabinet Persekutuan.

3. Semua sudah maklum, sejak negara merdeka, perubahan Perdana Menteri, hanya berlaku, jika Presiden Umno berubah, kerana Presiden Umno biasanya secara konsensus dilantik sebagai Perdana Menteri. Perlantikan Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kerana parti itu merupakan tunjang kepada kerajaan, sesuai dengan jumlah kerusi yang dimenangi setiap pilihanraya umum. Sebagai catatan, pada PRU-13, lalu, Umno mempunyai 88 kerusi daripada 133 yang dimenangi Bn. Kerusi Umno merupakan lebih 66 peratus daripada keseluruhan kerusi yang dimenangi Bn.

4. ANGAN-ANGAN pembangkang menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri sebenarnya hanya gimik.

1 comment:

Zinn said...


"Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri." (SUMBER)

inilah rupa perut sebenar Tun, bukan soal perpaduan Melayu yang dia fikirkan tetapi soal tamak kuasa dan percaturan politik untuk terus mencengkam UMNO mengikut telunjuknya

Pembangkang tak perlu kerja keras, orang besar dlm UMNO yang akan buat kerja2 teras untuk reputkan UMNO dari dalam.. memang tepa andaian kita tidka sikit wang dihabiskan oleh Tun dan kumpulannya untuk wujudkan fitnah dan perang saraf menjatuhkan Najib..

apakah dengan car abegini keberkatan akan ada jika Najib ditumbangkan? Dan pemimpin jenis apakah yang akan naik pula selepas menggunakan jalan kotor ini?

FIKIRLAH jangan sampai Tuhan Maha Esa datangkanm BENCANA.. nauzubillah!

Blog Archive