Tuesday, November 03, 2015

Teruskan Debat 1MDB Antara Tony Pua- Arul-Bersyarat: Pandikar

1. Siasatan PAC Parlimen terhadap 1MDB masih berjalan, malah tiada sebarang laporan dikemukakan kepada Parlimen. Tujuan kepada siasatan tersebut selain merungkai kemelut yang berlaku dalam syarikat milik Kementerian Kewangan yang mempunyai hutang RM42bilion, juga mahu mengetahui, transkasi yang berlaku, mengapa sejumlah hutang yang begitu besar berlaku  hanya dalam tempoh masa 6 tahun.

2. Tujuan pengwujudan PAC Parlimen adalah untuk check and balance terhadap sebarang tindakan kerajaan khususnya berkaitan dengan kewangan negara. Jika hasil siasatan yang dijalankan jawatankuasa itu belumpun membuahkan hasil, namun diluaran sudah dibincang dengan berbagai persepsi termasuk maklumat yang simpang siur yang tidak berkesudahan, termasuk debat, maka fungsi jawatankuasa itu, padam dengan sendirinya, ertinya, pengwujudan jawatan kuasa itu tidak diperlukan, malah dikemudian hari untuk menyelesaikan sebarang kemuskilan, cukup melalui debat sahaja. Jika debat diambil sebagai cara untuk menyelesaikan sebarang masalah, maka, elok kerajaan melahirkan pendebat ulung sebagai pendebat yang boleh membantu kerajaan bagi sebarang kemuskilan.

3. Debat sebenarnya tidak akan membawa sebarang kesimpulan, ianya hanya boleh melahirkan persepsi yang berbagai, tergantung kepada persepsi masing-masing yang mendengar., malah melalui debat itu, akan melahirkan berbagai spekulasi atau masalah lain yang berantai, sehingga tidak berpenghujung.

4. Debat antara Tony Pua yang juga anggota PAC dan MP Petaling Jaya Utara daripada DAP dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy boleh diteruskan, asal memenuhi persyaratan, iaitu, Tony perlu meletakkan jawatan sebagai anggota PAC dan Arul tidak boleh dipanggil sebagai saksi dalam siasatan PAC. Tujuannya, seperti mana kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar, adalah untuk memerlihara ketelusan siasatan jawatan kuasa parlimen tersebut.

5. Adalah sesuatu yang memeranjatkan, apabila Speaker Dewan Rakyat berkata, jika persyaratan itu tidak dipatuhi dan debat diteruskan juga oleh kerajaan, maka beliau tiada pilihan, terpaksa meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat, kerana menurutnya, Parlimen mempunyai matalamat berkaitan pengwujudan PAC dan hasil siasatannya adalah untuk kepentingan suluruh rakyat yang diterjemahkan melalui seluruh anggota parlimen. 

6. Melihat kepada kenyataan yang dikemukakan Pandikar, maka pihak yang menganjurkan debat antara Tony dan Arul perlu menimbang semula rancangan tersebut atau jika debat itu perlu diteruskan juga, persyaratan seperti mana dikemukakan oleh Speaker perlulah dipatuhi.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau Arul Kanda tak perlu dipanggil dalam siasatan PAC, takkan nak panggil beruk mat yeh di hutan untuk berdebat bagi pihak 1MDB? Makin gila dan sasau juak-juak Najib ni, sebelum ini bukan main riang mereka mainkan sentimen kononnya Tony Pua takut nak berdebat, bila dah ditentukan soalan nak ditanya, maka masing-masing juak Najib jadi cuak, buat macam-macam alasan gila pula.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

ini semua taktik konon 1MDB suci bersih tak takut berdebat..last2 debat entah kemana..kalau Tony Pua tak boleh berdebat dek kerana dia anggota PAC, banyak lagi yg lain boleh berdebat, panggil saja Pua Chu Kang kah..kah..kah...

Anonymous said...

Tony tergelak besarlah dengan keputusan ini, kerana dia memang dah mengelabah kerana Arul sambut cabaran. Apapun tahniah buat Arul kerana menunjukkan kehebatannya.

Pandikar memang tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya syabasy........

Blog Archive