Latest News

Kepimpinan Yang Bobrok Boleh Menjahanamkan Umno

1. Menteri Besar Johor Datuk Khaled Nordin menyarankan, untuk untuk kekal relevan dan diterima rakyat, parti tunjang kerajaan tersebut perlu dipimpin mereka yang berwibawa dan tidak terpalit sebarang skandal.

2. Disebalik apa? kenyataan MB Johor tersebut berbuat demikian? sedangkan pada masa ini, Presiden Umno terpalit dengan berbagai skandal.

3. Walaupun skandal yang menyelubungi Presiden hanya merupakan persepsi, kecuali pengakuan beliau berkaitan wang derma RM2.6bilion, kenyataan MB Johor tersebut, seolah-olah menjadi katalis kepada ahli akar umbi serta rakyat atas pagar untuk berfikir sejenak berkaitan dengan parti Umno.

4. Tidak dapat dipungkiri, pada masa ini parti Umno dalam keadaan gawat, ekoran kemelut yang menyelubungi Presidennya, apatah lagi serangan bertali arus daripada para pemimpin veteran yang diketuai Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

5. Memang diakui, Parti Umno masih mempunyai para pemimpin yang berwibawa. Di Sabah misalnya, ada Datuk Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, ada Datuk Salleh Tun Said sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri, ada Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebagai pemimpin muda yang berwibawa dan berintegriti, ada Datuk Rahman Dahlan seorang pemimpin yang dinamik, ada Datuk Musbah sebagai pemimpin akar umbi dan ramai lagi. Demikian juga di negeri-negeri lain, seperti Dato Mustapha Mohammad, ada Dato Mukhriz Tun Mahathir, ada Khairy Jamluddin, ada Razali Ibrahim, dan diperingkat pucuk pimpinan parti ada Dato Seri Zahid Hamidi, ada Dato Seri Hishamuddin Hussien.

6. Kenyataan Khaled Nordin tersebut, walaupun secara umum, tetapi seolah-olah menyindir Presiden Parti yang juga Perdana Menteri. Memang disebalik kenyataan tersebut, MB Johor tersebut tidak mahu susu sebelanga rosak hanya kerana setitik nila. Tetapi, perlu diakui, bahawa dakwaan terhadap Presiden parti hanya merupakan persepsi akibat laporan pihak-pihak tertentu termasuk media asing yang menyudutkan dan memburukkan imej Presiden dan Perdana Menteri.

7. Ahli Umno kena sedar, bahawa untuk melemahkan dan menjatuhkan parti, tindakan para musuh dan penyerang adalah ketua parti, kerana mereka tahu benar, bahawa ikan mula membusuk melalui kepala. Ahli Umno perlu melihat ke belakang, mengapa sebelum ini, belum terdapatnya serangan bertali arus terhadap DS Najib Razak, sedangkan PM tersebut telah terlibat dalam kancah politik tanah air sejak tahun 1976.

8. Ahli Umno dan para pemimpinnya, kena berusaha memperbetulkan keadaan, dengan mengelak membuat kenyataan yang menjadi pemangkin kepada kebencian.

9. Ahli Umno dan para pemimpinnya kena mengambil iktibar perggantian kepimpian pada Tahun 2009, kononnya pergantian kepimpinan tersebut boleh mengembalikan kekuatan Bn, namun apa yang diperolehi, telah dibuktikan melalui PRU-13, Bn bukan sahaja gagal mendapatkan kuasa 2/3 di Dewan rakyat akan tetapi kehilangan undi popular.

10. Ahli Umno kena ingat, meskipun pada PRU-13, Bn mengalami kemerosotan undi, akan tetapi Umno sebagai parti telah menambah jumlah kerusi daripada 79 ke 88. Pertanda itu, menggambarkan penerimaan akar umbi serta penyokong atas pagar terhadap DS Najib sebagai Presiden parti. Memang, pada PRU-13 belum munculnya isu 1MDB, tetapi isu masa itu tidak kalah beratnya, kerana menyangkut keagamaan, iaitu isu Kalimah Allah dan Injil.

11. Kemelut 1MDB hanya merupakan masalah pengurusan dan pentadbiran, bukan menyangkut perasaan. Isu 1MDB hanya berkaitan dengan pengurusan kewangan, atas sebab itu, bagi mengatasinya perlu juga melalui kaedah itu. Syarikat milik Kementerian kewangan tersebut telah menyatakan dua hari lalu, menjelang akhir tahun ini, rasionalisasi syarikat tersebut dapat melunaskan hutang yang dipinjamnya sebanyak RM42 bilion melalui kerjasama dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Di Abu Dhabi, selain itu, syarikat itu akan mendapat aliran tunai melalui harta tanah yang di TRX, Bandar Malaysia, tanah Ayer Itam Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah, Selangor.

