Tuesday, November 17, 2015

Shafie Bukan Pasukan Bn Lagi

1. Telah sah, bahawa mantan menteri KKLW yang juga MP Semporna, Datuk Shafie Apdal, bukan anggota pasukan Bn lagi, apabila tidak hadir semasa pengundian Bajet2016 di dewan rakyat semalam.

2. Bacaan kali ke-2 Bajet2016 diterima oleh 128 MP, manakala 74 menolak. 

3. Semasa pengundian, MP Semporna tidak hadir. Walau bagaimanapun MP Pagoh yang juga Timbalan Presiden Umno hadir dan salah seorang yang menyokong Bajet2016.

4. Shafie yang dipecat daripada kabinet persekutuan hujung bulan julai lalu, kerana tindakan beliau yang bersifat gunting dalam lipatan, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2.6bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

5. Ketidak hadiran Shafie semasa mengundi bajet untuk rakyat, ertinya kini, MP Semporna itu tiada merit lagi, jika beliau berkata bahawa perjuangannya untuk rakyat.

6. Bajet2016 dikira sebagai bajet untuk rakyat yang kurang bernasib baik, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan 40 peratus rakyat negara ini.

7. Nampaknya, Shafie sudah sealiran dengan MP pembangkang, yang tidak mahu membela kumpulan rakyat yang perlu dibela.

1 comment:

Anonymous said...

shafie tu ada atau tiada sama sahaja , menghabiskan beras saja ..

dia hanya fikir usus hempedu sendiri, macamana nak gemuk ..macamana nak kenyang ,apa sahaja yg dia buat terutama di sabah mesti punya kepentingan untuk dirinya atau hayat politiknya , dia ualr lidi berangan nak jadi naga ..

Blog Archive