Saturday, November 07, 2015

Bajet2016: Siapa MP Kerajaan Berpaling Tadah?

1. Bajet Tahun 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri kewangan pada 23 oktober lalu, akan diundi di Parlimen pada persidangan dewan rakyat yang akan berakhir pada 3 Disember ini. Walaupun Bn tidak mempunyai kuasa 2/3 di dewan rakyat, namun telah mencukupi, jika bajet tersebut mendapat sokongan majoriti mudah. Majoriti mudah merupakan 112 daripada 222 seluruh anggota parlimen.

2. Bn mempunyai 134 MP termasuk MP Pekan yang juga Perdana Menteri. Pada PRU-13, Bn hanya menang 133, namun melalui PRK Teluk Intan, Bn menambah satu kerusi apabila Presiden parti Gerakan, parti komponen Bn berjaya merampas kerusi tersebut daripada DAP.

3. Pembangkang yang mempunyai 88 kerusi MP termasuk seorang ahli bebas, memerlukan tambahan 24 MP Bn, untuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan DS Najib Razak tersebut. 

4. Daripada 88 kerusi pembangkang, 14 daripadanya adalah daripada Pas. Presiden Pas sudah menyatakan tidak akan menyokong sebarang cadangan menolak Bajet2016, kerana penolakan bajet tersebut hanya menyebabkan rakyat menjadi korban.

5. Sebenarnya, tujuan pembangkang menolak Bajet 2016 adalah cara lain memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan. Kerana melalui penolakan tersebut, maka telah menggambarkan, bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan.

6. Pihak-pihak tertentu yang mahu DS Najib meletakkan jawatan, termasuk Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, mendesak agar ada MP Bn bersengkokol dengan MP Pembangkang mengundi tidak percaya terhadap DS Najib di dewan rakyat dan tindakan itu tidak berjaya, maka tindakan alternatif adalah melalui penolakan Bajet 2016.

7. Bajet 2016 yang berjumlah RM267.2bilion merupakan bajet yang dilihat untuk membela rakyat khususnya mereka yang berada dalam kumpulan 40 peratus. Kumpulan ini, dilihat scara umum merupakan penyokong tegar barisan nasional. Sebagai gambaran, walaupun pada PRU-13, Bn kehilangan undi popular kerana tindakan pengundi bandar yang beramai-ramai menolak Bn, namun kerana sokongan kumpulan 40 peratus, maka Bn mampu menang 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

8. Melihat kepada wakil rakyat Bn yang ada, rata-rata mereka itu mewakili kumpulan 40 peratus, termasuk MP Gua Musang, Semporna, dan Pagoh. Jika terdapat MP Bn yang berpaling tadah berpihak kepada pembangkang menolak Bajet 2016, ertinya mereka tidak amanah dan mengenipikan kepercayaan para pengundi yang memberikan mereka undi semasa PRU-13.

9. Menjatuhkan kerajaan bukan melalui hasrat rakyat, sebenarnya melanggar amanah yang diberikan rakyat. Walaupun tindakan seperti itu pernah berlaku di Sabah dan Perak, namun tindakan seumpama itu bukan cara yang perlu diikuti.

10. Dakwaan para pemimpin tertentu yang mahu menumbangkan DS Najib, hanya bersandarkan kepada isu 1MDB, sedangkan sehingga kini, belum terbukti apa-apa, bahawa terdapatnya salahguna kuasa dalam urusan syarikat tersebut yang menyebabkan wang rakyat terlibat. Kemelut dalam 1MDB yang disensasikan hanya merupakan urusan perniagaan biasa. Selain itu, pihak-pihak tertentu yang tidak mempunyai isu besar terhadap DS Najib, mempergunakan wang derma RM2.6bilion yang diberikan kepada DS Najib, sedangkan wang tersebut bukan wang rakyat.

11. Berkaitan dengan GST yang dijadikan modal untuk menghentam DS Najib, sedangkan percukaian baru tersebut merupakan sistem percukaian yang adil untuk semua pihak, kerana sekian lama, sistem percukaian negara yang bersandarkan kepada SST, hanya untuk golongan yang sedikit, sedangkan kumpulan yang sewajarnya membayar cukai terlepas.

12. Akan terlihat, semasa pengundian meluluskan bajet2016, apa kah ada MP Bn yang berpaling tadah? Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. bajet-MEMBELA-rakyat, terutamanya yang MISKIN/SEDEHANA dan dari BANGSA BUMIPUTERA, serta dr. golongan BELIA dan PEKERJA - lihat di http://gerakan-anti-pkr-new.blogspot.com/2015/10/rangkuman-bajet-2016.html , RANGKUMAN BAJET, 24 October 2015! TERIMAKASIH YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak TERCINTA kita!

LEGASI gemilang BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita, Almarhum-Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman kita diteruskan; walau cuba diMUSNAHkan si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey dan Tokey-Tokey PENJILAT/PENYAMUN dia, serta ekoq-ekoq kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-SOROS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1!

Nek Tempoyak.

Blog Archive