Sunday, October 18, 2015

Mengapa JV 1MDB dan PetroSaudi Ditandatangani?

1. Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009, sebenarnya belum bersetuju JV antara 1MDB dan PetroSaudi ditandatangi, sebaliknya lembaga pengarah syarikat itu hanya bersetuju perbincangan selanjutnya dilakukan, sesesuai dengan rekomendasi pihak pengurusan. Namun apa yang berlaku, pada 28 September dimeteraikan perjanjian JV yang turut dihadiri oleh Penasihat Lembaga Pengarah Syarikat, DS Najib Razak.

2. Selain tiada persetujuan untuk memeteraikan JV tersebut, juga apa yang mencurigakan, dalam lingkaran masa empat hari, sejumlah USD700milion daripada sumbangan 1MDB kepada JV tersebut telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga yang tiada hubungkait dengan JV tersebut. Akaun tersebut, adalah akaun Good Star di Swiss yang dikawal oleh Jho Low.

3. Pada mesyuarat BOD pada 3 Oktober, dibangkitkan apakah USD700milion boleh dikembalikan, kerana penyaluran wang tersebut telah melanggar keputusan BOD sendiri, selain itu, ekoran tindakan tersebut dua orang ahli lembaga pengarah telah meletakkan jawatan.

4. Mengapa memeterikan perjanjian antara 1MDB dan PetroSaudi begitu tergesa-gesa? Siapa yang mendorong perjanjian tersebut ditandatangani sedangkan permintaan BOD berkaitan penilaian PetroSaudi belum dijalankan.

5. Apa kah tergesa-gesanya JV tersebut dimeteraikan, berpunca daripada pengakuan Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang pada 18 September semasa meseyuarat BOD yang mengatakan bahawa PetroSaudi adalah milik Raja Abdullah, sedangkan kemudian diketahui, bahawa syarikat tersebut hanya merupakan syarikat persendirian yang dimiliki beberapa orang. Selain itu, syarikat itu tiada kemampuan daripada segi kewangan. Casey Tang pada masa ini telah melarikan diri, dan tidak diketahui di mana berada. Bank Negara Malaysia sedang memburu mantan pengarah eksekutif 1MDB tersebut untuk satu siasatan.

6. Pihak SPRM atau PDRM perlu menyiasat, apa yang berlaku antara 18 September hingga 3 Oktober 2009, apa yang sebenarnya berlaku, sehingga berlakunya perpindahan wang USD700milion ke akaun pihak ketiga?

7. Kunci kepada kemelut JV antara 1MDB dan PetroSaudi adalah antara 18 September hingga 3 Oktober 2009. Merungkainya, mampu mencari tahu siapa biang kerok kepada permasalahan yang menimbulkan kemelut dalam 1MDB.

8. DS Najib Razak berulang kali menyatakan tidak akan melindungi sesiapa sahaja yang melakukan salah laku berkaitan dengan 1MDB, justeru itu, ini kali lah, cahaya dihujung terowong telah memberi gambaran, untuk penyelesaian kemelut 1MDB.

9. Atau apa kah mereka yang terdapat dalam gambar ini yang mendorong segeranya dimeteraikan JV antara 1MDB dan PetroSaudi? Dalam gambar dalam sebuah yacht mewah belayar di selatan Perancis, dari kiri Joh low, Turki, PM, Rosmah,Tarek Obaid dan anak PM. Hanya pihak SPRM dan PDRM serta badan yang diberikan kuasa menyiasat, mampu merungkai perjanjian antara 1MDB dan PetroSaudi. Untuk makluman, JV itu akhirnya dibatalkan, dan dikatakan wang yang disalurkan melalui JV tersebut telah mendapat keuntungan USD500milion. Wang itu, hanya menjadi nota to the account, kerana dikatakan telah digunakan membayar hutang syarikat. Sejauh mana, kebenaran dakwaan tersebut, hanya pihak-pihak Ketua Audit negara atau SPRM atau PDRM dapat menentukannya.

1 comment:

Anonymous said...

This is story tale by the writer. x boleh dipercayai, nampak macam ada kepentingan. Laporan Audit Negara end of the year.........tunggu!

Blog Archive