Sunday, November 08, 2015

Apa Kah DS Najib Lepasi Ujian 16 November?

1. Pada 16 November ini, MP pembangkang cuba menghalang Bajet2016 untuk diluluskan di Dewan Rakyat. Pada tarikh itu, bacaan kali kedua Bajet2016. Melalui acara itu, pihak pembangkang cuba menolaknya. Namun, oleh kerana jumlah MP pembangkang yang tidak mencukupi, maka memerlukan sokongan MP Bn, sekurangnya 24 atau 41, jika mengambilkira kedudukan MP pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan, menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terkubur.

2. Pembangkang kini, cuba bermain psikologi songsang, dengan mengatakan, peluang kumpulan itu merampas Putrajaya lebih mudah, jika DS Najib Razak terus memimpin Bn, kerana menurut mereka, kempen menumpaskan Bn akan lebih berjalan lancar, memandangkan banyaknya skandal atau isu yang menyelubungi Perdana Menteri.

3. Apa yang cuba dilakukan pembangkang tersebut, sebenarnya tiada kena mengena dengan kehidupan harian rakyat, malah tidak menganggupun. Isu 1MDB yang diwar-warkan, kalau dilihat sepintas lalu, telah memberi manafaat yang banyak kepada rakyat, termasuklah penurunan tarif litrik, malah bagi mereka yang memerlukan bantuan, CSR syarikat itu telahpun sampai ke tangan yang memerlukan.

4. Bagi penduduk luar bandar, khususnya yang tiada kemudahan bekalan air luar bandar, telah mendapat bantuan CSR daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, bagi bidang keagamaan, setiap musim haji, sekurang-kurangnya 1,200 bakal haji diberikan peluang menunaikan fardu haji, malah tempat-tempat beribadat seperti masjid dan tempat beribadat agama lain, juga mendapat bantuan CSR syarikat tersebut.

5. Isu berkaitan RM2.6bilion, tidakpun melibatkan wang rakyat atau wang negara, kerana wang tersebut merupakan wang daripada luar negara dan merupakan derma daripada pihak tertentu. Kemasukan wang tersebut dalam negara sebenarnya mempunyai impak yang berganda, kerana menambah pendapatan kepada pihak-pihak tertentu, khususnya mereka yang terlibat dalam PRU-13 lalu, misalnya pembuat bendera, pembuat banting, pembuat topi, pembuat T-Shirt dan sebagainya. Bisnes yang terwujud melalui sumbangan tersebut sebenarnya cukup besar. Sebenarnya sumbangan tersebut telah memberi manafaat kepada yang memerlukan, kecuali kepada mereka yang tidak mendapat tempias, seperti pemimpin pembangkang dan penyokong tegar mereka.

6. Jika pembangkang menganggap, kononnya mudah bagi mereka merampas Putrajaya, jika DS Najib terus menjadi Perdana Menteri, sebenarnya hanya igaun, atas sebab, rakyat yang mengundi khususnya mereka yang berada dalam kumpulan 40 peratus rakyat negara ini, merasa beruntung mempunyai Perdana Menteri seperti DS Najib, kerana untuk pertama kalinya seorang Perdana Menteri negara ini, memberi perhatian khusus kepada kumpulan yang kurang bernasib baik.

7. Yakinlah, pada PRU-14 akan datang, UBN akan terus mencapai keputusan yang cemerlang, kerana rakyat tahu betul menilai, mana satu kaca dan mana batu dalam memangkah calon semasa PRU tersebut.

8. Kempen bertali arus mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk mendesak Najib meletakkan jawatan, bukan sahaja mendorong rakyat untuk menyokong Bn, malah rakyat mula berfikir, apa kah sumbangan mantan PM tersebut kepada rakyat secara langsung. Malah kini, rakyat majoriti hanya dapat menyaksikan, bahawa selama 22 tahun, hanya individu-individu tertentu yang dikategorikan sebagai kroni yang menikmati kekayaan negara, termasuk anak-anak mantan PM tersebut.

9. Bagi rakyat Sabah pula, tidak akan terlupa, bagaimana rakyat Sabah dianak tirikan selama 9 tahun bermula Tahun 1985, sehingga Sabah jatuh sebagai negeri termiskin dalam negara.

10. Bagi pembangkang yang mengharapkan sokongan MP Bn pada 16 November untuk menolak Bajet2016, akan hanya berangan-angan, jika semua MP Bn mengikat diri pada amanah yang diberikan rakyat yang mengundi mereka pada PRU-13. Yakinlah, para MP pembangkang tersebut adalah mewakili rakyat yang tidak tahu bersyukur dan tidak mahu berterima kasih bagaimana kerajaan menyediakan berbagai kemudahan untuk mereka, termasuk berbelanja berbilion ringgit, namun sokongan diberikan kepada mereka yang hanya tahu bercakap dan menabur fitnah.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin sejati adalah mereka yg mesra rakyat dikala senang dan susah. Mereka yg hanya pandai bercakap tetapi sebenarnya hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni sendiri sahaja dengan mempergunakan rakyat, bukan pemimpin namanya tetapi penyamun dan pengkhianat kepada rakyat.

Blog Archive