Tuesday, November 24, 2015

Keputusan AMT Umno- Seperti Mana Diramal

1. PAU tahun ini, perasmian persidangan tiga sayap parti akan dilakukan oleh ketua masing-masing. Tradisi bahawa perasmian tiga sayap itu dilakukan oleh Timbalan Presiden Parti ditiadakan untuk kali ini. Walaupun mesyuarat AMT parti pada petang selesa tidak menyebut bahawa krisis dalaman dalam parti merupakan punca, namun umum mengetahui, bahawa punca utama perasmian tiga sayap berubah, kerana akibat dipecatnya Timbalan Presiden daripada kabinet pada hujung bulan julai.

2. Sangkaan AYT pada tulisan sebelum ini, bahawa Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden tidak dibenarkan berucap pada perhimpunan induk berasaskan kedudukan masing-masing dalam parti akan tetapi atas kapasiti lain tidak dijelaskan oleh Presiden parti semasa sidang akhbar di perkarangan Parlimen pada petang selasa.

3. Mesyuarat AMT yang bermula pada 6 petang selasa, tidak banyak membuat keputusan yang mengejutkan, hanya pemecatan Ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman. Pemecatan Hamidah, memang telah diramal memandangkan tindakan beliau antara lain meminta Presiden meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, serta berbagai dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

4. Sangkaan berbagai pihak, kononnya akan ada tindakan terhadap Timbalan Presiden Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Shafie Apdal tidak menjadi kenyataan. Dua pemimpin itu tidak hadir pada mesyuarat pada kali ini kerana berada di luar negara.

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

ini la dipanggil demokrasi suci

Anonymous said...

Dalam 1 kapal hanya ada 1 nakhoda. Anak2 kapal mestilah sehaluan, kalau tidak kapal boleh tenggelam. Berbeza pendapat x mengapa kerana keputusan ikut majoriti tetapi bukan sabotaj. Bagaimana sekiranya anda menjadi nakhoda?

Blog Archive