Saturday, October 03, 2015

Musang Berbulu Ayam Dalam Umno

1. Umno telah memberi teladan, memecat Zaid Ibrahim, kerana hadir program PKR di Shah Alam pada tahun 2011. Kenapa pula tindakan demikian tidak berlaku pada Saifuddin Abdullah?

2. Saifuddin Abdulah, merupakan calon Bn di Parlimen Temerloh yang kalah pada PRU-13 lalu. Walaupun kedudukan beliau pada masa itu sebagai Timbalan Menteri dan AMT Umno, namun pengundi kawasan yang beliau wakili untuk sepenggal menolak beliau. Gambaran tersebut, membuktikan, bahawa kualiti kepimpinan beliau, tidak selari dengan kehendak rakyat.

3. Kini, bekas MP dan Menteri itu, mengetuai berbagai Ngo, dan menggunapakai kedudukan itu, untuk hadir pada majlis-majlis parti pembangkang. Terbaru pada 22 September lalu, beliau hadir dalam sesi meja bulat pakatan harapan, yang dianggotai parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan baru, bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah terkubur.

4. Apapun alasan yang cuba diberikan oleh mantan MP itu, tidakan beliau menggambarkan, bahawa parti Umno atau Bn yang dianggotainya bukanlah pilihan terbaik rakyat, melainkan, melalui tindakan itu, merupakan isyarat kepada rakyat, bahawa parti pembangkang merupakan pilihan kepada rakyat. 

5. Dalam satu kenyataan, ekoran tunjuk sebab daripada parti, mengapa beliau hadir pada majlis pembangkang, bekas menteri itu mengatakan bahawa beliau mewakli Ngo antaranya sebagai Pengerusi Akademi belia. Jika itulah, alasan beliau, ertinya, beliau ingin membawa belia yang diwakilinya untuk menyokong parti pembangkang, atau setidak-tidaknya memberi gambaran kepada belia, bahawa ada parti alternatif pada mereka selain parti Umno atau Bn, atau dengan kata lain, parti Umno atau Bn, tidak seharusnya disokong.

6. Jika demikianlah tindakan Saifuddin itu, ertinya beliau bertindak sebagai musang berbulu ayam dalam Umno. Tindakan ini, merupakan tindakan paling berbahaya kerana parti tidak jelas mana musuh dan mana kawan. Sesebuah parti akan mudah tersungkur, jika ada ahli parti merosakkan daripada dalam.

7. Melihat kepada tindakan Saifuddin, Umno jangan berlengah lagi, tindakan pemecatan kepada Saifuddin lebih baik berbanding mengekalkan beliau sebagai ahli parti. AYT bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Dato Zahid Hamidi dan Setiausaha Agong parti, Saifuddin boleh menyertai parti pembangkang, jika Umno atau Bn tidak sesuai lagi dijiwa beliau. Adalah lebih adil kepada parti, jika beliau keluar dan menjadi penentang kepada Umno, kerana ahli parti akan mudah menangkis tomahan jika ada. Mengekalkan, beliau dalam parti, menyebabkan ahli serba salah.

8. Tindakan Saifuddin tidak sama dengan tindakan mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, Tun Mahathir mengekalkan dan menyokong Umno, akan tetapi tidak suka kepada Presiden parti. Tun M tidak membawa-bawa rakyat membeci Umno atau memberi gambaran bahawa Umno dan Bn tidak baik, sebaliknya, hanya mendakwa, jika DS Najib Razak terus jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka Umno dan Bn akan ditolak rakyat. Manakala tindakan Saifuddin lebih parah, kerana memperlihatkan bahawa Umno atau Bn tidak perlu disokong, dan rakyat mempunyai pilihan iaitu parti pembangkang.

9. Jika Umno mahu kepimpinan yang tulin dan sanggup hidup mati dengan Umno, dan memberi teladan, bahawa parti tidak boleh mempunyai ahli yang bertindak seperti musang berbulu ayam, maka parti tiada pilihan, melainkan memecat Saifuddin sebagai ahli parti.

No comments:

Blog Archive