Sunday, November 15, 2015

Esok- Apa Yang Akan Berlaku Di Parlimen?

1. Esok- 16 November, bacaan kali ke-2 Bajet2016 akan dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Bajet2016 telah dibentangkan pada 23 oktober lalu.

2. Isu penolakan Bajet2016 telah diwar-warkan pembangkang, sebagai satu cara memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan, selepas berbagai usaha memaksa PM ke-6 itu meletakkan jawatan termasuk daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tidak berbekas atau berimpak.

3. Usul pembangkang di Dewan Rakyat untuk undi tidak percaya kepada DS Najib memang tidak berpengaruh apa-apa, kerana pembangkang tidak mempunyai jumlah yang cukup untuk menjayakan undi tidak percaya tersebut.

4. Tindakan pembangkang menggunakan Bajet2016 sebagai asas untuk memaksa DS Najib meletakkan jawatan dengan menyandarkan kepada 71 MP mereka, dan berangan-angan untuk mendapatkan 41 sokongan MP Bn. 

5. Melihat kepada keadaan sekarang, angan-angan pembangkang itu, khususnya Lim Kit Siang, hanya tinggal angan-angan dan tindakan itu sebenarnya, hanya tindakan sia-sia dan bersifat penyalahgunaan proses parlimen, serta penyalahgunaan amanah rakyat yang diberikan kepada mereka.

6. Bajet2016 merupakan bajet kerajaan untuk Tahun hadapan, tanpa bajet itu, maka kerajaan persekutuan akan lumpuh bermula daripada 1 Januari 2016, kerana tanpa kelulusan Dewan Rakyat, satu sen wang kerajaan tidak boleh digunapakai.

7. Esok, Parlimen Malaysia akan menjadi sorotan. Sama-sama kita tunggu, kerana dalam permainan politik, apa sahaja boleh berlaku.

No comments:

Blog Archive