Friday, October 16, 2015

Hanya Rakyat Boleh Menentukan Kedudukan DS Najib

1. Bukan sesiapa boleh menentukan kedudukan DS Najib Razak, termasuklah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, melainkan hanya rakyat melalui pilihanraya umum.

2. Apa yang malang, bagi pemimpin yang menyertai sidang akhbar Tun Dr Mahathir pada 12 Oktober lalu termasuklah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno serta MP Gua Musang serta tiga mantan pemimpin, terlihat benar, bagaimana, jika seseorang itu bukan lagi ditampuk kuasa, menganggap, bahawa mereka, masih relevan di mata rakyat.

2. Tun Dr Mahathir perlu sedar, pada PRU-13, beliau menyokong penuh kepimpinan DS Najib, selain itu, ikut sama berkempen pada PRU tersebut, namun pencapaian BN, bukan bertambah baik, akan tetapi menurun, malah julung kalinya kehilangan sokongan popular. Sebaliknya, parti Umno menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 88, ertinya sokongan tidak berbelah bahagi kepada DS Najib sebagai Presiden Umno.

3. Tun juga perlu menerima hakekat, bahawa di Bahagian yang beliau terajui lebih 20 tahun, Kubang Pasu, pun pernah menolak beliau, selepas bersara sebagai Perdana Menteri.

4. Menabur berbagai dakwaan terhadap DS Najib, termasuk mempergunakan dengan maksimanya, isu 1MDB dan wang derma USD681milion, tidak akan boleh menurunkan DS Najib sebagai Perdana Menteri, selagi ahli Umno yang memberikuasa kepada AMT Umno, serata Ketua-Ketua Bahagian, masih menyokong Perdana Menteri ke-6 tersebut.

5. Sehingga kini, majoriti ketua-ketua Bahagian Umno dibelakang Perdana Menteri, malah seluruh Komponen Parti masih berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri.

6. Hanya mereka, yang tiada kedudukan dalam Umno yang menentang DS Najib dengan berbagai macam dakwaan, agar supaya PM kelihatan lemah dan tidak kompeten.

7. Rakyat perlu mengerti, 7 pemimpin yang menyertai Tun Dr Mahathir pada sidang akhbar pada Isnin lepas mempunyai agenda masing-masing. Mereka berpakat, hanya satu tujuan, mahu menjatuhkan DS Najib.

8. Perbuatan menjatuhkan Najib, merupakan satu tindakan tidak menghormati rakyat yang telah memberi mandat kepada beliau pada PRU-13 untuk memerintah negara untuk sepenggal. 

9. Tuduhan kepada DS Najib hanya merupakan dakwaan, belum terbukti, apa kah PM itu telah menyalah gunakan kedudukan beliau untuk kepentingan peribadi.

10. Berkaitan dengan derma USD681milion, telah berulang kali dinyatakan, wang itu adalah wang parti, dan DS Najib juga telah berulang kali membuat pengakuan, bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang kewangan yang beliau terima bagi pihak parti untuk kegunaan beliau sendiri.

11. Berkaitan dengan 1MDB, setakat ini, belum terbukti, atau berdasarkan sebarang maklumat, bahawa ada wang syarikat milik MOF itu telah hilang, malah pengurusan syarikat itu mencabar sessiapa sahaja untuk mengemukakan bukti, berkaitan dengan penyelewengan dalam syarikat tersebut.

12. Mereka yang membuat berbagai tomahan terhadap 1MDB, bagaikan kesah sibuta dengan sang gajah.

14 comments:

Anonymous said...

Semoga DS Najib diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga DS sentiasa memperbaiki kelemahan, ikhlas dalam perjuangan membela rakyat.

Anonymous said...

Memang Najib tak sempurna tapi dia adalah pilihan terbaik buat masa ini,semoga Allah memberi pertolongan kepadanya dalam menghadapi ujian masa ini.

Unknown said...

Salam..rakyat majoriti dh tiada kepercayaan lagi pd najib..mahathir hanya menyuarakan pendapatnya sahaja..najib telah banyak melampaui batas..seharusnya dia bertanggungjawab diatas apa yg dilakukanya..

Anonymous said...

Najib adalah pilihan rakyat masakini. Tun x sepatutnya campur tangan. Lagipun Tun sendiri telah meninggalkan bermacam2 masalah. Tun juga x berjiwa rakyat, tapi sebaliknya hanya mahu membela kroni. Ini perbuatan amat jijik.

Diny Yusof said...

Betul lah Najib x bela kroni , tapi dia bela bini !!

Mahathir bela kroni buka syarikat2 besar , ramai rakyat mendapat pekerjaan . Najib bela bini , semua masuk poket sendiri . Subsidi hanya celah gigi , tambah dengan GST , tol naik lagi . Najib bilang Negara dia sedang menuju ke Negara berpendapatan tinggi . Tapi sedar ke dia , makin ramai rakyat hidup separuh mati ????

Anonymous said...

