Latest News

Mesyuarat AMT Umno- Muhiyiddin dan Shafie- Tidak Hadir

1. Pada kebiasaan, bahawa mesyuarat AMT Umno diadakan di  PWTC, namun kali ini diadakan di Bangunan Parlimen. Tujuan mengadakan mesyuarat di bangunan parlimen untuk memudahkan AMT yang juga kebanyakannya ahli dewan rakyat masuk ke dalam dewan, jika sekiranya pihak pembangkang membuat usul dan diperlukan undi belah bahagi. Perbahasan berkaitan Bajet2016, masih berjalan, kerana kelulusan Bajet tersebut hanya diperingkat dasar. Mengingat kepada kedudukan itu, pembangkang yang mempunyai tujuan menolak bajet itu, boleh sahaja dalam bila-bila masa mencadangkan undi belah bahagi bagi menolak bajet tersebut.

2. Memandangkan alasan pertukaran tempat mesyuarat telah dijelaskan pada para 1, bermakna, ulasan mengenainya dimuktamadkan.

3. Tulisan AYT pada kali ini, adalah mengagak atau mencongkak, agenda mesyuarat AMT pada kali ini, yang mana dijadualkan pada 27 November, akan tetapi diawalkan. Ada yang mengatakan, bahawa diawalkan mesyuarat itu, untuk membuka ruang kepada AMT membincangkan berkaitan dengan kedudukan Timbalan Presiden dan salah seorang Naib Presiden, kerana diketahui dengan pasti, bahawa dua pemimpin kanan parti itu tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana sedang berada di luar negara.

4. Sepertimana tradisi Umno, sebarang PAU parti, biasanya tiga sayap parti, iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti, dan selain itu, para pemimpin kanan parti Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden diberikan masa untuk berucap dalam perhimpunan induk selain membahas ucapan dasar Presiden juga memberi semangat kepada perwakilan berhubungan dengan hala tuju parti.

5. Memandangkan krisis dalaman dalam parti yang melibatkan Timbalan Presiden dan salah seorang Naib Presiden-iaitu Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, maka jika AMT memutuskan untuk melarang dua pemimpin ini berucap, termasuk melarang Timbalan Presiden merasmikan persidangan tiga sayap parti, maka kelihatan kejanggalannya, jika dua Naib Presiden dibenarkan berucap. Melihat kepada keadaan ini, maka mesyuarat AMT pada petang ini, membincangkan keadah terbaik, agar kelihatan, satu tindakan yang jitu dapat dirumuskan, yang membawa kepada tindakan, menarik rambut daripada tepung, rambut tertarik, akan tetapi tepung tetap utuh/tidak berselerak.

6. Melihat kepada keadaan yang berlaku, AYT mencongkak, bahawa keputusan AMT bagi berdepan dengan PAU parti yang diadakan pada 8 Disember, bahawa Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden tidak dibenarkan berucap berasaskan kedudukan mereka dalam parti, akan tetapi dalam kapasiti lain. Sementera itu, perasmian sayap-sayap akan dilakukan sendiri oleh Ketua masing-masing sayap.

4 Responses to "Mesyuarat AMT Umno- Muhiyiddin dan Shafie- Tidak Hadir"

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha...bacul!!

jgn jadi bodoh!!! said...

bukan tindakan jantan dan bermaruah!!lawan je la terus!!3 juta ada bawah,atas,depan belakang jibby..apa nak takut!! bangsat punya pengkhianat!!org salah mmg pengecut!!

jgn jadi bodoh!!! said...

bukan tindakan jantan dan bermaruah!!lawan je la terus!!3 juta ada bawah,atas,depan belakang jibby..apa nak takut!! bangsat punya pengkhianat!!org salah mmg pengecut!!

Anonymous said...

Siapa yg pro Tun bermakna menyokong kroni. In politik x sehat yang menyebabkan penindasan terhadap rakyat dan monopoli. Barang dijauhkan politik sebegini dari berulang.

Blog Archive