Latest News

PAU Umno-Apa Kah Muhiyiddin Dibenar Merasmikan Tiga Sayap Parti?

1.Telah menjadi tradisi parti Umno, bahawa persidangan sayap parti- Pemuda, wanita dan puteri secara serentak persidangannya dirasmikan oleh Timbalan Presiden. Apa kah pada persidangan kali ini, ianya akan diteruskan? memandangkan berlakunya pergolakan dalam parti yang membabitkan beberapa pemimpin kanan parti.

2. Persidangan tiga sayap itu, hanya sekali sahaja dirasmikan oleh Timbalan Presiden yang tidak berjawatan dalam kerajaan, yakni Tahun 1987, apabila Dato Musa Hitam (kini Tun) merasmikannya, atas status sebagai Timbalan Presiden parti.

3. Permasalahan yang menyelubungi Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, ekoran pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama seorang Naib Presiden parti pada hujung bulan julai lalu dalam satu rombakan kabinet persekutuan.

4. Muhiyiddin dalam rombakan tersebut digantikan oleh Naib Presiden satu Umno- Dato Seri Zahid Hamidi. 

5. Pemecatan Muhiyiddin dan Shafie ekoran kritikan mereka terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan 1MDB, di mana Perdana Menteri sendiri merupakan penasihat kepada lembaga pengarah syarikat tersebut.

6. 1MDB menjadi duri dalam daging antara Muhiyiddin dan Shafie dengan DS Najib, ekoran dakwaan adanya salahguna kuasa dalam syarikat tersebut, sehingga mengumpul hutang RM42bilion dalam tempoh 6 tahun.

7. Di antara semua anggota kabinet DS Najib, hanya Muhiyiddin dan Shafie yang menyatakan tidak mengetahui perjalanan 1MDB, sedangkan syarikat itu telah mengemukan berbagai maklumat penting berkaitan operasi syarikat kepada barisan kabinet, malah mengemukakan fact sheets yang mengandungi berbagai urusniaga dan transkasi kewangan bersama-sama laporan kewangan yang telah diaudit oleh Audit bertauliah.

8. Berkesinambungan dengan kritikan Muhiyiddin Shafie, Para Ketua Bahagian Umno yang mengunakan media telegram, didapati daripada 170 Ketua bahagian yang ikut serta, 154 daripada mereka menyarankan dan mencadangkan agar tindakan drastik perlu diambil oleh parti kepada pemimpin parti yang bertindakan menongkah arus tanpa mengira kedudukan pemimpin itu, demi mengwujudkan ketenteraman dalam parti. Parti tidak dapat menerima, jika ada pemimpin yang bertindak bagai gunting dalam lipatan atau duri dalam daging. Melihat kepada pendapat lebih kepada 80 peratus ketua-ketua bahagian parti, adalah dispekulasi, bahawa pada PAU parti yang bermula pada 8 Disember, besar kemungkinan, persidangan tiga sayap parti akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri.

9. Adalah wajar, perasmian tiga sayap itu dilakukan oleh Timbalan Presiden “inwaiting” atau Presiden sendiri agar beliau boleh menggariskan hala tuju parti di masa depan bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang.

10. Sukar untuk bersandar kepada pemimpin yang didapati berkerja berlawanan arus majoriti kepimpinan diberi peluang menggariskan hala tuju parti, kerana ianya menyebabkan kekeliruan kepada akar umbi parti.

1 Response to "PAU Umno-Apa Kah Muhiyiddin Dibenar Merasmikan Tiga Sayap Parti?"

Anonymous said...

No way man. Dia dh berpatah arang dengan Presiden. Why should he being considered to do that. Tradisi boleh diubah....

Blog Archive