12. Oleh kerana kritikan terhadap Presiden dan Perdana Menteri berkaitan dengan 1MDB, maka dengan selesainya kemelut syarikat tersebut, apa kah pengeritik akan berhenti mengeritik? jawabannya, tidak, kerana telah menjadi lumrah musuh, tidak akan berhenti, selagi tidak dapat merampas kuasa. Kepada para ahli Umno, ambillah iktibar, bagaimana kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP, sejak penubuhan parti itu lebih setengah abad lalu, pemimpin veteran DAP tersebut masih bertengek pada kedudukkannya semata-mata mahu merampas kuasa.

13. Janganlah sebagai ahli dan pemimpin Umno, sanggup mengatakan bahawa kepimpinan Umno sudah bobrok, sebaliknya, perlu menganalisa dan melihat ke belakang peristiwa yang menyebabkannya.

12 Responses to "Kepimpinan Yang Bobrok Boleh Menjahanamkan Umno"

Eyam Gizmo said...

bro, kalau tolak 88 dengan yg dari Kedah, berapa ye?

Anonymous said...

Bro bg aku gaya penulisan ko x banyak membantu mperbaiki kelemahan umno..

Tapi lebih kepada menimbulkan rasa meluat..


Anonymous said...

Najib.... tolonglah cepat sikit engkau menyaman WSJ,Al Jazeera, SR dan Ling Liong Sik. Kami ahli akar umbi tak sabar-sabar nak tengok mereka semua itu diheret ke mahkamah dengan engkau-engkau sekali..........

Anonymous said...

Saya rakyat biasa ni pun faham kemelut mengenai Najib ni sengaja dicipta oleh mantan pm dan kuncu2nya. Itu diakui sendiri oleh mantan tu menggunakan 1MDB untuk jatuhkan Najib. Tapi mengapa sesetengah orang kuat UMNO sendiri x faham situasi ni memang pelik. Mantan tu dah jelas yg dia tu pro kroni bukannya pro rakyat, justeru rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini. Mereka inilah pemimpin bobrok yg sebenar.

Unknown said...

Bukankah issue 1MDB yang menjadi pencetus berbagi masalah di Malaysia sekarang ini? Dari GST, KWSP, Toll, Ekonomi, Matawang, nama Malaysia dimata dunia etc..

Mengapakah mantan dipersalahkan?

Anonymous said...

Nama Malaysia di mata dunia? Kau ni mimpi ke apa anon 1159? Di mata dunia nama Malaysia baik. Najib pergi mana2 x de apa yg menghalang. Nama Malaysia diburukkan oleh mantan dan kuncu2nya dalam dan luar negara dengan niat yg busuk. Itu semua kerja jahat mantan dan kuncu2. Umum semua tahu. Kalau mantan dan kuncu2 zip mulut, nama Malaysia lagi baik di dalam dan luar negara, inshallah.

Anonymous said...

Najib banyak bawa masaalah kepada parti UMNO, dia yang harus disingkirkan, bukan UMNO/BN tapi Najib pandai min dengan kata2 konon rakyat nak gulingkan kerjaan...HAMPEH !!!

Anonymous said...

Dari zaman Tunku sehingga sekarang mantanlah yg membawa masalah kepada negara. Perjanjian IPP dan tol dengan kroni2nya yg berat sebelah juga telah mencekik wang rakyat berbilion2 sejak 30 tahun yg lalu. x kan pemimpin macam mantan ni yg nak disokong?

Anonymous said...

Di dunia ini ada jenis manusia yg tetap jujur dan amanh walau brgunung duit diserahkan pd nya utk dijaga. Namun di malaysia yg malang ini telah tersebutla al kisah seorang manusia yg telah brtukar menjd tamak haloba, lupa diri dan rakus. Matanya yg kuyu mnjadi buntang serta nyaris juling saat terlihat brbilion bilion duit rakyat yg diamahkn kpd nya. Kerana nafsu yg tidak lg bleh ditahan tahan.Ditambh pula mis hippo yg menggedik mau beg tangan baru, lalu dia mrompak duit trsebut sdikit dmi sdikit.

Takdir ALLAH prbuatan jijik prompak ini trbongkar jua. DI TITIK INI LAH MAKA BERMULA GERAKAN FITNAH DAN HURU HARA AKHIR ZAMAN. Perompak dibela mnakala org yg ingin menangkp prompk pula difitnah, diugut malah dipenjara

Kumpulan Perompk ini atau dknali jga sbg lanun sauh dilabuh layar di kembang memang sgt ramai bilangannya. Namun ketua lanun dan org2 kanannya shj la yg mngaut bhgn besar hasil rompakan . Manakala lanun lanun kecil atau lebih famous sbg the cai cai hanya mampu mnciom bau nya shj. Namun myangka akan turut mndpt habuan rompakn, Cai cai yg hina ini sgup bsubahat membela si ketua lanun mreka. Tp malang jua akhrnya bila cai cai ini hnya layak mendapat habuan brupa SEBANGANG BANGANG shj oleh ktua turus grakan penyamun trsbut. Skaligus mmbuktikn btpa bangangnya mereka.

