Sunday, October 18, 2015

JV 1MDB dan PetroSaudi Satu Skim Penipuan Yang Nyata

1. Apa yang menyebabkan JV antara 1MDB dan Petrosaudi sebagai skim penipuan yang nyata adalah melalui kenyataan TIPU oleh Casey Tang-Pengarah Eksekutif 1MDB yang mengelabui Lembaga Pengarah 1MDB, koononya PettoSaudi merupakan milik mantan Raja Arab Saudi-Raja Abdullah, sedang pada hakekatnya, syarikat tersebut hanya milik beberapa individu.

2. Faktor ke dua yang menyebabkan JV itu sebagai skim penipuan, adalah pemindahan wang USD700milion ke akaun Good Star di Swiss yang dikawal Jho Low, sedangkan syarikat itu tiada hubungan langsung dengan JV tersebut.

3. Faktor ketiga, Petrosaudi, tidak mampu menyalurkan dana setanding dengan wang yang disalurkan 1MDB.

4. Faktor ke empat, selepas JV itu dibatalkan, wang tunai yang disalurkan 1MDB tidak dikembalikan, sebaliknya ditukar kepada bentuk pinjaman yang berbentuk unit.

5. Di atas kertas, kononnya wang 1MDB yang disalurkan ke PetroSaudi yang semuanya berjumlah USD1.82bilion, kononnya mendapat keuntungan USD500milion, namun semua itu hanya catitan atas kertas, kerana wang itu kononnya telah digunakan untuk membayar hutang syarikat.

6.Persoalan di sini, bukannya untung atau rugi, akan tetapi unsur penipuan yang dilakukan, selain salah guna kuasa, kerana memindah sejumlah wang ke akaun pihak ke tiga yang tiada kait mengaitkan dengan urusan usahasama.

7.Mesyuarat khas 1MDB pada 18 September 2009, 10 hari sebelum tandatangan JV yang disaksikan oleh Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Dilaporkan selepas tandatangan tersebut, USD700milion disalur keluar. Akibat perpindahan wang tersebut dua ahli lembaga 1MDB meletakkan jawatan atas sebab tidak bersetuju dengan tindakan itu, seperti mana dizahirkan melalui mesyuarat syarikat pada 3 Oktober 2009.

8. Persoalan di sini, siapa yang mengarahkan supaya USD700milion disalurkan ke akaun pihak ke tiga? Jika mantan CEO 1MDB Dato Sharol Helmi yang mengarahkan, maka perbuatan tersebut jelas salah guna kuasa, kerana membelakangkan Lembaga Pengarah. Namun, apa yang mencurigakan, sehingga kini Sharol masih merupakan individu penting, kerana masih berperanan dalam think tank negara Pemandu, sebagai salah seorang pengarah/penasihat.

9. Mengapa Sharol begitu kebal? SPRM perlu menyiasat dan menggali ke akar permasalahan, demi rakyat dan negara.

No comments:

Blog Archive