Ingatkan mereka hanya bercakap pasal SOSMA dan perkara berkaitan sahaja tuan. Boleh kah Tuan tulis diartikel akan datang mengenai Akta ini dan pengunaannya supaya rakyat biasa biasa macam saya ini faham mengenainya? Jangan lupa sentuh juga penahanan selama hampir sebulan tanpa bicara yang dibenarkan dibawah undang undang ini.wslm.

Anonymous said...

Masalah IPP dan Tol semua ciptaan mantan PM dan kroni yg kesan terhadap kos hidup terus menghantui rakyat sehingga kini. Perjanjian yg dibuat berat sebelah yg membebankan rakyat. Tambah disulitkan lagi di Selangor dan Pulau Pinang yg membanyakkan lagi tol.

Anonymous said...

Untuk meringankan beban rakyat, Tun dan kroni patut memulangkan kembali jumlah wang lebihan yg diambil daripada rakyat yg disebabkan oleh perjanjian yg berat sebelah. Contohnya dalam kes IPP, kos seunit elektrik hanyalah 8 sen/unit, tetapi TNB dikenakan bayaran 23 sen/unit. katalah kroni ambil untung 5 sen/unit, bermakna 10sen/unit perlu dikembalikan, yg mana boleh digunakan untuk kebajikan rakyat. Dengan itu barulah ada keadilan untuk rakyat.

Diny Yusof said...

Tuu IPP yang dah nak tamat "operating license" di ambil alih olih 1MDB apa hal nya ??

YTL Power , Genting Sanyen , Jimah Power .... semua sudah nak habis tempoh . Tup Tup di beli olih 1MDB dengan harga mahal dan di sambung lagi tempoh .

Anonymous said...

Yg penting lebihan wang rakyat yg telah diambil oleh kroni selama 30 tahun hendaklah dikembalikan. Kerana perjanjian yg berat sebelah tu telah menganiaya dan menindas 30 juta rakyat. Sistem kroni x patut dipertahankan.

Anonymous said...

Anon 2315, kalau itu saja cara yg sesuai untuk mengawal harga elektrik supaya kekal rendah, mengapa tidak? Rakyat perlu sokong tindakan ini demi kepentingan rakyat.

Jika telah dibayar harga tinggi apa lagi yg kroni mahu? Kenapa nak buat huru hara pulak? Jangan tamaklah kroni, duit x dibawa mati.

Anonymous said...

Anon 0016, Kalau benar kau kata semakin ramai rakyat separuh mati tu kau perlu rujuk pada Tun. Dasar2 kroni Tun yg menyebabkan perkara ini terjadi. Suruh kroni2 tu kembalikan wang rakyat yg diambil secara paksa rela dengan perjanjian berat sebelah tu. Kalau kau memang hebat, kau buatlah kerja ni. Aku nak tenguk hasil kerja kau, jangan pandai menyalak je.

Anonymous said...

13.46,

Satu masa dulu, dah lama dah....

rakyat hidup tanpa bebanan, tiada tekanan hidup, hidup aman damai malah ramai rakyat marhaen boleh pergi ke selatan Thai membeli belah dan ke sumatera untuk menikmati pemandangan indah, dalam erti kata yang lain mereka mempunyai simpanan duit ditambah dengan nilai matawang yang kukuh yang amat dicemburui oleh negara2 jiran.

Hari INI,

Rakyat dizalimi Dan ditindas dengan pelbagai cukai Dan yang terbaru adalah kenaikan tol.INI semua adalah ciri2 pemerintah yang munafik sepertimana yang disebut oleh junjungan nabi s.a.w kita.

Najib boleh pergi main golf manakala rakyat berdepan dengan malapetaka manakala rosmah boleh pergi bershopping Dan menilik intan permata.

Kedua dua mereka menggunakan jet kerajaan yang baru dibeli, telah mengubahsuai dengan harga puluhan juta untuk mengelilingi dunia.

Kami rakyat Malaysia ingin mengalu alukan kehadiran Rejim Najib Dan rosmah yang zalim Dan kejam ini!

Anonymous said...

Merepek je anon 2150. Aku ni warga emas lahir sebelum merdeka tahu apa yg berlaku. Sekarang ni jauh lebih senang berbanding dahulu. Senang cari kerja, senang cari makan, senang shopping, gaji lebih besar, kenderaan awam banyak, senang belajar. Dahulu serba serbi susah, mahal pulak tu.

He he he tol tu siapa mahagurunya? Bukankah Mahafiraun, buat2 x tahu pulak. Lagipun tol yg naik tu di Selangor, pemegang sahamnya kerajaan Negeri, itu patut balun Azmin dan Sivarasa.

Walaupun pergi main golf, sebelum pergi Najib dah melawat/mengarahkan pelbagai bantuan diberi kepada mangsa banjir. Apabila balik sekali lagi dia melawat sehingga sakit dan dimasukkan ke wad.

Sejak dahulu lagi gelaran mahazalim dan mahafiraun milik mantan pm.

Kesimpulannya kamu ni cakap ikut sedap mulut je, dan semuanya fitnah belaka...jeleknya perangai kamu ni.

Blog Archive