Kelompok the cai ini telah trbukti bangang dan lembam ekoran bbrapa isu yg tidak dpt mreka tafsirkn secara waras. Cthnya brkenaan hari SELASA, ISU SARAWAK REPORT , HUBUNGAN JOWLOK NAJIB. SKANDAL MAHATHIR. MINIT MSYUARAT 1MDB 2009 DAN bnyk lagi

Brtubi tubi the cai(LANUN KECIL) mgatakan srwk rport mnipu, tp akhirnya MAHKAMAH sndri mlepaskn krana tiada bukti pnipuan.
Tp dh klu nama pun the cai bangang. Abis difitnah pula SR kononya SR mnuduh 1mdb tanpa fakta. Tp bukan sj the cai ini gagal mnunjukkan fakta betul yg kononnya mereka saja tau sbaliknya mereka juga nyaris terberak utk menyaman SR. kesiannn
Bertubi tubi the cai(LANUN KECIL) mengatakan najib hanya difitnah dan semua ini hanya perang persepsi. tanpa bukti dan fakta yg betul. Seterusnya mereka myalahkan mahathir dan pembangkang krana menjd mastermind kpada sgala perang persepsi ini.mnuduh parti pmbgkng juga mnerima dana politik, menuduh tun berang kerana kroni2 beliau diganggu kesan pmblian IPP oleh 1Mdb. sedangkan hakikatnya tuduhan tuduhan mreka ke atas mahathir dan pmbgkang juga adlh tanpa bukti, ini barula boleh dikatakan hanya serangan persepsi.
Sebaliknya wang 2.6 bilion yg masuk ke akaun najib itu memang benar-benar mempunyai rekod dan bukti kukuh. Manakala transaksi 1MDB MEmindaKan keluar brbilion-bilion duit rakyat juga mmpunyai rekod2 yg jelas. Malah tuduhan ke atas salah tadbir kwangan bg SRC, IPIC adlh brdasarkan penyata akaun trakhir mereka. MALAH berlaku juga pinjam meminjam brbilion duit rakyat dari KWAP dimana tujuannya amat diragui. Ini ditambh lg dgn krisis pmbyaran blik interest bg hutang yg dibuat 1MDB shingga tpaksa meminjam Ananda, dan terbaru kes Tabung Haji. semua isu-isu ini mlibatkan 1MDB. dan 1MDB pula adalah trletak di bwh najib.
Oleh itu kepada cai cai yg tsangatla bangang ni, di mana perang persepsi yg anda semua jaja itu ???.

Bertubi tubi the cai(LANUN KECIL) menyokong plaburan USD 1.83bilion oleh 1MDB ke atas PETROSAUDI CAYMAN. Kembang kuncup lubang taik cai cai ini saat mgatakan Hasil dari plburan tersebut 1MDB telah brjaya menjana untung sbnyk USD 500juta.. je utk 5 tahun... oi macai kat mana untungnya kalau terpaksa pakai wat menutup hutang-hutang lain. 42bilion hutang tu pun masih idup tak brkurang 1 sen pun. sehingga tpaksa pula memilih pelan rasionalisasi yg kononnya hebat. sdangkan pelan ini sebenarnya adlh pelan menjual harta negara tmasuk tanah negara ini.

sy tidak meminta cai cai ini semua sedar. tp di di sini ingin sy katakan btapa bodohnya korang dan btapa sluruh rakyat malaysia sebenarnya seronok mlihat korang sbb korang tak ubah mcm badot rakyat.

Anonymous said...

Maklumat dari Justo dan Sarawak repot yg kau jaja ni dah tak lakulah anon 2325. Umum dah tahu semua tu palsu dan fitnah je. Kaulah antara penyebar fitnah akhir zaman. Maklumat yg boleh dipercayai ialah dari sumber yg asal iaitu 1MDB. Kau bacalah laporan2 dan jawapan 1MDB, mudah2an minda kau lebih terbuka. Lagipun sejak ditubuhkan, penyata kewangan 1MDB di audit oleh juruaudit professional.

Anonymous said...

Orang yg mengata orang lain bobrok dikhuatiri suatu masa nanti diri sendiri yg bobrok. Cuba tenguk dikalangan pemimpin yg u turn. Apa yg diperkatakannya kepada orang lain sebelumnya telah menyelubungi diri sendiri.

Anonymous said...

Madey tuduh Najib mencuri wang rakyat tapi x de bukti, main tuduh2 je. Padahal penyamun wang rakyat yg sebenarnya ialah Madey sendiri dan kroni2nya. Dengan terang lagi bersuluh mereka menyamun rakyat melalui perjanjian2 berat sebelah IPP, tol, mesin judi dan lain2 dengan kroni spt YTL dan Vincen Tan. Pepatah mengatakan 'kata dulang paku serpih, kata orang dia yg lebih.' ...........keji keji.......

Blog Archive