Latest News

JV 1MDB-PetroSaudi: Satu Skim Penipuan?

Datuk Sharol Helmi
1. Apa yang jelas, Mesyuarat tergempar 1MDB, 10 hari sebelum majlis tandatangan JVCO, memang berlaku penipuan berkaitan status PetroSaudi. CEO 1MDB masa itu Datuk Sharol Helmi dan CIO Casey Tang secara bersama-sama menipu Lembaga Pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut dengan mengatakan bahawa PetroSaudi dipunyai mantan Raja Arab Saudi-Almarhum Raja Abdullah, sedangkan syarikat yang berpusat di Arab Saudi itu, hanya merupakan syarikat persendirian yang dimiliki beberapa individu.

2. JV antara 1MDB dan PetroSaudi dicurigai sebagai skim penipuan, apabila syarikat itu tidak mampu memberikan dana setanding dengan dana yang diberikan oleh 1MDB, selain itu, dana yang disalurkan kepada syarikat itu, USD700milion daripada USD1.82bilion dipindahkan ke akaun ketiga Good Star Swiss yang dikawal Jho Low, di mana syarikat tersebut tiada kena mengena dengan JV tersebut.

3. Akibat USD700milion yang diberikan kepada Jho Low, maka anak muda asal Pulau Pinang dan kawan rapat anak tiri DS Najib Razak- Reza Aziz menjadi jutawan segera, sehingga hidup mewah di Amerika syarikat, membeli hartanah berharga ratusan juta, malah berpesta arak dengan Paris Hilton.

4. Pihak berkuasa Malaysia, khasnya SPRM tidak boleh berdiam diri, berkaitan dengan TINDAKAN SHAROL HELMI DAN CASEY TANG, dua individu ini perlu ditangkap segera dan dihadapkan di mahkamah, kerana akibat tindakan mereka, maka berlaku satu skandal besar kewangan yang membabitkan negara. Selain itu, ianya menjunamkan imej Perdana Menteri sebagai penasihat kepada Lembaga Pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.
Casey Tang dan Jasmine wanted by Bank Negara

5. Sebelum ini, ada kenyataan bahawa pelaburan 1MDB kepada PetroSaudi telah membawa keuntungan sebanyak USD500milion, namun keuntungan tersebut hanya sebagai catatan kertas, kerana kononnya telah digunakan untuk membayar hutang syarikat.

6. Untung atau rugi berkaitan JV tersebut, bukanlah pusat kepada masalah JV tersebut, akan tetapi salahguna kuasa yang berlaku, khasnya pemindahan wang ke Good Star.

7. Pemindahan wang ke Good Star, merupakan kesalahan salah guna kuasa yang nyata, dan mereka yang terlibat perlu ditangkap untuk pertanggungjawaban.

8. SPRM jangan berlengah lagi, jika mahu menyelesaikan kemelut 1MDB, maka perlu mengangkap Sharol dan Casey Tang dan hadapkan ke muka pengadilan. Adalah tidak adil bagi DS Najib mendapat imej buruk, sedangkan pelaku sebenar kepada punca kemelut dibiarkan menghirup udara segar tanpa terpalit dengan perbuatan mereka.

2 Responses to "JV 1MDB-PetroSaudi: Satu Skim Penipuan?"

Anonymous said...

Masaalahnya sebarang gerakan atau usaha nak mensabitkan mereka2 ini, Jho Low atau ceo 1mdb yang lama seolah olah dihalang oleh orang2 yang amat berkuasa... kenapa??? adakah mereka nak menghalang kedaulatan undang2 atau takut pekong yang lebih besar terbongkar??

Anonymous said...

1MDB belum dibuktikan salah lakunya. Dakwaan terbaru admin ni buktinya mana? Kalau dari SR dan sewaktu dengannya, lupakalah.......palsu.

Yg dah terbukti salah lakunya ialah perjanjian berat sebelah IPP dan tol yg telah membalun berbilion2 dan berpuluh2 tahun wang rakyat. Ini bagaimana admin?

Blog Archive